Malaikat adalah hamba Allah yang wajib kita percaya. Kepercayaan kepada Malaikat terkandung di dalam rukun iman. Kita juga wajib mengetahui nama-nama Malaikat yang wajib diketahui serta tugasannya. Antaranya:
- Jibril – menyampaikan wahyu
- Mikail – mencatat pembahagian rezeki dan menurunkan hujan
- Izrail – mencabut nyawa
- Israfil – meniupkan trompet sangkakala
- Munkar dan Nakir – soal manusia dalam kubur
- Raqib dan ‘Atid – catat amal baik dan amal buruk
- Malik Zabaniah – ketua malaikat yang menguruskan neraka
- Ridhwan – ketua para malaikat yang menjaga syurga
Malaikat ini makhluk yang dicipta oleh Allah daripada cahaya. Mereka ini suci daripada dosa. Sepanjang hayatnya, mereka hanyalah patuh dan beribadat kepada Allah sahaja. Tingkatan imannya mendatar dan tidak sperti manusia yang ada turun naiknya. (klik pada link ini untuk kisah malaikat yang lebih terperinci)
Malaikat ini makhluk mulia. Mereka tidak mempunyai nafsu seperti manusia. Jadi doanya jika dikira diatas dasar suci dari dosa dan dekatnya dengan Allah, akan lebih mudah diperkenankan Allah.
Jadi sebagai sokongan kepada doa kita supaya lebih dipandang Allah, adalah baiknya juga jika malaikat doakan kita. Sebenarnya malaikat juga turut mendoakan orang-orang yang soleh.
Macamana kita harus buat/amalkan untuk membuatkan supaya malaikat doakan Kita. Ada beberapa keadaan malaikat turut sama mendoakan kita. Diantara yang disebut didalam hadith ini:
Ummu ad-Darda’ telah berkata dari Abu Darda’, Nabi saw bersabda:
“Doa seorang muslim kepada saudara seIslamnya semasa ketiadaanya adalah mustajab. Terdapat malaikat yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.”
(HR Muslim)
Hadith ini menyarankan kita mendoakan kebaikan sahabat kita dengan ikhlas. Namun doa kita tadi biarlah diluar pengetahuannya. Kerana yang demikian itu menandakan tahap keikhlasan dan kasih sayang kepada sahabat yang tinggi. Dan dinyatakan juga bahawa doa demikian adalah amat mustajab yakni lebih tinggi tahap pemaqbulannya.
Sewaktu kita mendoakan kebaikan sahabat kita tadi, sebenarnya ada malaikat yang mendampingi kita dan meng”amin”kan doa kita tadi. Dan malaikat ini turut mendoakan supaya apa yang kita doakan kepada sahabat kita tadi turut kita perolehi.
Inilah yang saya maksudkan dengan keadaan ataupun situasi dimana malaikat doakan kita!
Â
note:
Lepas baca ni, pembaca jangan lupa doakan supaya saya jadi orang kaya yang pemurah ya.. Ameen
aminn..
donnyien recently posted..Rahsia hidup bahagia Part 2
Amin semoga semua dipermudahkan….:) thanks
tq bro.. selamat berkenalan
Hai sohoque,
Amin.. semoga bermanfaat.
donnyien recently posted..Serahkan segala kerisauanmu
tq donnyien 😉
sohoque recently posted..Komen Pembaca Masuk Dalam Spam
[…] tunaikan hajat orang lain tadi, Allah menunaikan juga hajat kita. Ini akan disokong pula dengan kekuatan doa orang yang ditolong tadi kepada kita kerana […]
Amin… Moga diberi kejayaan, kekayaan di dunia dan di akhirat…
Aameen.. ya rabb