Platform Yang Mana Terbaik Untuk Blogging..?

0
220

Lama dah tak cakap pasal SEO dan penulisan blog ni.. Nak kongsi juga pasal ni lepas-lepas ni. Dah benda ni jadi mainan seharian, maka apa salahnya Abam Hoq kongsi, ya tak?

Tapi sebelum tu nak tinggal link ni dulu sebelum ia terhumban jauh ke bawah:


>> http://www.wasap.my/+601151044626/kelasSEOdanWordpress <<
>> http://www.wasap.my/+601151044626/kelasSEOdanWordpress <<
>> http://www.wasap.my/+601151044626/kelasSEOdanWordpress <<

Ok sambung bebel..

Ya ada yang dah tau. Tapi mesti ada yang belum tau. Jadi yang dah tau, anggaplah ini proses ulangkaji. Yang belum tau anggap ini proses pembelajaran. Yang tak setuju dengan pendapat abam boleh PM tepi.. Kita bincang. Sebab yang Abam perhatikan, ilmu SEO dan blogging ni pun ada banyak aliran juga. Hehehe…

ramai blogger baru yang tak bertahan lama.. apa sebabnya?

Masih ada yang bertanya dan konfius, pasal platform blogging. Platform apa yang bagus nak guna untuk buat blog?

Kawan-kawan,

Pandangan Abam, awak orang boleh jer guna platform apa pun yang rasa sesuai dengan awak orang. Untuk tulis blog ni bukan Blogspot (blogger) dan WordPress jer ada. Ada banyak lagi platform lain seperti Joomla, medium, squarespace, Wix, Tumblr dan lain-lain. Malah wordpress sendiri pun ada 2, yang free dan yang berbayar.

Jadi bergantunglah awak orang nak guna yang mana. Cuma kalau nak best dan tak nak terasing, gunalah platform yang orang ramai guna. Nanti tak tau senang nak tanya orang. Support daripada developer pun banyak.

Dari segi SEO, ok jer kot memana platform walaupun banyak yang hebat SEOnya terdiri daripada blog WordPress dan Blogspot. Tapi ada jer blog tumblr yang hebat. Teringat dulu, masa Abam sertai satu kontes SEO. Bila dah dekat nak tutup kontes tu, Abam periksa la katakunci (keywords) nak tengok duduk ranking ke berapa…

Tetiba nampak blog Tumblr duduk di mukasurat pertama enjin carian google. Berdesup potong blog-blog yang lain.

Jadi kiranya ok jer nak pakai blog platform memana pun. Janji ada ilmu.

Yang paling penting lagi bukan itu semua sebenarnya. Paling penting ialah semangat awak orang untuk update blog dan kekalkan blog tersebut. Tanpa yang ini, sekejap jer awak orang kat dunia maya ni sebelum berkubur macam ratusan blogger baru yang lain.

Siapa yang nak belajar asas SEO dan penulisan berstruktur, boleh klik link di atas tadi. Nanti kita jumpa untuk perkongsian yang lebih menarik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here