More

    Plugin Mesti Install – Antivirus For WordPress

    Salam dan selamat sejahtera.

    Dah lama rasanya aku tidak berkongsi review plugin untuk wordpress ini.

    Setelah blog aku diserang hebat oleh beberapa gerombolan Malware sedikit masa dahulu, aku menjadi agak berhati-hati dalam mengaturcara blog aku. Apa tidaknya, kesan selepas serangan itu amat dahsyat untuk ditanggung oleh blogger muda (usia berblogging ya, bukan usia sebenar) seperti aku ini. Lain la kalau serangan ini terarah kepada blogger otai seperti blogger ini ataupun blogger ini.

    Antara kesan yang amat dirasai ialah ranking alexa blog aku yang pada masa itu di tangga ke 1050 ranking Malaysia terus menjunam tangga 2000 lebih. Purata traffic harian yang singgah di blog aku di sekitar 1000 orang sehari sudah jatuh teruk. Sekarang average pembaca yang singgah hanyalah sekitar 500 orang sahaja sehari. Ya la, dua minggu blog aku kena kuarantin. Siapa yang mau singgah ya tak?

    Nasib baik la penyedia hosting aku amat pantas bertindak. Terima kasih kepada Syafeeq dan rakan-rakan di DataKL yang bertungkus lumus mencari punca code injection malware di dalam blog aku.

    Tidak mau terjerumus kali kedua di dalam masalah ini aku lantas mencari antivirus yang mampu mengesan injection ini. Sekarang aku pasang dua plugin antivirus di blog ini. Satu daripadanya ialah Wordfence Security yang aku telah kongsikan tentangnya di sini.

    Plugin kedua yang aku pasang ialah Antivirus For WordPress. Plugin ini sangat berguna untuk mengesan samada template yang kita gunakan itu selamat daripada malware atau tidak. Yang menarik, apabila plugin ini sudah dipasang ia akan melakukan tugasan scanning secara otomatik pada setiap hari kepada template yang sedang kita gunakan.

    antivirus plugin.png

    Antara ciri-cirinya:

    • amaran virus di bar admin
    • pembersihan selepas pugin dibuang
    • terjemahan di dalam banyak bahasa
    • Scan harian dengan notifikasi ke dalam emel
    • memeriksa database tables dan template tema
    • boleh digunakan dengan wordpress versi 3.x secara visual dan teknikal
    • penyelesaian senarai putih: tandakan kes yang disyaki dengan “tiada virus” (no virus)
    • memeriksa fail amaran secara manual

    Cara pemasangan plugin:

    1. Muat turun fail antivirus di sini
    2. Di dashboard blog anda –> plugin –> add new –> Upload
    3. Masukkan nama fail yang dimuat turun di langkah no 1 tadi –> install now
    4. Activate

    Siap!!! Selamat memasang plugin Antivirus For WordPress ini. Moga anda dpat manfaat daripada perkongsian ini.

    Latest articles

    Related articles

    26 Comments

    1. Sememangnya sedang mencari plugin terbaik yang telah di pasang oleh blogger hebat.. Baru tadi terbaca post dari blogger lain, serangan malware menjatuhkan blog.. Terima kasih bro atas perkongsian.. Eh bro pergi kan 19 Mei ni?? Boleh jumpa 😀
      Irwan Alessa recently posted..WordPress Lebih AnggunMy Profile

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge