Hari ni perbentangan belanjawan Bajet 2020. Biasanya tahun-tahun lepas Abam Hoq tak cakna sangat pasal ni. Maksudnya Abam tak der lah nak dengar bersungguh-sungguh dan catit satu persatu. Sebabnya dah tau, mesti lepas tu akan dapat whatsapp dan nampak orang update kat media sosial pasal ringkasan bajet tu.
Malam ni mesti masuk dalam Buletin Utama. Besoknya pulak memang sah-sah apa keluar dalam suratkhabar. Jadi sebelum ni Abam tunggu jer lah orang updates. Hehehe
Tapi tahun ni lain sikit. Abam nak jadi pemberi maklumat pulak. Nak jadi antara yang terawal updates pasal bajet ni.
So ni lah hasilnya ringkasan bajet daripada Abam. Cuma Abam fokus untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) jer. Sebabnya kementerian inilah antara yang best dan dinanti-nantikan bila ada perbentangan bajet. Walaupun abam dah tak berapa nak belia dah tapi jiwa masih lagi belia tau.
Abam juga menaruh kepercayaan penuh kepada menteri KBS, YB Syed Saddiq yang cukup proaktif dalam melakukan tanggungjawab beliau dalam usaha meningkatkan lagi pembangunan generasi muda dan sukan negara.
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan dipertingkatkan kepada RM1.2 Bilion.

Pembabitan belia sangat penting untuk menjayakan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Jadi peningkatan bajet yang diperuntukkan ini adalah satu langkah yang bijak untuk memacu pembangunan ekonomi menerusi program-program pembangunan dan belia.
Untuk pembangunan belia, sebanyak RM138 Juta diperuntukkan bagi memperkasakan 3 perkara berikut:
1. Youth Power Club (YPC)
Kelab Pemuda Belia ini adalah platform untuk menyatukan semua gerakan belia dan sukan dalam membantu remaja untuk memberi tumpuan kepada aktiviti komuniti, di samping melatih mereka menjadi pemimpin di peringkat akar umbi.
2. Malaysian Future Leaders School (MFLS)
Jika sebelum ini anak muda berusia 15-17 tahun didedahkan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) untuk membina jatidiri, kini ia digantikan dengan program MFLS yang mana ia menggabungkan kegiatan ‘indoor’ (dalaman) dan ‘outdoor’ (luaran) yang bakal memberi impak yang tinggi.
3. Volunteerism Initiatives (Inisiatif Sukarelawan)
Program yang menggalakkan penglibatan anak muda secara sukarela
Pembangunan Belia
Untuk pembangunan belia, kerajaan telah mewujudkan dana bernilai RM6.5 bilion khas untuk tujuan ini. Ini dapat memberi kira-kira 350,000 peluang pekerjaan melalui program #MALAYSIAKERJA.
Langkah ini akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada 130,000 tenaga kerja asing.
Untuk perkara ini, ia memfokuskan kepada 4 kategori
1. Graduates @ work – #GRADUANKERJA

- Ia untuk graduan yang menganggur selama lebih daripada 12 bulan
- Apabila mendapat pekerjaan, graduan ini akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun, tambahan kepada gaji yang diterima.
- Di pihak majikan pula, mereka akan menerima RM300 sebulan selama 2 tahun, untuk graduan yang mereka ambil berkerja.
2. Womens @ Work – #WANITAKERJA
- Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur dalam lingkungan 30-50 tahun akan layak mendapat insentif di bawah kategori ini, seperti berikut:
- Insentif RM500 sebulan selama 2 tahun sebagai insentif upah.
- Insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
- Di pihak majikan yang menerima golongan wanita ini untuk bekerja, mereka layak menerima RM300 sebulan selama 2 tahun.
3. Apprentice @ work (TVET) – #PERANTISKERJA

- Menyediakan tambahan elaun sebanyak RM100 untuk setiap pelatih TVET
- Melanjutkan insentif cukai untuk SKIM Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
- Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya Kejuruteraan dan Teknologi sahaja
4. Locals @ work – #WATANKERJA

- Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM200 / RM500) selama 2 tahun
- Untuk majikan, mereka layak mendapat insentif sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun jika mereka mengambil perkerja di atas.
- Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.
- Pembangunan Belia (YPC, MFLS, Inisiatif Sukarelawan)
Technical and Vocational Education and Training (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) – TVET

Sementara itu, untuk pembangunan TVET ini, peruntukan dinaikkan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion. Berikut adalah perinciannya:
- RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
- Melalui Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA) melibatkan:
- Dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
- Melalui penglibatan rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional
- Kerajaan juga menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
Pembangunan Sukan

Sebanyak RM179 juta diperuntukkan untuk penyediaan atlit Malaysia ke Kejohanan penting dan berprestij seperti Tokyo Olimpik 2020, Hanoi Sea Games 2020 dan juga kejohanan yang melibatkan atlet paralimpik.
Untuk eSports / eSukan sebanyak RM20 juta disediakan. Ini kerana industri eSukan adalah medium terkini yang tidak kurang pentingnya dalam membina generasi masa depan.

Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dalam eSukan ini di mana kita sudah banyak kali menempa nama di kejohanan eSukan di peringkat antarabangsa.
Sukan yang rata-rata dipelopori oleh anak-anak muda ini bukan sekadar bermain game, malah ia merupakan pendedahan awal anak muda untuk Revolusi Industri 4.0.
Untuk wanita pula, sebanuyak RM299 Juta diperuntukkan untuk program sukan wanita . Bajet ini adalah untuk proses pembinaan fasiliti serta naik taraf kemudahan sukan termasuklah Kompleks Belia dan Sukan dan juga Pusat Sukan Negeri.
Pembangunan bolasepak negara tidak dilupakan dimana sebanyak RM45 juta diperuntukkan bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara dengan menekankan pembangunan pemain muda negara dari akar umbi hingga ke peringkat yang lebih membanggakan.
Bajet yang menyeluruh untuk belia dan sukan negara
Jujurnya, secara keseluruhan Abam berpuashati dengan Bajet 2020 yang telah dibentangkan tadi terutama bajet untuk Belia dan Sukan ni. Banyak inisiatif baru yang telah dirangka dengan bajet tersendiri untuk menggalakkan pembangunan belia dan sukan negara.
Abam yakin dan percaya, jika perancangan ini dilakukan dengan teliti dengan keterlibatan semua pihak, ianya akan membuahkan hasil di mana Malaysia akan mempunyai golongan belia yang boleh diharap untuk membangunkan dan mengharumkan nama dipersada antarabangsa.