2

Perihal Puasa Sunat ‘Asyura

Puasa Asyura

Puasa Asyura

Puasa ‘Asyura adalah salah satu puasa sunat yang dibuat oleh Rasulullah. Maka untuk kita yang mengamalkannya selain daripada mendapat pahala daripada Allah, kita juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya puasa pada hari ‘Asyura ini sudah diamalkan sejak zaman jahiliyah lagi. Ia menjadi amalan kaum Quraisy sebelum diutus Rasulullah lagi. Ini berdasarkan hadith daripada ‘Aishah:

“Sesungguhnya orang-orang jahiliyah dahulu berpuasa pada hari itu”

Al Qurthubi berkata, “Kemungkinan kaum Quraisy menyandarkan amalan berpuasa mereka itu kepada syari’at orang-orang sebelum mereka, seperti syari’at Nabi Ibrahim”.

Semasa masih berada di Mekah, sebelum berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w berpuasa pada hari tersebut. Ketika baginda berhijrah ke Madinah dan mendapati orang-orang Yahudi merayakannyabaginda pun bertanyatentang sebab perayaan itu. Mereka menjawab, sebagaimana yang disebut dalam hadith;

Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka berpuasalah Musa ‘alaihis salam.”
(HR Al-Bukhari, no. 1865)

Oleh kerana itu baginda memerintahkan para sahabat untuk mengikuti mereka (berpuasa). Ini ada disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari, bahawa nabi bersabda:

“…. Berpuasalah kalian pada hari tersebut.” (HR AL-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain, ada disebutkan bahawa baginda ditanya tentang puasa di hari ‘Asyura, maka baginda menjawab:

“Puasa itu bisa menghapuskan (dosa-dosa kecil) pada tahun sebelumnya.”
(HR Muslim, Abu Dawud, Ahmad, Baihaqi dan Abdur Razaq)

Imam An-Nawawi berkata, “Puasa Hari ‘Asyura dapat menghapuskan seluruh dosa-dosa kecil selain dosa-dosa besar dan sebagai kafarah dosa satu tahun”. (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzab, juz. 6)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata, “dihapuskan dosa-dosa dengan thoharah, solat, puasa di bulan Ramadhan, Puasa Hari ‘Arafah dan puasa hari ‘Asyura, semuanya untuk dosa-dosa yang kecil.” (lihat Al-Fatawa Al-Kubra, Juz 5)

Ibnu Abbas pula berkata, “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW begitu bersemangat berpuasa di hari yang baginda utamakan dibandingkan dengan hari yang lain kecuali hari ini, yakni hari ‘Asyura, dan bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR Al-Bukhari, no. 1867)

10 Muharram juga merupakan hari berpuasa untuk orang Yahudi dan Nasrani. Bolehkah amalan dalam Islam menyerupai amalan Yahudi dan Nasrani?

Oleh kerana itu, disukai jika puasa ‘Asyura pada 10 Muharram turut disertai dengan Tasu’a pada 9 Muharram untuk membezakan amalan puasa orang Islam dengan amalan puasa orang Yahudi dan Nasrani.

Ibnu Abbas berkata:
“Ketika Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyuradan memerintahkan para sahabat untuk turut berpuasa, mereka (sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah bersabda: “Maka apabila datang tahun depan insyaAllah kita berpuasa pada hari kesembilan”. Ibnu Abbas berkata: “Tidaklah datang tahun berikutnya sampai Rasulullah wafat.” (HR. Muslim, no 1916)

Show Comments

One Response

  1. Ishak Ismail November 3, 2014

Leave a Reply

%d bloggers like this: