Roy Evans dilantik menggantikan Greame Souness pada pertengahan musim 1993/94 dan sekadar mampu meletakkan Liverpool di tempat ke-8.
Tetapi Roy Evans tidak dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Walaupun kedudukan liga diperbaiki, Liverpool hanya mendapat tidak dapat mencapai kedudukan lebih tinggi daripada tempat ketiga dalam tempoh 5 tahun di bawah pengurusannya.
Roy Evans menggunakan sisten 5-3-2 yang agak defensif. Kejayaan tunggal Roy Evans adalah dengan memenangi Piala Liga dalam tahun 1995 mengalahkan Bolton Wanderers. Semasa beliau menjadi pengurus, Liverpool tewas 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala F.A. pada musim 1995/96.
walaupun mempunyai penyerang hebat seperti Ian Rush,Robbie Fowler,Stan Collymore mahupun Michael Owen serta dibantu oleh midfield yang berbakat seperti Steve McManaman,Jamie Redknapp ataupun John Barnes namun sistem pertahanan Evans adalah goyah dan tidak konsisten.seringlali keputusan perlawanan berakhir mengecewakan.
