
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ataupun Kuala Lumpur International Book Fair diadakan saban tahun di lokasi tetapnya iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tahun 2014 ini ia datang lagi dan sudah pun memulakan hari pertamanya pada hari ini. Pesta buku ini bermula pada 24 April sehingga 4 Mei 2014. Lokasi pesta buku ini adalah di Tingkat 4 Dewan Merdeka PWTC.
Aku biasa datang ke PBAKL pada setiap tahun ia dianjurkan. Banyak kelebihan datang ke pesta buku ini. Antaranya ialah:
- Buku-buku boleh didapat dengan harga yang lebih murah daripada biasa
- Boleh tahu perkembangan terkini tentang industri penerbitan
- Boleh tengok buku-buku baru di pasaran
- Untuk orang yang kerja melibatkan sales dan marketing dan juga blogger macam aku, pesta buku ini juga memberi ruang kepada aku untuk melebarkan rangkaian hubungan aku yang pastinya amat berguna kepada aku.
Cuma yang aku kurang gemar sedikit untuk bertandang ke sini ialah keadaan orang yang ramai yang bersesak-sesak. Itu memang aku tak suka. Tapi disebabkan benda ini memang tak dapat dielakkan dan kekurangan ini amat sedikit rationya berbanding kelebihan yang aku dapat, kekurangan itu memang aku abaikan saja.
Saban tahun, apabila aku bertandang ke sini, pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di booth PTS Media Group Sdn. Bhd (dulu dikenali sebagai PTS Consultants Sdn. Bhd). Booth PTS ni biasanya besar kerana ia adalah salah satu syarikat penerbitan buku, majalah dan sebagainya yang besar.
Kenapa aku suka singgah di ? Kerana booth ini ada banyak seleksi pilihan buku-buku yang aku suka. Biasanya kalau aku ke pesta buku ini, buku-buku yang aku cari ialah buku-buku yang berkaitan dengan motivasi, tentang kewangan dan perancangan kewangan, tentang blogging, online business dan buku-buku agama.
Di samping itu juga buku untuk anak-anak yang berkait rapat dengan pembelajaran di sekolah dan buku-buku bacaan santai untuk mereka juga akan aku belikan. Biasanya aku akan biarkan saja mereka memilih sendiri buku kesukaan mereka.
Berikut adalah antara buku-buku baru yang menarik di booth PTS tahun ini yang sempagt aku survey di laman web mereka.

Bajet yag aku peruntukan untuk datang ke sini adalah tidak melebihi RM500. Ok la tu. Banyak dah buku yang boleh dibeli tu.
Oh ya.. Selain daripada jualan buku PTS juga ada menyediakan aktiviti-aktiviti khas untuk pengunjung boothnya di setiap hari.

Yang paling menarik ialah adalah hadiah yang disediakan oleh pihak PTS. Salah satu hadiah yang memang senang untuk dimenangi ialah setiap 15 orang pembeli terawal yang berbelanja di antara RM250 – RM500 ke atas akan menerima hadiah.

Apa lagi yang menarik..? Booth PTS juga menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sempena pesta buku ini. Untuk pembelian 2 keping baucar bernilai RM100, anda akan menerima buku PERCUMA dari PTS. Sangat menarik! Rugi kalau tak singgah di sini***. Jadi jangan lupa untuk singgah di booth PTS di pesta buku ini.
Jadi ajaklah keluarga anda ke pesta buku ini. Bentuklah budaya suka membaca di dalam keluarga kita. InsyaAllah ahli keluarga kita akan menjadi orang yang berilmu. Orang yang berilmu ini Allah akan angkat darjatnya lebih tinggi daripada orang lain yang kurang ilmu.
Jika bertandang ke sini pasti akan memakan masa untuk berjalan-jalan ke booth-booth, menyertai aktiviti dan sebagainya. Pasti perut akan minta diisi apabila tiba masanya. Jangan risau. Ada gerai-gerai makanan yang disediakan di sini.
Surau juga ada disediakan di PWTC ini. Tidak perlu bimbang terlepas waktu solat.
Bagaimana nak datang ke sini?
Anda boleh datang dengan menaiki bas, teksi, LRT dan komuter. Semua stesen pengangkutan awam ini berhampiran dengan PWTC.
Jika anda memilih untuk datang dengan kenderaan sendiri, aku rasa parkir yang paling sesuai ialah di tempat parkir bangunan Stesen Bas Perhentian Putra. Caj yang dikenakan amat berpatutan.
Aku jangkakan parkir agak padat pada tahun ini berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Ini adalah kerana SUNWAY Mall (dulu dikenali sebagai The Mall) bersebelahan dengan PWTC sedang ditutup untuk renovation. Jadi semua parkir tertumpu di parkir PWTC dan Hentian Bas Putra saja.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan terkini di laman web PTS dan di media sosial PTS seperti di bawah:
Thun ini saya tak boleh datang,mungkin dillain masa.
Abdur recently posted..Punca Sebenar Internal Server Error
ok… kalau tak blh kita bersua muka
Nanti jumpa gua tegur2 lah ye bro. Aku beli buku skit je.
Hafiz Rahim recently posted..Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
InsyaAllah bro kalu terserempak. Hehehehe
[…] pesta buku KL 2014 ni kan?. Ilmu yang diperolehi, sukar ditukar ganti. Kalau taknak datang then Pakcik Sohoque menang IPAD Mini, jangan jealous2 […]
Memang peluang nak dapatkan harga bukul lebih murah dengan pelbagai pilihan
Hazman Fadzil recently posted..CONTEST RAJA KOMEN blog HAZMANFADZIL.COM 24.0
ya betul tu. rugilah kalau tak ambik kesempatan utk ke sini
Tak sempat ambe ke pesta ni tahun ni. insyaAllah tahun depan sampai..
hafizmd recently posted..Keputusan Terkini Selangor vs Terengganu 4 Mei
ambe siap ada meeting lg dgn salah satu publisher kat sana
yang lepas sempat pi dan memborong banyak, kali ni tak pi
Kali sibuk gunting dan lipat kain ek…