Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan Dengan Mewangi

Produk Mewangi

Nak putih, anjal, gebu , cantik dan menawan? Haaa ni ada satu produk terbaru di pasaran. Aku baru jer balik daripada majlis pelancarannya yang diadakan di Hotel Hilton KL. Nama produk ni ialah Mewangi, keluaran Nizayu Prima Marketing, sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan bumiputera bertaraf GMP.

Produk ini telah berada di pasaran sejak bulan Februari 2016 lagi. Keberkesanan produk ini telah terbukti setelah pengasasnya sendiri iaitu Puan Ayu Azmera Abd Moin menggunakan produk ini sejak 2 tahun yang lalu.

Puan Ayu sewaktu menyampaikan ucapannya

Apa yang bagusnya, Puan Ayu sudi berkongsi manfaat, rahsia kecantikan dan pengalamannya menggunakan produk ini kepada wanita yang ingin menjaga kecantikan dan penampilan diri, khususnya penjagaan kulit wajah.

Untuk mempercepatkan perkongsian beliau untuk sampai kepada kelompok sasaran beliau telah merangka pelan pemasaran yang jitu:

1. Duta produk Mewangi

Salah satunya ialah beliau telah melantik Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris untuk menjadi duta produk ini. Langkah ini pada aku amat bijak. Ini adalah kerana Kak Ani (Noraniza Idris) amat mementingkan penjagaan diri. Tengoklah sendiri Kak Ani. Wajahnya seperti tidak dimakan usia.

Noraniza Idris duta Mewangi

MOU antara Mewangi dan Noraniza Idris selaku duta produk

 

Pak Ngah turut hadir menyaksikan upacara MOU

Kak Ani amat cerewet dalam memilih produk kecantikan. Tapi oleh kerana produk ini memang 100% dijamin berkualiti tinggi, Kak Ani bersetuju untuk menggunakan produk ini sekaligus menjadi duta produk ini. Ini adalah perkembangan dan aktiviti terkini Noraniza Idris.

Produk ini selamat dan juga suci dengan bahan-bahan alami dan bebas alahan yang diformulasikan dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan.

Formulasi dan kombinasi yang sempurna inilah yang telah menghasilkan produk penjagaan kecantikan yang berkualiti tinggi dalam variasi penjagaan wajah dan kulit badan. Yang penting juga ialah ia adalah produk mampu milik.

2. Rangkaian Pengedar dan wakil jualan

Lebih 300 wakil jualan dan pengedar telah dilantik di seluruh negara. Malah produk ini telah ada wakil jualannya di Singapura. Strategi ini telah terbukti berkesan sampai kepada kelompok sasaran apabila ia telah terjual sebanyak 1.5 Juta lebih unit. Ini sekaligus mewujudkan peluang kepada orang ramai untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjadi pengedar produk ini.

Produk-produk mewangi

Antara produk permulaan yang diperkenalkan kepada orang ramai ialah:

1. Mewangi Chewing Gum Soap

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-silver”]harga: RM49 (semenanjung Malaysia) RM59 (Sabah & Sarawak)[/otw_shortcode_info_box]

Ini adalah pencuci muka yang dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis. Ia sangat bagus untuk merawat jerawat, jeragat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan boleh menyejukkan radang kulit.

2. Mewangi Peeling Scrub

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-silver”]harga: RM49 (semenanjung Malaysia) RM59 (Sabah & Sarawak)[/otw_shortcode_info_box]

Ini adalah scrub ataupun lulur garam bukit untuk kegunaan muka dan badan. Ia berupaya membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celahan badan, ketiak dan kelengkang.

3. Mewangi Cream

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-silver”]Harga: RM49 (semenanjung Malaysia) RM59 (Sabah & Sarawak)[/otw_shortcode_info_box]

Gambar produk: Puteri Memory Blog

Ia adalah krim untuk kegunaan muka dan badan yang menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, serta mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri menaikkan aura dan seri wajah.

4. Mewangi Penaik Seri 7 Bunga

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-silver”]Harga:RM69 (semenanjung Malaysia) RM75 (Sabah & Sarawak)[/otw_shortcode_info_box]

Ia merupakan krim kegunaan muka yang diekstrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7 pati bunga untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang degil.

Dalam masa 14 hari kegunaannya, InsyaAllah kulit anda akan berseri-seri dan lebih cerah merah jambu, seterusnya memancarkan keserian wajah anda.

Untuk mengembangkan lagi produk ini, Nizayu Prima Marketing akan melancarkan produk-produk baru di masa akan datang. Antara produk kosmetik yang akan dilancarkan adalah:

1. Gincu Bibir Mewangi dengan 4 pilihan warna (pink ayu, pink mawar, merah pinang, natural glass)

2. Bedak Alas Mewangi

3. Minyak wangi Mewangi.

Info Lanjut Mewangi

Untuk pertanyaan dan info lanjut produk ini, samada ingin menjadi pengguna ataupun ingin menjadi wakil jualan, anda boleh hubungi:

1. Hotline: +6016-444 7131 / +603-7813 7707

2. Pejabat

No 23-G, Blk 2 Jalan Elektron NU16/N,
Sek U16, Denai Alam,
40160 Shah Alam, Selangor

3. FB: Mewangi Satu Dunia

4. Instagram: Mewangi Satu Dunia

5. Youtube: TV Mewangi

6. Website: www.mewangiofficial.com

Komen Sohoque

Dengan mendengar sendiri ucapan Puan Ayu di majlis pelancaran ini, aku amat yakin produk ini mampu pergi jauh dan bersaing dengan produk sedia ada. Ini adalah kerana produknya yang berkualiti tinggi.

Ditambah pula dengan pelan pemasaran yang mantap dan kerjasama erat dengan duta produk, aku rasa Mewangi ini akan menjadi produk pilihan pengguna sedikit masa lagi.

7 Comments

  1. shiqeen sattar December 14, 2016
    • Mama Hakim April 14, 2017
      • sohoque April 14, 2017
  2. Mazni Azmi April 7, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: