Sunday, June 4, 2023
HomeViralRasuah di bulan Ramadhan..! Astaghfirullah.. Rata-rata netizen pandang sinis pada anggota beruniform,...

Rasuah di bulan Ramadhan..! Astaghfirullah.. Rata-rata netizen pandang sinis pada anggota beruniform, minta kerajaan ambil tindakan

Rasuah di bulan Ramadhan..! Astaghfirullah.. Video tengah Viral kat tiktok..! Pegawai beruniform “salam kaut” ataupun dengan bahasa direct terima rasuah di bulan Ramadan. Boleh rujuk video di bawah yang dipetik daripada Tiktok xtra.my.

Kelihatan 2 orang pegawai beruniform dan 2 orang individu lain dipercayai orang awam sedang berborak dan bersalam. selepas kantoi dengan pegawai beruniform tersebut, orang awam bersalam dan kelihatan seperti memberikan sesuatu di semasa bersalam..

@xtra_my

Dengar kata member lama tak jumpa.. Bersalam-salaman di bulan mulia🤲🏻😇 #fyp #xtramy #polis #pdrm #salam #sandakan #sabah #ramadan #viral #suap #beritaditiktok

♬ Eh Parah Ni – Mas Gombal
video rasuah di bulan Ramadhan yang sedang viral..!

Komen netizen tentang video rasuah di bulan Ramadhan:

rasuah di bulan ramadhan - Assalamualaikum kaut
“Salam kaut”

Sehingga entri ini di tulis, video tersebut telah mendapat lebih 3000 komen dan 28.4K reaksi “like” di posting tersebut.

Berikut Adalah komen-komen netizen yang aku sempat baca:

“Pihak kerajaan ambil la tindakan terhadap perkara ni” – nurizmin92

“salam kaut ni bukan kat tempat kenduri jer tau” – azmie90

“perghhh.. doa-doa dia masih kekal uniform dia” – MAWMY

“buat beli tepung pelita dgn murtabak petang karang” – TIONG EMAS

“haha.. nahh this is normal when raya time. Started ask sedeqah” – Jai_losecontrol

Ada yang siap tag TikTok PDRM Malaysia: Pdrmsia_official: “ni salam apa?”

rasuah di bulan ramadhan - rasuah biasa

Baca: https://sohoque.com/senarai-amal-ibadah-di-bulan-ramadhan/

Komen aku tentang video tersebut:

Aku tidak pasti samada ini video lama atau video baru. Dan aku pun tak tau betul ke tu “salam kaut” ataupun rasuah di bulan Ramadan seperti yang disangka walaupun memang pada mata kasar nampak macam tu.

Tapi mana tau ada benda lain sebenarnya yang berlaku. Sebab video tersebut dari kedudukan yang agak jauh dan tak berapa jelas. Audio pun tak ada selain audio gelak-gelak pembikin dan pengepos video. So aku tak nak judge apa-apa. Aku masih nak bersangka baik di bulan Ramadhan ni.

Cuma.. jika ini betul perbuatan salam kaut ataupun bahasa kasarnya rasuah maka ia Adalah sangat-sangat tidak patut. Tambahan lagi rasuah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Individu yang melakukannya patut dihukum dengan sewajarnya. Tambahan pula ia melibatkan pegawai beruniform yang bertanggugjawab menjaga negara.

Sebenarnya Rasuah ni tak kira dilakukan dalam apa-apa bulan sekali pun. Ianya tetap menjadi satu kesalahan besar dari segi undang-undang duniawi mahupun ukhrawi. Tapi sebab bulan Ramadhan ini bulan yang mulia yang perlu kita hormati, mąką jika rasuah dilakukan di bulan ramadhan, ia otomatik menjadi perbuatan yang sangat teruk. Berganda dosanya.

Aku harap video tersebut bukanlah video salam kaut seperti yang disangka. Aku masih nak bersangka baik di bulan Ramadhan ni.

Dan biasanya kalau video dah viral macam ni pihak PDRM pasti akan buat siasatan. Polis kita ni sebenarnya hebat juga. Sekejap jer pasti akan dapat cekup anggotanya jika betul itu perbuatan rasuah.

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1