Perancangan Kewangan – Kerja Cuma Despatch Tapi Ada Simpanan

perancang kewangan islam

Perancang Kewangan Islam

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk untuk saya. Banyak appointment untuk unit trust dan takaful. Hinggakan masa untuk update blog agak terhad. Tambahan pula minggu lepas adalah minggu terakhir sebelum menyambut hari raya Eidul Adha.

Antara appointment menarik yang boleh saya kongsikan di sini ialah appointment saya dengan seorang Despatch. Umurnya agak muda tetapi mempunyai lebihan wang untuk simpanan.

Saya berjumpa beliau kerana dicadangkan (refferal) oleh kawan saya, seorang peguam. Pemuda ini selalu berurusan di pejabat kawan saya tadi. Kawan saya mencadangkan saya berjumpa dengannya kerana beliau telah teraniaya dengan seorang ejen insurans (conventional).

Setelah berjumpa dengannya di restoren mamak di KL, saya mula mencari fakta-fakta tentang diri dan simpanan serta pelaburan beliau. Setelah agak lama berbual-bual, 2 benda yang bermain di fikiran saya:

  1. Kagum
    Kagum kerana dengan gaji yang tidak setinggi mana beliau dapat mengenepkan sebanyak RM530 sebulan untuk perancangan kewangannya, walaupun dia sendiri saya rasa (berdasarkan perbualan saya dengannya) tidak faham akan konsep perancangan kewangan (financial planning). Beliau ada membuat pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera) dengan sebuah bank tempatan dengan pembayaran bulanan semula sebanyak RM280.00 sebulan. Beliau ada membayar premium insurans (conventional) sebanyak RM150.00 sebulan beserta dengan Medical Card. Manakala RM100.00 lagi beliau simpan dalam insurans pendidikan anak beliau yang berumur 2 tahun juga dengan syarikat insurans conventional.Beliau ada satu lagi Kad Perubatan (Medical Card) yang dibayar sebanyak RM150.00 sebulan oleh syarikat tempat beliau berkerja. Juga pelan insurans conventional.Saya tabik dengan keupayaannya ini kerana beliau telah mula menyimpan dengan usia yang masih muda. Saya biasaberjumpa dengan orang yang berjawatan eksekutif tetapi tidak mempunyai pelan simpanan langsung. Apabila ditanya mereka ini menjawab:
    “Macamana la saya nak menyimpan, hutang saya dan perbelanjaan bulanan saya pun cukup-cukup makan je”.
  2. Simpati
    Beliau menceritakan tentang ejen insurans yang dibayar oleh syarikat beliau berkerja yang mengambil duit cash secara bulanan darinya. Suatu hari beliau terkejut apabila mendapati surat dari syarikat inusrans terbabit sampai ke rumahnya dan meminta beliau menambah premium dengan segera kerana sudah 4 bulan beliau tidak membayar.Nasib baik polisi tersebut sudah melebihi satu tahun di mana nilai tunai (cash value) telah terkumpul dan mampu menanggung bulan-bulan yang tidak terbayar itu. Jadi apabila saya memeriksa dengan syarikat insurans tersebut didapati polisi masih lagi berkutkuasa. Syarikat insurans telah menggunakan cash value untuk membayar premium tertunggak. Tetapi cash value ini tidak akan dapat bertahan lama sebelum ianya habis digunakan untuk membayar premium bulanan yang tertunggak.

Setelah mendengar fakta-fakta yang diceritakan dapatlah saya buat rumusan dan mencadangkan jalan penyelesaian.

Pengajaran kepada kita semua;

  • Walaupun bergaji kecil tetapi sebenarnya kita boleh membuat simpanan tetap secara bulanan. Hasilnya kita akan nampak setelah lama kita menyimpan.
  • Jika kita membeli polisi insurans ataupun menyertai mana-mana pelan takaful, TOLONG jangan bagi CASH/TUNAI kepada ejen. Sebaliknya buatlah potongan autodebit terus dari akaun bank kita. Itu adalah lebih baik kerana sekaligus kita boleh melihat samada premium/sumbangan bulan tertsebut sudah dibuat atau belum dengan cara kita update statement akaun bank kita.
  • Dalam sebarang perancangan kewangan untuk masa depan, seelok-eloknya berbincanglah dengan orang yang pakar tentang itu jika kita kurang pengetahuan dalam bidang perancangan kewangan. Jangan takut untuk berjumpa dengan unit trust consultant ataupun takaful consultant untuk bertanyakan tentang ini. Ramai consultant di luar yang ikhlas mau menolong anda.
  • Dalam apa-apa pun keadaan, gunakan pelan perancangan kewangan Islam seperti Takaful, Islamic Unit Trust dan sebagainya.

2 Comments

  1. daddydee October 31, 2012
    • sohoque October 31, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: