Saturday, May 20, 2023
HomeDari KacamatahatiPeraduan Win A Trip With Shell.. Rugi Kalau Lepaskan Peluang Melancong PERCUMA...

Peraduan Win A Trip With Shell.. Rugi Kalau Lepaskan Peluang Melancong PERCUMA ni..

Aku rasa semua orang suka travel kalau ianya PERCUMA ataupun disponsor. Giller tak suka. Ko perlu bawak duit extra untuk beli souvenir jer. Perbelanjaan yang lain semuanya settle.

Aku pernah beberapa kali rasa dapat trip disponsor ni. Malah setakat ini 80% daripada trip aku ke luar negara, semuanya adalah trip sponsor. Cuma “in return” aku kena la buat kerja penulisan aku dan promot agensi travel yang sponsor di blog dan media sosial aku.

Untuk artikel ataupun entry berkenaan travel ni banyak aku kongsikan di blog travel aku: eXplorasa.my.

Tapi ni ada satu peluang untuk korang dapat trip sponsor. Korang tak perlu buat apa-apa pun sebagai “in return”. Korang pergi berlenggang jer bawak diri. Yang lain semuanya ditaja. Yang bestnya lagi, korang boleh bawak pasangan korang sekali. Dia punya kos pun ditaja sepenuhnya.

Haaa best kan..?

Kempen Peraduan Win a Trip With Shell

Tempoh Masa Kempen Peraduan

Peraduan ini berlangsung dari 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019 

Hadiah

Pemenang akan memberi ganjaran setiap minggu. Seorang pemenang dan “plus one” setiap minggu.

1. Journey of Togetherness in Korea
Trip 8 Hari & 6 Malam. Menyelami budaya yang berakar umbi dan banyak lagi!

2. Journey of Performance in Italy
Trip 8 Hari & 5 Malam. Menerokai “hati” Ferrari dan banyak lagi..!

3. Journey of Discovery in New Zealand
Trip 6 Hari & 4 Malam. Menikmati pemandangan yang menakjubkan dan banyak lagi..!

Apa perlu dibuat untuk menang

Apa yang perlukan korang lakukan hanyalah tiga langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:

  1. Korang perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 di stesen-stesen runcit Shell di seluruh negara;
  2. pilih salah satu destinasi dari Itali, New Zealand atau Korea Selatan dalam bentuk peraduan; 
  3. mengemukakan borang dengan resit yang sah dan layak untuk berpeluang memenangi pakej percutian. 

Pelanggan boleh membeli mana-mana produk berikut: Bahan api Shell, Pelincir Shell, atau sebarang produk yang dijual dalam premis Shell Select & Kedai (tidak termasuk produk tembakau, produk E-Pay dan pembelian Touch N Go).

Nanti korang beli barang ataupun isi minyak kat Shell tu, korang ambil resit tu. Kemudian korang mintak borang kat kaunter Kedai Shell tu dan isikan butiran. Senang jer. Isi nama, alamat dan no telefon. Kemudian tick jer pilihan percutian yang korang pilih.

Then tunggu jer lah nama borang korang dipilih dan diumumkan pemenang. Doa la banyak-banyak ya.. Kalau dah rezeki kita tak kemana. Ia akan datang jugak.

Oh ya.. Kalau korang isi minyak lebih daripada RM40, contohnya RM100. Korang kena isi 2 kali. Kalau korang isi sekali korang akan dapat 1 jer resit. 1 resit untuk 1 borang jer. So rugilah.

So kalau isi RM100 (contoh), korang split la. Isi dua kali. So dapat la 2 resit. Boleh la isi 2 borang. Tinggi sikit kemungkinan nak menang. Giiittuuuu..! Hehehe.

Pemenang pertama

Haa sebut pasal menang ni, peraduan ni dah ada pemenang tau untuk minggu pertama.

Wan Muhammad Fathi Bin Wan Nik Kamal diumumkan sebagai pemenang pertama peraduan ini. Pembantu pentadbiran berusia 35 tahun dari Kedah memilih New Zealand sebagai destinasi impiannya.

bertuah badan…!

Menurut beliau, beliau memanh bulat tekad untuk ke New Zealand selepas adik beliau balik dari sana dan bercerita tentang kecantikan pemandangan di sana. Dah 7 kali beliau isi borang peraduan Win a Trip With Shell ni sebelum beliau diumumkan pemenang.

Perghhh best…! Murah rezeki dia!

Jom Isi Minyak Kat Shell

Ya.. Ni aku bagi idea kat korang ni. Dalam masa kempen peraduan Win a Trip With Shell ni, korang isilah minyak kereta korang kat Shell, walaupun korang bukan pengguna sejati Shell. Sebabnya rugilah kalau lepaskan peluang ni.

Hah.. Tak nak jugak isi minyak kat Shell? Fobia dengan minyak Shell? Tak per.. Korang singgah jer kat kedai Shell atau Shell Select tu. Korang beli jer barangan dalam tu sehingga bernilai RM40.

Banyak juga barangan best korang boleh beli kat kedai Shell tu. Paling tidak pun korang boleh lepak sambil pekena Costa Coffee dia. Best tuuu..!

Bukan apa, pada aku minyak kereta ni benda wajib yang korang kena buat. Kalau tak jangan pakai kereta la kaaan… So alang-alang isi minyak kereta, rebutlah peluang masuk peraduan ni.

Mana tau rezeki korang.. Memang tak tau korang menang ke tak.. Tapi kalau korang tak masuk peraduan ni memang dah tau la korang tak akan menang..! So, why not cuba..! Siapa tau rezeki kita. Kuasa doa pun memainkan peranan..

So selamat mencuba..!

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1