More

    Program Komuniti McDonald’s Bantu Rakyat Pantai Timur, Alhamdulillah..!

    McDonald’s memang nama yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia dalam kategori restoran makanan segera. Sebut sahaja namanya pasti terbayang aneka jenis burger yang sedap dan ayam goreng yang enak.

    McDonald’s ni sebenarnya bukan sahaja hebat dalam mangambil hati rakyat Malaysia untuk memilih produk makanannya, malah ia juga sentiasa membuatkan jenamanya sentiasa bermain di mata pelanggannya dengan pelbagai promosi yang menarik sepanjang masa. Ada sahaja promosi baru dan promosi ulangan saban bulan.

    Untuk menempatkan jenamanya di hati rakyat juga, McDonald’s menyumbang semula sebahagian daripada pendapatannya kepada rakyat Malaysia. Ini adalah satu usaha yang sangat bagus dan terpuji daripada McDonald’s yang sepatutnya diikuti oleh syarikat-syarikat yang lain.

    Program Komuniti sebegini sebenarnya adalah merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia untuk mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikatnya.

    Baru-baru ini McDonald’s Malaysia telah menyumbangkan sejumlah RM594,800 untuk meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu.

    Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

    Di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu, McDonald’s telah menyediakan beberapa inisiatif kemasyarakatan. Antaranya pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

    Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.
    Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.

    Semua ini diumumkan pada Program Komuniti McDonald’s bantu rakyat Pantai Timur yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Program tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat ini telah mendapat pujian daripada kerajaan negeri Terengganu.

    Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

    Untuk ini, McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

    (kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

    McDonald’s Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

    Pembayaran zakat ini sekaligus menutup mulut sebahagian kecil masyarakat yang masih meragui status McDonald’s Malaysia yang sering dikaitkan dengan isu status HALAL dan isu hubungannya dengan Yahudi.

    Perlu diingat, jika pendapatan sesuatu syarikat itu tidak Halal ataupun syubhah, pihak zakat tidak akan menerima pendapatannya sebagai hasil zakat.

    Malah McDonald’s Malaysia telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.

    Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

    Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

    (tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.

    Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald’s. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

    Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

    Program “Kembali ke Sekolah”

    Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

    (empat dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (lima dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Terengganu yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek ini.

    Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

    Syabas McDonald’s Malaysia

    Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

    Secara peribadi Abam Hoq amat kagum dengan sumbangan khidmat masyarakat yang telah diatur dan dirancang oleh McDonald’s Malaysia. Dengan sumbangan semula kepada masyarakat ini, kta sebagai pengguna merasa kita turut mempunyai sumbangan secara tidak langsung kepada masyarakat.

    Kita tau bahawa duit yang kita belanjakan itu nanti akan ada bahagiannya untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di luar sana. Ini akan memberi lebih nilai kepada belian kita untuk barangan McDonald’s.

    Pembayaran zakat juga dapat membuka mata sesetengah masyarakat Islam yang masih punya dogma negative terhadap McDonald’s. Syabas McDonald’s Malaysia…!

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge