Sunday, April 2, 2023
HomePerkhidmatan Jalur Lebar, Unifi Masih Yang Terbaik
Array

Perkhidmatan Jalur Lebar, Unifi Masih Yang Terbaik

Masuk minggu ni dah hampir masuk minggu ke 4 aku subscribe/pasang unifi kat umah aku. setakat ini tiada apa-apa gangguan. Wifi laju semacam jer. Patutla kawan-kawan aku cakap unifi masih yang terbaik untuk perkhidmatan jalur lebar di Malaysia ni.

Tambahan pula aku dapat tengok semua siaran hypptv secara PERCUMA bersempena dengan promosi unifi sehingga 28 Februari 2013. Dalam promosi ini setiap permohonan baru di dalam jangka masa waktu yang diberikan itu akan dapat menonton semua channel/siaran yang ditawarkan.

Cuma dalam iklan/brochure yang dihantar ke rumah aku ada sedikit kekeliruan bilamana ia menyebut semua channel boleh ditonton secara percuma termasuk VOD. Sedangkan hakikat sebenar VOD kena bayar untuk tontonan. Cuma VOD untuk kanak-sahaja yang percuma.

Yang paling seronok dengan unifi ni anak-anak aku la. Cuti sekolah ni sewaktu aku dan isteri pergi kerja, diorang (iqbal 9 tahun dan iffah 5 tahun) aku tinggalkan di rumah je. Aku siapkan dulu makanan untuk makan tengahari dan petang sebelum pergi kerja. Jadi diorang lepak kat rumah je la layan hypptv sampai aku balik.

Hari minggu barulah aku dan isteri bawak diorang jalan-jalan untuk diorang lihat dunia luar.

Pada pandangan aku yang kurang menonton tv ni ialah lebih baik ada unifi daripada Astro. Ini kerana dengan bayaran RM149.00 kita dapat 2 benda: Internet yang laju dan siaran tv yang jelas dan terang dengan pelbagai siaran.

Jika kita langgan Astro hanya siaran tv yang jelas beserta channel Astro (bergantung kepada pakej yg dipilih) sahaja yang kita dapat. Lagi lengkap pakej, lagi bertambah kos melanggan. Wifi tak ada.

Tapi ini untuk orang yang bajet macam aku je la. Yang duit tak habis apa ada hal. Langgan dua-dua pon tak jadi hal.

Bagi aku sambungan internet yang laju adalah satu kepuasan kerana aku lebih menumpukan perhatian kepada internet daripada menonton tv. Tambahan pula semenjak aku berkecimpung dalam arena penulisan blog ini. Perkara ini menjadi satu kepuasan kepada aku.

Kerja aku sebagai Financial Consultant juga memerlukan aku berdamping rapat dengan internet bilamana aku terpaksa menggunakannya untuk memuat turun data harian harga unit trust. Harga terkini diperlukan untuk mengetahui nilai semasa setiap pelaburan unit trust pelanggan/pelabur aku.

Untuk Takaful pula, sambungan internet yang laju amat selesa untuk menjejaki proposal takaful klien yang telah dihantar. Ini penting untuk menjawab apabila klien bertanyakan status permohonan mereka.

Seperti yang semua tahu, kelebihan unifi ialah ialah ia laju dan amat stabil. Keadaan ini amat sesuai untuk individu yang kerjanya menuntut sambungan jalur lebar yang laju seperti blogger, internet marketer dan sebagainya. Artikel INI ada menceritakan kelebihan unifi.

TM adalah perintis dalam perkhidmatan jalur lebar yang kini sudah mula ditawarkan oleh syarikat-syarikat komunikasi yang lain seperti Maxis, Celcom dan sebagainya. Jadi dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh TM, aku yakin unifi masih yang terbaik dalam industri internet jalur lebar setakat ini.

Jadi kepada pembaca yang masih berfikir untuk memilih perkhidmatan jalur lebar untuk dilanggani, boleh lah pilih unifi kerana pada pandangan aku unifi masih yang terbaik setakat ini.
.

Loading

RELATED ARTICLES

22 COMMENTS

  1. alangkah elok sekiranya hypptv juga dapat siarkan secara langsung TV Brunei dan TV Indonesia, kerana saya percaya ramai rakyat Malaysia yang meminatinya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1