Rezeki ada di mana-mana. Terpulang kepada kita hendak merebutnya atau tidak. Jika minda negatif, awal-awal dah cakap tak boleh, resultnya memang tak boleh. Cara kita berfikir dan anggap diri kita itu pun adalah doa sebenarnya.
Di dalam Hadith Qudsi Rasulullah bersabda:
“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
Hadith ini menekankan bahawa apabila kita berfikiran positif dengan Allah dalam meminta pertolongan, nescaya Allah akan menunaikan hajat kita tersebut. Kita adalah apa yang kita fikir.
Itu intro aku saja. Aku cuba untuk kaitkan dengan kontes daripada Yeo’s ini. Moralnya ialah jangan nampak sesuatu itu susah untuk kita dapat sehingga kita cuba. Cuba dulu masuk kontes ini sebagai usaha kita, kemudian berdoa semoga kita menang. Yang terakhirnya pasrah dan tawakkal. InsyaAllah jika ada rezeki jadilah habuan kita. Jika tidak kita dan dapat pahala sebab berusaha, berdoa dan bertawakkal. Ya tak? Kalau tak cuba memang dah tau la keputusannya. Memang tak dapat la.
Aku pun mula tau tentang kontes ini bila membaca entri denaihati yang bertajuk Peluang untuk menangi RM40,000 dengan kontes mudah dua hari yang lalu. Rasa terpanggil pula untuk kongsi dan jika ada peluang untuk sertai sekali.
Ok cukup pasal intro. Jom kita tengok macamana nak sertai kontes in. Apa syarat-syaratnya dan apa hadiahnya.
Bersempena dengan kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s Malaysia, sebuah syarikat pembuatan barangan makanan telah mengadakan satu kontes yang aku rasa cukup teruja hadiahnya. Ia diberi nama Kontes Video Funderful Yeo’s.
Bagaimana untuk sertai Kontes Video Funderful Yeo’s
Untuk menyertai kontes ini, anda hanya perlu merakam satu video dengan idea anda yang asli dan kreatif dan menggambarkan keseronokan. Anda bebas untuk menjemput rakan-rakan anda untuk turut serta di dalam video tersebut. Itu sahaja. Mudah bukan? Kemudian hantarkan rakaman video tersebut untuk kontes ini. Apa yang penting video tersebut boleh membuatkan orang menonton turut bergelak ketawa merasa keseronokannya.
Cara penghantaran lebih lengkap boleh di rujuk di laman web Yeo’s.
Waktu kontes
Kontes ini bermula dari 1 November 2013. Tarikh tutup untuk penghantaran video adalah pada 15 Disember 2013. Sebarang penyertaan yang diterima selepas pukul 5 petang pada 15 Disember 2013 (atau sebarang tarikh yang mungkin akan dipanjangkan oleh pihak penganjur) ataupun rosak, corrupted, tidak lengkap atau tidak layak tidak akan diterima dan akan dikira sebagai terkeluar daripada saingan kontes.
Hadiah Yang Ditawarkan
Agak lumayan!!!
Hadiah Utama kontes
- Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
- 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1000 dan Produk Yeo’s
Hadiah Istimewa
- Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000
Syarat-syarat kontes
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, sama ada mendaftar sebagai kumpulan (dengan senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
- Anda boleh menghantar video penyertaan menggunakan online transfer atau emailkan kepada pihak Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
- Untuk info lebih lanjut tentang kontes ni, sila ke halaman Yeo’s Funderful Video Contest atau hubungi wakil media Yeo’s di talian 03-7787 3553 atau 03-7787 3811. Atau boleh juga email ke publicrelations@yeos.com untuk penerangan lanjut.
Jadi jangan tunggu lagi. Sediakan kamera rakaman ataupun telefon pintar anda. Tak ada idea? Jangan kerja seorang. Kerjalah secara berpasukan. Cari rakan-rakan anda dan minta masing-masing keluarkan idea. Pilih idea yang terbaik. Dapat hadiah nanti bahagi-bahagi lah. Hadiah lumayan kan. Kalau dapat RM20,000, kongsi 5 orang sesama rakan pun dapat banyak lagi untuk seorang.
Jom!!! Siapa yang nak team up dengan aku???!!!
Contoh Video untuk kontes ini:
Jom.. Jom buat video join kontes ni..
Anarm recently posted..Hadiah Wang Tunai RM40,000 daripada Yeo’s
joooommmmzzzz. ken brainstorm dulu idea kasi pecah perut penonton
Aku rasa macam nak join je.. jommmmm
KiD recently posted..MyPass Malaysia Travel Companion
hahahah.. jommm!
Jom buat video nih.. 20K tuh
amirnawawi recently posted..Zalora Penipu?
tu laaa. rugi saper tak join
besar hadiah dia tu
blogger lelaki recently posted..Kisah Lelaki Bersayap
ya la.. jarang kontes ada hadiah besar cam tu
wahh sangat menarik ini 🙂 hadiahnya mantop
Aku Penghibur recently posted..Lelaki Tak Hensem Dapat Perempuan Cantik / Perempuan Tak Cantik Dapat Lelaki Hensem ?
mmg mantop hadianya. rugi siapa tak sertai!!!
wahh untungla… kena cuba ni… rm 40k nak beli menda erkkk..
Nizam Ijam recently posted..Majlis Tautan Muhibbah DPIM – Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
dpt rm40K wat bayar belajar blog ngan aku ar bro… hehehehe
lumayan hadiah yang ditawarkan…
papa mifz recently posted..Naik Beca di Melaka
mmg lumayan.. kalau papa mifz dpt leh bg sini sikit yer.. heheheh
bikin video….. errrrr mcm tak ada bakat jew den. heeeeeee
good luck kpd semua yg menyertai.
heheheh. sy pon tak der bakat
Saudara Soho, video yang kita buat tu boleh upload kat youtube ke?
Teringin jugak nak sertai niiii … 🙂
yg tu kena cek dgn organizer dulu bro. sbb kena submit kat dia dulu kot. lps tu mungkin blh upload kat youtube
Syoknya kalau boleh menang #1 place 🙂
jom buat boh.. mana la tau.. kot2 org lain x buat. kita jer buat. mennag ke kita jugok. hahahah
[…] untuk berinteraksi dengan pelanggannya. Contohnya dengan mengadakan peraduan (contest). Cuba lihat Kontes Video Funderful Yeo’s. Mana ada syarikat minuman lain yang mengadakan peraduan sebegitu rupa. Lihat juga Kontes ini. […]
[…] untuk berinteraksi dengan pelanggannya. Contohnya dengan mengadakan peraduan (contest). Cuba lihat Kontes Video Funderful Yeo’s. Mana ada syarikat minuman lain yang mengadakan peraduan sebegitu rupa. Lihat juga Kontes ini. […]