Raya Bagus Kempen Courts Malaysia Sempena Hari Raya

24
429
Raya Bagus kempen khas Courts untuk menyambut hari raya
gambar blogger courts
Blogger bergambar depan Courts Damansara

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Hujung bulan ini ummat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Aku dah terbayang akan kemeriahan bazar-bazar Ramadhan dan suasana bertarawih di masjid-masjid.

Hari raya pasti semua inginkan yang serba baru. Pakaian baru sudah semestinya. Jika ada bajet lebih perabot serta perkakasan dalam rumah juga kita mahu yang baru.

Jika anda bercadang hendak menukar ataupun menambah barangan dalam rumah sempena hari raya nanti, eloklah anda survey dari sekarang. Ditakuti jika membuat pembelian tergesa-gesa dekat-dekat menjelang hari raya, pilihan kita tersebut mungkin bukanlah yang terbaik dari segi harga dan kualiti. Lagipun bulan puasa nanti kita sepatutnya menumpukan sepenuhnya untuk beribadat, bukannya menghabiskan masa mencari barangan untuk hari raya.

Kempen Raya Bagus Courts

Raya Bagus kempen khas Courts untuk menyambut hari raya
Raya Bagus kempen khas Courts untuk menyambut hari raya

Bersempena dengan itu Courts Malaysia telah melancarkan kempen yang dinamakan Raya Bagus secara serentak di 64 gedung peruncitannya di seluruh negara. Pelanggan akan dapat menikmati banyak penjimatan dengan kempen ini. Barangan juga lebih banyak untuk memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan.

mendengar penerangan daripada Mr Allard
mendengar penerangan daripada Mr Allard

Kempen yang sedang  berlangsung ini akan tamat pada 31 Julai 2014. Sewaktu kempen ini pelbagai barangan keperluan untuk hari raya ditawarkan daripada perabot, kelengkapan bilik tidur, barangan eletronik, barangan dapur, sehinggalah kepada aksesori digital. Semuanya pada harga yang berpatutan disamping tawwaran sehingga 50% menerusi skim Courts Flexi Credit.

tawaran hebat daripada Courts
tawaran hebat daripada Courts

“Hari Raya merupakan satu perayaan penuh bermakna yang dapat memupuk semangat muhibah di kalangan ahli keluarga, sahabat handai serta jiran, sama ada mereka bersama-sama merayakan Hari Raya, mahupun sewaktu mereka membuat persiapan Raya di rumah. Menerusi kempen Raya Bagus kami, para pelanggan dapat memperolehi semua keperluan rumah di bawah satu bumbung, sejajar konsep peruncitan kami yang mengutamakan inovasi, tawaran hebat serta harga yang berpatutan,” kata Encik Allard Sjollema, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Courts Malaysia.

Sofa Maker

Antara yang menjadi daya tarikan pelanggan untuk ke Courts sekarang ialah Sofa Maker. Sofa Maker adalah software yang membolehkan pelanggan membuat design sofa mengikut citarasa sendiri. Hanya sentuh gambar sofa dengan bentuk yang dipilih di dalam iPad dan padankan ia dengan fabrik serta warna kegemaran anda. Anda dapat melihat lebih 2000 jenis kombinasi rekaan versi digital di Megastor Courts Damansara dan Subang Jaya, serta gedung-gedung lain yang terpilih. Dengan adanya fasiliti Digital Sofa Maker tersebut, pelanggan bukan saja dapat melihat kombinasi yang dipilih dalam sekelip mata, malah Sofa Maker juga dapat mempamerkan empat rekaan bersama untuk memudahkan perbandingan!

Sofa Maker siap diinstall dalam iPad
Sofa Maker siap diinstall dalam iPad
Ratusan fabrik pilihan untuk dipadankan dengan sofa
Ratusan fabrik pilihan untuk dipadankan dengan sofa
khusyuk melihat demo Sofa Maker
khusyuk melihat demo Sofa Maker

Pakej set ruang tamu dan bilik tidur

Selain itu juga, pelanggan boleh memilih set-set ruang tamu serta ruangan makan mereka dari rangkaian perabit Raya Courts dengan trend terkini. Sudah pasti ada penjimatan yang hebat di sini. Misalnya, 3+2 sofa yang bermula dari harga RM1162, serta set perkakas makan 7-keping yang berharga RM299 sahaja. Lebih menarik, mereka akan mendapat penjimatan lebih banyak jika mereka membeli pakej ruang tamu yang terdiri daripada sebuah sofa, kabinet TV, meja kopi, serta set perkakas makan yang bermula dari harga serendah RM2999 dengan Courts Flexi Credit.

Pelbagai pilihan TV ditawarkan di Courts
Pelbagai pilihan TV ditawarkan di Courts
bermalas-malasan di kerusi malas
bermalas-malasan di kerusi malas

Untuk ruang tamu, Courts menyediakan pelbagai pakej ruang tamu untuk memudahkan pelanggan membuat gabungan dan pemadanan. Begitu juga dengan ruang bilik tidur. Pelanggan pasti tersenyum kerana persiapan rapi untuk sambutan hari raya seperti yang diingini boleh menjadi kenyataan dengan adanya diskaun set bilik tidur sehingga 70%. sebanyak 15 jenama tilam juga ditawarkan di gedung-gedung yang terpilih.

pelbagai jenis katil ada di sini
pelbagai jenis katil ada di sini
antara katil yang dipamerkan di sini
antara katil yang dipamerkan di sini
Sungguh cute katil budak ini. Model tu (Adam) pun sangat cute
Sungguh cute katil budak ini. Model tu (Adam) pun sangat cute

Flexi Credit

Pelanggan dapat menikmati kemudahan bayaran bulanan serta pelbagai tawaran hebat, termasuk diskaun sehingga 50% di semua gedung, cashback sehingga RM20,000 atau Beli 1 Percuma 2 tanpa bayaran bagi 60 hari. Tambahan pula, pelanggan dapat menikmati manfaat kupon diskaun sehingga RM3,000 yang terdapat dalam katalog Raya Bagus. Jadi apa tunggu lagi? Sekaranglah masa yang sesuai untuk membeli persediaan hari raya…!

Untuk mendapat gambaran awal barangan-barangan yang sedang ditawarkan di Courts anda boleh melihat digital katalog Raya Bagus ini dahulu.

Peti ais juga banyak
Peti ais juga banyak
kabinet dapur juga boleh ditempah di sini
kabinet dapur juga boleh ditempah di sini

Selamat membeli untuk persiapan hari raya!

gambar blogger otai
Blogger melawat Courts

24 COMMENTS

  1. meriah kan kalau raya. mesti org duk sibuk tukar brg baru. tp time raya je ke org tukar? kalau tak raya org tak tukar brg baru eh mcm baju baru ke, perabot baru ke

  2. tgk iklan dpt duit petrol smpai seribu, dpt cash back smpai sepuluh ribu. rasa brminat lak nk g courts ni. alang2 tukar perabut dpt adiah. mana tau kan. hehe

  3. kak sy bli telepon baru kt courts sblm raya hari tu. murah dia dpt pakai flexicredits. hampir sparuh rege telepon tu jugak dpt diskaun.

  4. smlm tgk paper promosi raya ada lg kt courts. ingtkn dh raya promosi abis tp smbung lg.
    diskaun pon mkn bnyk. brg mkn murah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here