1

Pening Kepala… Semua Ada Di Courts

Aku memang jenis pemalas sikit kalau bab-bab shopping ni. Aku malas pergi survey banyak tempat untuk membandingkan harga. Tak nak buat macam tu rasa macam rugi pulak kalau dah beli lepas tu ada orang bagitau kat tempat lain harga lagi murah. Memang rasa menyesal habis la kalau macam tu..

Baik shopping pakaian, barangan eletronik ataupun barangan rumah aku memang malas survey harga. Jadi apa yang aku buat aku akan survey secara online sahaja. Kedai yang mana murah aku akan beli kat situ. Kalau susah-susah aku beli online je.

Pengalaman lawatan aku di Courts Bandar Sri Damansara

Tapi kini, masalah penyakit M (malas) aku tu aku rasa dah setel. Dah ada kedai yang khas untuk makhluk yang malas macam aku ni. Haaa… caranya shopping jer di Courts.

Aku baru tau awal minggu ni apabila aku singgah di Courts Bandar Sri Damansara untuk mengushar barangan eletrik untuk kegunaan di hari raya nanti.

Courts sekarang dah tak macam dulu rupanya. Ia dah gunakan konsep yang baru. Macam Courts Bandar Sri Damansara ni. Ia adalah “new generation Courts store” yang pertama di Malaysia.

Dengan konsep baru ni, Courts menjadi “one stop centre” untuk membeli barangan keperluan rumah dan diri sendiri. Lengkap! Semua ada…! Bermula daripada gajet terkini sehinggalah ke barangan eletronik dan barangan rumah yang lain termasuk sofa, tilam dan lain-lain.

Melawat Courts tempohari memberikan aku satu kelainan. Aku rasa sangat senang kalau nak membeli di sini. Sebabnya semua ada. Tentang perbandingan harga pula aku tak risau lagi dah nak beli kat sini. Sebabnya Courts dah umumkan bahawa ia menyediakan harga yang terendah di pasaran.

Yang paling best lagi, Courts menjamin jika ada barangan yang sama spesifikasi dan kualiti di luar sana yang dijual dengan harga lebih murah, Courts akan memulangkan kembali beza harga yang kita bayar kat Courts dengan harga yang boleh didapati di luar tu. Cuma dapatkan bukti harga yag rendah tu dan tunjukkan kepada pihak Courts.

Jadi kepada yang sedang mencari barangan kelengkapan rumah untuk hari raya yang bakal menjelang tiba ni, sesuai sangatlah kalau ada ke sini dan beli di sini. Sempat lagi nak beli sebelum hari raya.

Sebenarnya Courts sedang mengadakan kempen tahunan Hari Raya Aidilfitri yang kini dah pun masuk ke fasa ke 3 dengan slogan “Cepat Raya, Memang Senang

Komen Sohoque

Kalau nak tanya aku, atas sifat aku yang nak senang dan penyakit M aku tu, aku memang sangat selesa shopping kat sini.

courts - designer

Jaminan harga terendah

Jaminan harga terendah yang diberi tu memang best… aku tak perlu lagi dah survey harga kat tempat lain. Kalau pun lepas aku beli barangan tu nanti aku dapati ada tempat lain yang jual dengan harga lebih rendah, aku hanya perlu kemukakan bukti tentang itu, berikan kepada pihak Courts dan dapatkan wang aku (beza harga) kembali. Haaa.. so apa nak takut!

30 hari pemulangan wang/penukaran barang

Bukan tu saja tau. Pelanggan yang beli kat sini layak untuk mendapat keistimewaan 30 hari pemulangan duit dan penukaran barangan. Maknanya kita beli barang kat sini, kemudian tak berpuashati kita boleh pulangkan balik dalam masa 30 hari.

Ataupun kita beli satu barang, TV sebagai contohnya. Pada mulanya kita beli warna hitam. Kemudian balik rumah kita dapati warna itu tak sepadan dengan warna dinding rymah kita dan kita nak tukar kepada warna lain. Ya…! kita boleh berbuat demikian dalam masa 30 hari daripada tarikh kita buat pembelian.

Waranti tambahan

Satu lagi, kat sini juga ada extended warranty. Biasanya kalau beli barangan eletronik, kita akan diberi 1 tahun warranty kan? Kebiasaanya barangan eletronik ini jarang yang rosak dalam masa setahun tu. Ia mula buat perangai selepas tu.

Jadi dengan extended warranty ni kita masih boleh claim yang baru jika barangan tersebut rosak. Sudah tentu la ada sedikit tambahan kos untuk warranti tambahan ni. Extended warranty yang disediakan di sini sehingga 10 tahun lamanya. Fuuuh lama tu!

So kepada anda yang nak mencuba gedung barangan yang banyak keistimewaan ini, anda boleh la datang je sini. Berbincanglah dengan eksekutif jualan yang sentiasa bersedia melayan anda.

Show Comments

23 Comments

  1. YB Shehan July 1, 2016
    • sohoque July 1, 2016
  2. Mama Kembar 3 July 1, 2016
  3. dkna abza July 1, 2016
  4. Allene July 1, 2016
  5. lisa July 1, 2016
    • sohoque July 1, 2016
  6. Anuar July 1, 2016
    • sohoque July 1, 2016
  7. Miminadam July 1, 2016
    • sohoque July 1, 2016
  8. Sal July 1, 2016
  9. Afif Rayyan July 2, 2016
  10. Smashlagu July 2, 2016
  11. Hairul Hissam July 2, 2016
  12. aimannajmy July 11, 2016
    • sohoque July 12, 2016

Leave a Reply

%d bloggers like this: