More

    Rahsia Team Juara Astro Celebrates Merdeka

     

    Lisa surihani menyampaikan hadiah kepada pemenang
    Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bersama Lisa Surihani

    24hb Ogos 2013 baru-baru ini menyaksikan ramai bloggers dijemput utk menyertai event yg memerlukan bloggers  bergerak aktif. Event tersebut adalah event Astro Celebrates Merdeka. Bloggers dijemput oleh Nuffnang dan Churp Churp.

    churp churp dan nuffnang logo
    dua syarikat adik beradik inilah yang bertanggungjawab menghantar jemputan kepada blogger

    Aku dijemput oleh Churp Churp. Ini adalah kali kedua aku mendapat jemputan Churp Churp selepas Majlis Berbuka Puasa di restoren Bijan pada bulan Ramadhan yang lepas.

    Memang event ini penuh dengan energy. Sebab itulah bloggers yg mendapat jemputan telah mendapat peringatan awal melalui emel supaya memakai pakaian yg bersesuaian dengan tema event tersebut.

    Tidak kurang drp 60 org bloggers aku rasa yang dijemput. Sebabnya di akhir event yang diadakan bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, satu aktiviti ala-ala mencari harta karun telah dianjurkan. Sebanyak 15 team telah mendaftarkan diri. Setiaap satu team ada 4 orang. Jadi betul la kot kesemua bloggers yang hadir lebih kurang 60 orang.

    Aku berada di dalam team no 15. Bersama-sama aku ialah Fazrol, Wahidah, dan Sharul Zain.

    kami lah juara astro celebrates merdeka event
    Inilah team aku yang cukup sporting

    Kesemua peserta diberi tugas yang sama iaitu menyelesaikan tugas-tugas yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Dalam 30 tugasan yang perlu diselesaikan kalau tak silap aku.

    Maka berlari-lari anaklah semua bloggers membuat tugasan yang diberi.

    Aktiviti ini secara tidak langsung memperkenalkan bloggers kepada bloggers yang lain. Ianya ibarat aktiviti team building la. Bloggers yang belum pernah jumpa pun dah kenal pada hari tersebut.

    Pada setiap tugasan yang diberikan, peserta dikehendaki menguploadkan gambar yang diambil ke Instagram. Yang menjadi masalah utama kepada para peserta pada hari tersebut ialah internet broadband menjadi sangat perlahan. Ini mungkin disebabkan ramai yang berkongsi data pada tempat dan masa yang sama.

    Akibatnya banyak tugasan yang tidak dapat diselesaikan.

    Berlainan dengan team aku. Keatua kumpulan 15 si Syahrul Zain telah mendapat idea yang aku rasa amat bagus sekali. Tidak jauh daripada tempat event tersebut ada satu kedai menjual barangan Apple Mac.

    Kat situ ada disediakan wifi untuk pengguna mencuba peranti Apple dengan wifi. Kami telah meminta izin daripada tuan punya kedai dan diorang bersetuju memberi kata laluan wifi kedai mereka. Apa lagi, berkampung kat sanalah semua ahli team 15.

    Wifi percuma di kedai Apple Mac
    Nasib baik ada kedai Apple Mac yang membenarkan kitaorang membuat tugasan di situ

    Lagipun banyak tugasan yang boleh dibuat dalam kedai tersebut je, seperti buat supaya orang gelak, picit bahu, bagi bunga, menyanyi lagu patriotik dan sebagainya. Cuma tugasan seperti membuang sampah, mengammbil gambar 3 makanan Malaysia dan beberapa tugasan lagi sahaja yang terpaksa kami keluar.

    macha hebat bersih mej restoren
    membersihkan meja restoren adalah antara salah satu tugasan

    Hasilnya, kesemua gambar yang kami ambil berjaya kami uploadkan menerusi aplikasi Instagram. Dan kami berjaya menyiapkan kesemua tugasan dalam masa yang ditetapkan.

    Inilah rahsia team juara Astro Celebrates Merdeka.

    Syabas kepada team mate Syarul Zain yang mampu berfikir diluar kotak. Kalau nak harapkan broadband jangan harap lah nak menang. Tambah-tambah lagi smartphone aku awal-awal lagi dah habis baterinya.

    team 15 bergambar santai
    Cun tak yang pegang signboard cun tu? heheheh
    tugasan membuat aksi tugu negara
    tugasan membuat aksi tugu negara
    tugu negara bersama syahrul zain
    tugasan tugu negara lagi

    Tahniah kepada team juara iaitu team 15. You Rock guys!!!

    RM600 sebagai hadiah juara
    Hadiah untuk juara astro celebrates merdeka ini ialah voucher bernilai R600

    Berikut adalah foto-foto di event yang berjaya dirakam oleh bloggers yang hadir:

    selebrities (Small) photo reramai (Small) malaysia quotes (Small) lisa suri (Small) group champ1 (Small) goodies 2 (Small) frame (Small)

     

    Latest articles

    Related articles

    18 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge