Apa itu Angin Ahmar / Strok
Stroke atau lazimnya dikenali sebagai Angin Ahmar di kalangan masyarakat Melayu adalah penyakit kronik yang biasa dialami oleh rakyat negara ini.
Ia adalah masalah kesihatan yang berpunca daripada salur darah yang tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan ini akan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak tersebut tidak berfungsi.
Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Punca Angin Ahmar
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting.
Apa yang perlu kita buat jika ahli keluarga ataupun rakan terkena stroke
Bawa pesakit stroke ke hospital untuk rawatan rapi dan lanjut dengan kadar segera.
Ya ia adalah langkah yang penting dan utama sekali yang perlu dilakukan untuk mengelakkan penyakit bertambah serius.
Ini adalah kerana hospital mempunyai doktor pakar yang memang tahu akan selok belok penyakit ini secara terperinci.
Petua pulihkan penyakit Angin Ahmar
Selain daripada rawatan moden, ada beberapa rawatan tradisional dan petua untuk pulihkan penyakit Angin Ahmar ini. Antaranya ialah dengan menggunakan Pokok Letup Kelambu sebagai bahan utama.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan petua pulihkan penyakit Stroke ataupun Angin Ahmar.
Bahan-bahan:
- Pokok Letup Kelambu (sepokok – perlukan daripada buah hingga ke akar)
- 3 gelas air
Cara penyediaan:
- pokok Letup Kelambu tadi, hendaklah dibasuh daripada buahnya, daun batang dan juga akar.
- Masukkan ke dalam periuk rebusan dan rebus dengan 3 gelas air
- Tunggu sehingga air rebusan tersejat sehingga tinggal menjadi kira-kira segelas Sahaja
- Minum air rebusan yang tinggal ini segelas di waktu pagi dan segelas di kala petang.
- Amalkan setiap hari selama 3 hari.
Dengan amalan ini insyaAllah, dengan izinNya penyakit stroke akan bertambah baik. Apa-apa pun segalanya adalah dengan kehendak Yang Maha Esa. Apa yang pasti kita jangan pernah berputus asa daripada berusaha dan berdoa.
Moga dengan petua ini akan memberi manfaat kepada semua. Sila kongsikan untuk manfaat bersama.