RFID.. Memang Best..!

2
1660

RFID.. Apa benda RFID ni.. Haaa ya.. yang korang nampak kat plaza tol tu.

Terus terang aku cakap sebelum tols nak guna RFID ni, aku tak pernah tau apa benda RFID ni. Lepas tu baru aku tau. Tu pun aku terlambat register untuk menjadi Pilot Users untuk RFIF Touch and GO tu. Alaaa yang Hafiz Rahim berjaya register tu…

RFID ni singkatan untuk Radio-frequency identification. Ia menggunakan medan elektromagnet untuk mengenal pasti dan mengesan tag yang dilekatkan pada objek secara automatik. Tag mengandungi maklumat yang disimpan secara elektronik. Tag pasif mengumpul tenaga daripada pembaca RFID berdekatan dan mengambil data menggunakan gelombang radio. Tag aktif mempunyai sumber kuasa sendiri (seperti bateri) dan boleh beroperasi ratusan meter dari pembaca RFID. Berbeza dengan kod bar, tag tidak perlu berada dalam kadar jarak pembaca (reader). Ia tertanam dalam objek yang dikesan. RFID adalah satu kaedah untuk Data Automatic Identification and Data Capture (AIDC). [1]

Haaa tu makna RFID yang aku dapat daripada wikipedia. Hahaha..

Yang aku nak ceritanya, security perumahan aku dah pakai RFID. RAsa macam advance pulak. Memang senang berurusan dengan RFID ni sebenarnya. Smooth dan laju jer perjalanan kereta keluar masuk daripada kawasan perumahan aku yang gated and guarded tu.

Lagi smooth daripada smart tag Touch and Go tu. Serius best. Kuat rupanya alat pembaca (reader) dia tu. Tak nanti kereta sampai dekat. Dari jauh ia dah boleh kesan tag yang di tampal dalam kereta. Setakat beberapa minggu aku guna RFID ni tak ada lagi masalah stuck, palang tak terbuka dan sebagainya. Smooth giller. Best pulak guna.

Sistem RFID ni dibuat setelah AJK Residence Association yang baru dilantik (menggantikan AJK lama) mengambil inisiatif memperkenalkan sistem ini. Syabas aku ucapkan kepada mereka. Pembayaran yuran sekuriti pun laju jer dikutip sekarang ni. Ok la.. At least tak ada la rumah yang menumpang sekuriti tanpa membayar yuran sekuriti.

Yang masih tak nak bayar yuran sekuriti, diorang terpaksa melalui palang visitors dan non-payee residence. Hehehe.. Susah la sikit. Dan malu la kalau residence lain tengok. Memang boleh kenal la siapa yang tak bayar yuran sekuriti.

Pengawal keselamatan pun aku tengok aktif sikit dan bersungguh menjaga kawasan kejiranan. Sebabnya gaji mereka dibayar tepat pada masanya dengan sebab yuran sekuriti yang dikutip tepat pada masanya.

Harapan aku dengan sistem sekuriti yang baru ni, kawasan kejiranan rumah aku bertambah selamat. Adanya kawasan kejiranan yang tenang boleh menghadirkan rasa tenang dan sayang kepada kawasan perumahan kita. Syabas para AJK sekalian..!

Loading

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge