Memang besar harapan kita semoga pasukan bolasepak kita menang dan berjaya ke perlawanan akhir dan seterusnya mempertahankan Piala Suzuki AFF. Peluang untuk layak dengan selesa telah dipersiakan oleh pasukan kita sewaktu perlawanan pertama peringkat separuh akhir yang telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Gol pendahuluan oleh Mat Yo tidak berjaya dipertahankan apabila pasukan Thailand berjaya menyamakan kedudukan menjadikan jaringan 1-1. Ini bermakna Harimau Malaya perlu menang untuk melangkah ke perlawanan akhir. Jika seri sekalipun malaysia harus seri dengan jaringan. Jika seri dengan tanpa jaringan, Malaysia akan dikira kalah berdasarkan gol ditempat lawan. Jika seri dengan jaringan, maka tambahan masa akan diberikan. Jika perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri juga, maka penentuan tendangan penalti akan digunakan.
Banyak halangan dan ujian-ujian baik dari segi persiapan pasukan dan psikology yang terpaksa Harimau Malaya harungi. Antara yang hangat diperkatakan ialah tentang padang latihan yang tidak langsung berkualiti yang disediakan untuk pasukan Harimau Malaya membuat latihan sebelum menjelang perlawanan separuh akhir kedua di Thailand. Padang yang disediakan khabarnya becak dengan air yang bertakung. Padang itu juga adalah padang terbuka dimana latihan dapat disaksikan oleh orang ramai. Tidak sesuai langsung dengan tahap pertandingan peringkat Asia.
Ini mungkin juga strategy pihak lawan untuk melemahkan semangat pasukan Harimau Malaya. Diharap pegawai pasukan bolasepak Malaysia akan membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Asia di atas sikap tidak professional pasukan Thailand ini.

Aku pula apa cerita? Cerita aku ialah sudah menang di dalam perlawanan aku menetang taukey kedai baiki TV. Aku berjaya menekan kedai membaiki TV aku supaya menyiapkan TV aku sebelum petang ini. Alasan aku sebab aku nak tengok bola Harimau Malaya Vs Gajah Perang malam ni. Ini semangat patriotik aku cakap.
“Kalau you tak siapkan TV saya sebelum petang ni dan dengan sebab itu saya tak dapat tengok perlawanan Harimau Malaya menentang Thailand, you tidak ada semangat patriotik woo.”
Tak tahu lah aku taukey cina tu faham ke tak faham apa yang aku kata. Tapi yang pasti dia berjanji akan siapkannya sebelum petang. 🙂
Untuk pengetahuan, TV aku rosak dah hampir dua minggu. Mati kutu anak-anak aku kat rumah masa aku pergi kerja. Entertainment seperti PSP dan laptop lama aku tidak berjaya mematikan kutu-kutu yang meryap di jiwa mereka. Akibatnya hampir setiap 30 minit mereka akan telefon aku dan bertanyakan soalan yang sama iaitu:
“Papa, kitorang nak buat apa ni…?!!!”
Aku pun mati kutu juga nak menjawab.Kadang-kadang panggilan anak ni agak mengganggu bilamana diorang kerap menelefon. Tambah-tambah lagi telefon hanya untuk bertanyakan soalan di atas. Tambah kusut bila aku sedang berdiskusi dengan klien ataupun prospek. Tak nak jawab, dibimbangi panggilan penting.
Dan akhirnya pukul 1.30 petang tadi taukey kedai tu telefon dan bagitau yang TV tersebut sudah siap dibaiki. Yahoooo…! Boleh tengok Harimau Malaya Vs Gajah Perang malam ni. Tak perlulah aku ke restoren mamak. Sangat lega sebabnya anak aku si Ifza yang paling kecil ni demam. Merengek tak henti-henti.
Harapan kita moga Harimau Malaya mencipta kemenangan. Malaysia Boleh. You’ll Never Walk Alone!!!
hello bro,
semoga berjaya pasukan Malaysia.
donnyien recently posted..Malaysia bakal lahirkan blogger jutawan
malaysia boleh
huh memang x patut dio org buat kita camni… ade ke beri tempat latihan kat sawah padi….
tak pe Rimau malam ko buktikan…
Mamoh Rimau Mamoh :0
auc recently posted..Semak Keputusan UPKK 2012 | Ujian Penilaian Kelas KAFA 2012 | Online
hahahah. kekoh rimau. kekoh
Tepuk dahi bohhhh~
Afifah Munirah recently posted..HowTo: Cara Menjimatkan Pengunaan Data Broadband
tak boleh buat apa. malaysia main 10 orang. thailand 12 orang
Walaupun kita tewas, tapi tak mengapalah, cuma game semalam Malaysia lebih banyak bertahan dari menyerang, mungkin striker kita injured kan..
Myra Jay recently posted..iPhone 5 gadget impian
Ha’ah kan setuju….layak ke semi final sudah dikira bagu bagi aku….bukan senang nak pertahan juara drpd memenangi kejuaraan
budak felda recently posted..Samsung Galaxy SIII Menjadi Pilihan
ya la.. org tak expect pun sampai ke tahap ni bila tgk first game dulu tu. cuma dgn kekalahan ini pihak pengurusan boleh lah buat post mortem. kenal pasti kekurangan. banyakkan pelapis muda. bg depa pendedahan kepada perlawanan besar
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
ya lah myra. terima kekalahan seadanya..
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
[…] tamatlah episod Piala Suzuki AFF 2012 untuk pasukan Malaysia. Harimau Malaya tersungkur akhirnya di tangan Gajah Perang (aku masih lagi […]