Kepada blogger yang sedang menghadapi masalah ini, dan sedang mencari solusi kepada masalah seperti yang dicadangkan di sini, plugin Picasa Image Express ini amat membantu.
Plugin Picasa Image Express ini amat mesra pengguna (user friendly) kerana ia menjadi sebahagian daripada post editor selepas ia diinstall sebagai plugin ke dalam blog wordpress anda. Ini bermakna anda boleh mengakses gambar-gambar yang tersimpan di dalam akaun Picasa anda melalui post editor di WordPress sahaja. Hanya klik sahaja pada icon Picasa dalam post editor, satu window akan keluar dan anda boleh memasukkan gambar-gambar daripada akaun picasa ke dalam entri anda.
Namun sebelum itu anda perlulah ada akaun Picasa dan memuat naik gambar-gambar yang kita perlukan untuk di poskan bersama entri kita.
Diringkaskan, ini adalah turutannya:
Daftarkan akaun picasa web album anda sendiri terlebih dahulu di sini. Ia memerlukan login akaun Google anda.
Kemudian install plugin Picasa Image Express di blog anda. Cara-caranya:
- Pergi ke link ini
- Muat turun file tersebut
- Login ke blog anda dan pergi ke ruangan dashboard
- Pergi ke bahagian plugin –> Add new –->upload (muat naik)
- Cari file Picasa Image Express tadi
- Install –> activate
- Siap
Kemudian muat naikkan (upload) gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam entri anda di blog anda ke dalam Picasa Web Album.
Aturkan (setting) gambar-gambar tersebut daripada visible kepada public. Ini amat penting kerana jika setting tidak betul gambar yang ingin anda masukkan ke dalam entri tidak akan keluar.
Pergi ke post editor di blog dan klik icon Picasa Image Express dan pilih gambar yang anda inginkan untuk dimuatkan ke dalam entri anda. Gambar tersebut akan muncul di tempat di mana cursor anda berada di dalam post editor.
Itu saja tutorial Picasa Image Express untuk kali ini.
Selamat menggunakan plugin Picasa Image Express yang banyak menolong terutama kepada yang mempunyai masalah disk space yang sudah mencapai limit.
Bagus plugin ni. Boleh jimat space hosting.. Tapi aku tak berani nak guna sebab kat page plugin tu ada bagitau “This plugin hasn’t been updated in over 2 years”.. Takut tak sesuai dengan blog.. dan mungkin senang terdedah kepada serangan h4cker sebab plugin lama sangat tak update.
Tips security blog – pastikan blog menggunakan plugin yang up to date. Plugin lama yang tidak dikemaskini mungkin terdedah kepada serangan dari penggodam.
Anarm recently posted..Isteri Tak Sihat, Suami Masuk Dapur
Thanks bro Anarm. Nak kena check kot2 ada plugin yg tak update…hehe
hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #9 Telur?
plugin “Picasa Express x2” nampak macam sama fungsi dengan plugin yang ni..
Anarm recently posted..Isteri Tak Sihat, Suami Masuk Dapur
Picasa express x2 aku rasa lbh baru kot. Tp stkt ni aku guna yg ni cam ok jer.
dari picasa tersebut kita boleh tak edit gambar tu contohnya nak edit supaya size gambar jd kecik?
biasanya sha ambik gambar dari akaun dropbox dan gunakan photoscape
sha recently posted..Kolam Pancing Udang Sg Tangkas, Bangi (Teaser)
Picasa ngan photoscape lain fungsinya sha. Picasa utk simpan gambar online. Photoscape utk edit gambar.
Ambe biasa guna photobucket. Simpan gambar dan edit gambar. Siap. Ambil link dan tempek kat blog =)
hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #9 Telur?
boleh juga.. ambe ada jugop guna photobucket kat blog ambe yg lain.. nnti ambe share buat entri jugok. heheheh
So jawapannya x boleh 😉
ooo ok ok noted wiz thanks sohoque!
sha recently posted..Jangan Baca Buku Ini !!
yr welcome sha!!! 😉
aku tak pakai yang ni. pakai yang biasa aje.
yg biasa tu bro pakai plugin apa?
kalau blogspot…semua gmbr akan masuk automatik dkt picasa album….
ecadwinkyasha recently posted..Blogger jual diri
wordpress pon gambar boleh masuk ke picasa album gak.. cuma sebab wordpress self hosted ni di guna disk space sendiri, so lbh senang guna simpanan di disk space. cuma ruang simpanan data terhad
maksudnya ada had juga la.mcm blogspot,hadnya sampai 1g size gmbr je…..tpi leh topupkan bgi self-hosting.
ecadwinkyasha recently posted..Menjana pendapatan disamping berkongsi ilmu
ya.. betul!!!
Salam…boleh ke picasa ni digunakan untuk insert featured image ???
TQVM BRO