Penulis Jemputan

    0
    1086

    Untuk memeriahkan lagi blog aku ini, aku bercadang untuk menjemput penulis ataupun blogger jemputan untuk menukilkan penulisan beliau ke blog aku. Mungkin penulisan beliau di dalam bahasa lain daripada Bahasa Melayu seperti English dan sebagainya.

    Untuk ini, aku telah berjaya mendapatkan persetujuan seorang sahabat aku yang aku sudah lama kenal iaitu sejak daripada zaman persekolahan lagi. Beliau amat arif dan gemar mengumpul komik sejak sedari dulu lagi. Setakat cerita-cerita daripada komik Marvels dalam tangan dia je aku rasa. Jadi mungkin beliau boleh memberi komen tentang movie-movie superheroes berdasarkan fakta komik yang beliau pernah kumpul.

    Beliau juga mempunyai kebolehan dalam membuat illustrasi kartun ataupun karikatur. Mungkin jika beliau ada masa terluang beliau boleh mempamerkan lukisan kartun beliau di sini.

    Cuma masa beliau amatlah terbatas. Ini kerana beliau sekarang sedang mengikuti pengajian PHD. Namun aku amat berbangga jika beliau dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi blog aku ini.

    Aku rasa penulisan beliau akan menggunakan medium English. Ini adalah kerana beliau adalah seorang pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah universiti tempatan. Lagipun senang untuk beliau menceritakan ataupun memberi komen berkenaan komik dan sebagainya tanpa perlu pecah kepala memikirkan terjemahannya yang jika tidak kena pada tempatnya akan kelakar bunyinya 😆

    Untuk itu, satu page telah aku sediakan untuk penulis jemputan. Sama-sama kita menunggu…

    Loading

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge