Resorts World Genting Mobile – Applikasi Travel Terbaik

majlis pelancaran.jpg

Resorts World Genting Mobile ialah applikasi travel untuk iOS, Android dan Window 8. Ia sebenarnya telah dilancarkan di dalam tahun 2008. Inisiatif yang diambil oleh Resorts World Genting ini telah mencipta sejarah di dalam industri pelancongan di malaysia apabila ianya telah menjadi applikasi no 1 pilihan penggemar-penggemar percutian.

Applikasi Resorts World Genting Mobile ini telah menduduki tempat pertama untuk iOS dalam suku tahun pertama 2012 dari segi bilangan pengguna yang install di smartphone dan tablet. Untuk pengguna Android pula, applikasi berada di tempat ke 10 teratas. Paling terbaru Resorts World Genting telah berkerjasama dengan Window 8 dengan meletakkan applikasi ini di Window 8.

Setakat hari ini pengguna applikasi Resorts World Genting Mobile ini telah mencecah 100,000 pengguna selepas kurang daripada setahun pelancarannya.

Apa keistimewaan applikasi ini?

Tidak seperti applikasi lain, Resorts World Genting Mobile ini membolehkan pemegang kad Worldcard untuk memeriksa jumlah mata (points) dan membuat tempahan bilik hotel menerusi -Holiday. Di samping itu applikasi Resorts World Genting Mobile ini juga mempunyai menu-menu penting seperti Hotel, Shows and Events, Food and Beverage, Highlights, “Getting There”, Social, Theme Park dan My Planner.

Pelancaran rasmi applikasi Resorts World Genting Mobile ini telah di adakan di Wisma Genting pada tanggal 17hb Januari yang lalu. Majlis ini menampilkan Eksekutif Naib Presiden, Dato’ Kevin Sim bersama-sama dengan Naib Presiden Kanan E-Perkhidmatan, Mr Thomas Ng dan Naib Presiden Pemasaran, Mr Chow Wei Heng, untuk berkongsi perjalanan organisasi digital Resorts World Genting.

shared journey.jpg

Pihak pengurusan kongsi perjalanan organisasi digital di Resort World Genting

 

Majlis Hi-Tea yang dibuat secara tidak formal ini turut dihadiri oleh media massa utama dan rakan-rakan blogger dari Malaysia, Singapura dan Thailand.

press and bloggers.jpg

Pihak Wartawan dan bloggers yang hadir

Di majlis ini rakan media dan blogger turut diberi peluang mencuba applikasi Resorts World Genting Mobile secara live. 

blogger try apps.jpg

Blogger diberi peluang mencuba applikasi Resort World Genting Mobile

Rakan blogger diberi peluang membuat reservation bilik hotel (deluxe room) untuk 1 malam berserta 2 voucher buffet dan 2 tiket di Taman Tema. Semuanya secara PERCUMA.

staffs.jpg

Pihak pengurusan dan staf Resort World Genting

Terima kasih Resorts World Genting.

Sila ke entri ini untuk applikasi Resort World Genting dan cara install.

Show Comments

4 Comments

  1. Nakusan Bali January 31, 2013
    • sohoque January 31, 2013
  2. iAwani January 31, 2013
    • sohoque January 31, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: