Philip Fidelio Soundbar, Speaker Boleh Pisah Tanpa Wayar

HTL9100 front

Tiba-tiba nama Philip Fidelio Soundbar HTL9100  menjadi sebutan. Aku pula pertama kali mendengar tentang produk yang unik ini. Rupa-rupanya produk ini telah diumumkan pelancarannya di Malaysia oleh Woox Innovation pada  12 Mac 2014 yang lalu, bersempena dengan Harvey Norman IPC Atrium Road Show 2014. Keunikan soundbar ini telah menjadi sebutan penggemar Home Teater di Malaysia.

Aku pula menjadi orang yang amat bertuah apabila ditawarkan untuk menguji keistimewaan produk ini selama seminggu. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk membuat review tentang produk ini.

Apa keistimewaan dan keunikan Soundbar ini?

Banyak yang boleh aku perkatakan tentang soundbar ini. Tapi untuk tidak mengelirukan anda dengan apa yang bakal aku komen di sini, aku membahagikan komen aku kepada beberapa aspek:

Rekabentuk

HTL9100_in apartment

Berwarna perak kehitaman yang anggun, philip fidelio soundbar htl9100 ini direka khusus untuk rumah yang mempunyai ruangan yang terhad . Ini adalah kerana hujungnya boleh dipisahkan untuk menjadi speaker satelit belakang tanpa wayar. Memang ia menjimatkan ruang dirumah anda.

Walaupun rumah aku (semi-D) tidak mempunyai masalah ruangan untuk meletakkan produk ini bersama-sama TV aku, tapi aku dapat bayangkan betapa ianya dapat membantu orang yang mempunyai rumah kategori apartment dan kondo menjimatkan ruangan rumah mereka.

Ia  berkomunikasi dengan unit utamanya melalui isyarat 5.8GHz untuk mengelakkan gangguan dari Wi-Fi atau isyarat Bluetooth . Speaker ini dikuasakan dengan bateri rechargeble yang mampu bertahan sehingga 10 jam sebelum dikembalikan ke bar utama dicas semula.

 Bunyi sekeliling (surround)

Konfigurasi yang mantap daripada speaker ini memberikan pendengar bunyi surround dengan bantuan dua tweeters 1 inci dan empat pemandu midrange 2.5 inci.

HTL9100

Speaker ini menukarkan bunyi asal Dolby Digital dan soundtrack DTS dengan standard 5.1-channel signal apabila satelit dipisahkan . Audio panning yang  mengagumkan menjadikan filem, permainan video, rancangan televisyen dan muzik seperti hidup. Ini adalah sistem pop up Home Teater yang banyak fungsi  untuk orang yang mempunyai ruangan yang terhad. Sungguh hebat!

Sambungan / connectivity

Sambungan ataupun connectivity menjadi sangat mudah apabila speaker satelit boleh disambungkan kepada unit utama melalui sambungan proprietari yang disokong oleh magnet.

HTL9100 alone

Soundbar ini merupakan speaker boleh pisahl tanpa wayar yang pertama di dunia. Dan kini ianya telah pun berada di pasaran malaysia.

Dengan kebolehannya menukarkan bunyi biasa kepada 5.1 Channel Surround Sound bila dipisahkan daripada konsol utama, pastinya ia akan menjadi pilihan penggemar Home Teater.

Tidak seperti jenama yang lain, produk ini yang berbentuk ergonomik yang dilengkapi dengan subwoofer dan mempunyai fungsi Bluetooth ini mempunyai bunyi yang sungguh berkualiti.

Anugerah

Keistimewaan produk ini telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Selain daripada Anugerah Home Theater Inovation 2013-2014 yang diberi oleh European Imaging and Sound Association (EISA) pada tahun 2013, ia juga mendapat 3 lagi anugerah oleh What Hifi Award termasuk  ‘Product of the Year’ dalam kategori soundbar.

Aku yakin produk ini akan mendapat sambutan di Malaysia dengan sebab-sebab aku nyatakan di atas. Ini boleh dilihat dengan banyaknya pertambahan rumah kategori kondominium dan apartment yang mana penjimatan ruangan menjadi agenda utama. Produk ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka ini.

Harga pasaran soundbarini ialah RM2,999. Ia sudah boleh didapati di outlet-outlet utama.

Anda boleh lihat bagaimana speaker ini berfungsi dalam video di bawah:

6 Comments

  1. akubiomed April 17, 2014
    • sohoque April 17, 2014
  2. Hazman Fadzil April 18, 2014
    • sohoque April 18, 2014
  3. Bahrain April 18, 2014
    • sohoque April 18, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: