8

Rawatan Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

Salam Jumaat yang penuh barakah..

gambar-orang-sedang-berpuasa

Sejak bermulanya bulan puasa ramai yang bertanya berkenaan perkara yang membatalkan puasa. Pertanyaan datang dari keluarga terdekat maupun kawan-kawan. Ada yang menjadikan group Whatsapp sebagai medan untuk bertanya.

Yang kita tau tu boleh la jawab on the spot. Macam perkara simple seperti makan dengan sengaja tu senang je nak jawab. Tapi kalau soalan yang berlevel tinggi pening juga nak jawab. Kadang-kadang kita sendiri pun ragu-ragu dengan jawapan kita. Jadi macamanalah nak jawab soalan orang….

Antara soalan-soalan tentang perkara – perkara yang boleh membatalkan puasa ialah soalan berkenaan dengan rawatan perubatan yang memerlukan kemasukan cecair ataupun alat tertentu ke dalam rongga badan, adakah ia membatalkan ataupun tidak membatalkan puasa.

Dalam mencari jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut tiba-tiba aku mendapat satu perkongsian di dalam group whatsapp tentang perkara ini. Perkongsian yang agak terperinci dan daripada sumber yang boleh dipercayai.

Berikut adalah perkara-perkara yang melibatkan rawatan perubatan yang tidak membatalkan ibadah puasa kita:

rawatan-perubatan-yang-tidak-membatalkan-puasa

  1. Ubat titis mata dan titis telinga.
  2. Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
  3. Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
  4. Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
  5. Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
  6. Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
  7. Pendermaan darah atau menerima darah.
  8. Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
  9. Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
  10. Mengambil darah untuk ujian makmal.
  11. Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
  12. Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
  13. Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
  14. Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
  15. Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).

Majoriti yang terlibat (Pakar Perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut :

  1. Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
  2. Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa.
  3. Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
  4. Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.
  5. Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam Terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).

Unit Fikah Perubatan,
Jabatan Pembangunan Insan,
PERUBATAN 2016/2017.

Moga dengan perkongsian ini, ianya dapat memberi kita pencerahan yang dicari-cari.

Wallahua’lam.

Show Comments

31 Comments

  1. As June 10, 2016
    • sohoque June 11, 2016
  2. anuar June 11, 2016
  3. asikmain June 12, 2016
    • sohoque June 12, 2016
  4. sepatu kerja valliant June 13, 2016
  5. Anarm June 14, 2016
    • sohoque June 14, 2016
  6. edwinjoxz June 14, 2016
    • sohoque June 14, 2016
  7. ema June 14, 2016
  8. Afif Rayyan June 14, 2016
    • sohoque June 14, 2016
  9. Khairul Zamri June 14, 2016
  10. Ikhwan June 15, 2016
  11. Alwib June 15, 2016
  12. kanza June 15, 2016
  13. Yanieyusuf June 16, 2016
  14. Mama Kembar 3 June 19, 2016
    • sohoque June 20, 2016
  15. Meazza Herbal June 23, 2016
  16. Michalle June 24, 2016
  17. Rangga dinansa June 27, 2016
    • sohoque June 29, 2016
  18. gopena October 14, 2016
  19. tutorialhandphone December 23, 2016

Leave a Reply

%d bloggers like this: