More

    Piala Suzuki AFF 2012: Harimau Malaya Vs Gajah Perang

    Harimau Malaya melawan Gajah Putih, siapa yang akan menang dan ke perlawanan akhir? Eh, gelaran untuk pasukan Thailand Gajah Putih ke? Yang aku tau gajah putih tu perumpamaan kepada sesuatu yang dibuat tetapi tidak digunakan. Macam projek gajah putih contohnya. Sebab tu kat radio HotFm aku dengar diorang tak sebut gajah putih sebagai gelaran kepada pasukan bolasepak Thailand, tetapi diorang sebut Gajah Perang.

    Memang besar harapan kita semoga pasukan bolasepak kita menang dan berjaya ke perlawanan akhir dan seterusnya mempertahankan Piala Suzuki AFF. Peluang untuk layak dengan selesa telah dipersiakan oleh pasukan kita sewaktu perlawanan pertama peringkat separuh akhir yang telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Gol pendahuluan oleh Mat Yo tidak berjaya dipertahankan apabila pasukan Thailand berjaya menyamakan kedudukan menjadikan jaringan 1-1. Ini bermakna Harimau Malaya perlu menang untuk melangkah ke perlawanan akhir. Jika seri sekalipun malaysia harus seri dengan jaringan. Jika seri dengan tanpa jaringan, Malaysia akan dikira kalah berdasarkan gol ditempat lawan. Jika seri dengan jaringan, maka tambahan masa akan diberikan. Jika perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri juga, maka penentuan tendangan penalti akan digunakan.

    Banyak halangan dan ujian-ujian baik dari segi persiapan pasukan dan psikology yang terpaksa Harimau Malaya harungi. Antara yang hangat diperkatakan ialah tentang padang latihan yang tidak langsung berkualiti yang disediakan untuk pasukan Harimau Malaya membuat latihan sebelum menjelang perlawanan separuh akhir kedua di Thailand. Padang yang disediakan khabarnya becak dengan air yang bertakung. Padang itu juga adalah padang terbuka dimana latihan dapat disaksikan oleh orang ramai. Tidak sesuai langsung dengan tahap pertandingan peringkat Asia.

    Ini mungkin juga strategy pihak lawan untuk melemahkan semangat pasukan Harimau Malaya. Diharap pegawai pasukan bolasepak Malaysia akan membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Asia di atas sikap tidak professional pasukan Thailand ini.

    Gambar ihsan dari bharian.com.my

    Aku pula apa cerita? Cerita aku ialah sudah menang di dalam perlawanan aku menetang taukey kedai baiki TV. Aku berjaya menekan kedai membaiki TV aku supaya menyiapkan TV aku sebelum petang ini. Alasan aku sebab aku nak tengok bola Harimau Malaya Vs Gajah Perang malam ni. Ini semangat patriotik aku cakap.

    “Kalau you tak siapkan TV saya sebelum petang ni dan dengan sebab itu saya tak dapat tengok perlawanan Harimau Malaya menentang Thailand, you tidak ada semangat patriotik woo.”

    Tak tahu lah aku taukey cina tu faham ke tak faham apa yang aku kata. Tapi yang pasti dia berjanji akan siapkannya sebelum petang. 🙂

    Untuk pengetahuan, TV aku rosak dah hampir dua minggu. Mati kutu anak-anak aku kat rumah masa aku pergi kerja. Entertainment seperti PSP dan laptop lama aku tidak berjaya mematikan kutu-kutu yang meryap di jiwa mereka. Akibatnya hampir setiap 30 minit mereka akan telefon aku dan bertanyakan soalan yang sama iaitu:

    “Papa, kitorang nak buat apa ni…?!!!”

    Aku pun mati kutu juga nak menjawab.Kadang-kadang panggilan anak ni agak mengganggu bilamana diorang kerap menelefon. Tambah-tambah lagi telefon hanya untuk bertanyakan soalan di atas. Tambah kusut bila aku sedang berdiskusi dengan klien ataupun prospek. Tak nak jawab, dibimbangi panggilan penting.

    Dan akhirnya pukul 1.30 petang tadi taukey kedai tu telefon dan bagitau yang TV tersebut sudah siap dibaiki. Yahoooo…! Boleh tengok Harimau Malaya Vs Gajah Perang malam ni. Tak perlulah aku ke restoren mamak. Sangat lega sebabnya anak aku si Ifza yang paling kecil ni demam. Merengek tak henti-henti.

    Harapan kita moga Harimau Malaya mencipta kemenangan. Malaysia Boleh. You’ll Never Walk Alone!!!

    Latest articles

    Related articles

    11 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge