Rumah Korang Ada Tikus? Baca Cara Tangkap Tikus Di Rumah ni…

Aku konfius yang mana cara terbaik untuk tangkap tikus yang masuk ke dalam rumah aku. Perangkap tikus manakah yang patut aku guna…

Tiba-tiba rumah aku ada tikus. Aku rasa diorang ni mesti datang daripada rumah belakang yang tak berpenghuni tu. Rumah aku pulak bahagian belakang (pantry) tu jenis yang terbuka. Dan aku convertkan pantry tu untuk dijadikan dapur rumah aku.

So banyak la makanan yang boleh dipilih diorang agaknya. Itu yang depa jadikan rumah aku ni macam rumah depa jugak. Cisss.. dasar tikus durjana. Hehehe..

gambar hiasan. dah snap hari tu.. tetiber cari dalam gallery tak der

Setelah beberapa lama memerhati, aku dah jumpa “sarang” mereka. Ya.. “mereka”. Sebabnya tikus ni ada 2 ekor menghuni rumah aku. Sepasang gitu. Loving couple la tu.. Sarang tempat mereka berkampung adalah dalam kabinet TV. Hurmmm.. kat dalam tu banyak aku simpan kotak-kotak dan dokumen warranty barangan eletrik.

So suatu hari ni, aku buat spot check kabinet TV. Aku keluarkan kabinet (movable) ke laman rumah dan mula menggeledah satu demi satu kotak-kotak tu. Memang depa ada dalam tu. Nyaris aku dapat tangkap sebelum kedua-duanya terlepas ke halaman rumah.

Hurmmm malam besoknya dah nampak lagi kelibat diorang masuk semula ke rumah aku. Secara tiba-tiba hati membuak-buak kemarahan. Lalu aku fikir dan cari jalan macamana cara aku nak tangkap tikus-tikus ni. Ini senarai yang bermain dalam fikiran aku.

Cara nak tangkap tikus dalam rumah:

1. Racun tikus
2. Gam pelekat yang kuat
3. perangkap tikus (perangkap besi)

Antara ketiga-tiga cara ni, no 1 tu aku tolak. sebabnya kalau pakai racun tikus, memang tikus akan mati kalau termakan umpan beracun, tapi dia tak mati kat situ jugak. Dia masih mampu berjalan dan entah kat mana dia akan mati nanti. So nanti tetiber jer rumah bau bangkai tikus yang mati, tapi tak jumpa nak cari. Masalah lain pulak yang timbul. So, method ni aku tolak awal-awal.

Tinggal lagi 2 cara untuk tangkap si tikus durjana di rumah aku… Cara no 2 dan no 3 ni agak relevan. Sebabnya tikus akan terus terperangkap kat situ. Tak dapat pergi memana dah.

Perangkap tikus jenis pelekat

So aku decide gunakan cara no 2 dahulu. Aku ke kedai hardware untuk dapatkan bekalan perangkap tikus jenis yang pakai gam pelekat yang kuat tu. Kat kedai DIY pun ada.

So malam tu aku mula memasang perangkap pelekat ni kat jalan-jalan yang aku pernah tengok dia lalu.

Besoknya dengan penuh perasaan tak sabar aku terus cek perangkap pelekat ni… Hurmmm hampa. Tiada tikus kelihatan, Yang terperangkap adalah cicak. Ok… adalah jugak hasilnya. Cicak pun kalau dibiarkan mengganggu jugak. Berak merta kot..!

Perangkap tikus besi

Seminggu aku cuba guna perangkap pelekat ni. Tak ada hasil jugak. Aku dah mula give up dengan perangkap pelekat ni. Tiba masanya untuk move on. Aku cuba perangkap tikus jenis perangkap besi tu pulak. Alaaa yang boleh sangkut umpan tu. Bila tikus makan secara otomatik perangkap besi akan tertutup dengan sendiri lalu memerangkap tikus di dalam sangkar besi tu.

Perangkap besi ni aku dapatkan di kedai hardware. Kat kedai DIY tak ada perangkap tikus jenis besi ni. Kedai DIY kat rumah aku la.. Kedai DIY kat rumah korang aku tak cek la pulak..

Malam seterusnya bermulalah misi menahan perangkap besi dengan harapan besar dia akan tertarik dengan umpan roti wholemeal aku. Roti tu aku beli untuk sahur sebenarnya. Heheheh.

Dan tadaaaa… besoknya… ada seekor tikus terperangkap di dalamnya. Cencorot.. Tak der la besar sangat.. Saper yang pernah tengok movie ratatouille mesti tau rupa cencorot ni. Marah betul dia masa aku cek perangkap besi tu. Aku buang tikus ni di tempat pembuangan sampah lebih kurang 1 kilometer daripada rumah aku.

Selang dua-tiga hari lepas tu seekor lagi berjaya diberkas. Juga dengan menggunakan umpan roti yang sama yang disangkut dalam perangkap besi tu. Tikus yang ni pun aku buang masa on the way nak pergi beli lauk sahur dengan pesanan “ko jangan balik lagi ke rumah aku…”. Heheheh.

So sekarang rumah aku bebas daripada ancaman tikus-tikus ni. Barulah aman sikit rasa.

Kalau korang nak cara tangkap tikus yang senang dan efektif kat rumah korang, korang cubalah guna perangkap besi tu. Cara itu lebih effektif dan ekonomi. RM9 jer satu perangkap besi tu. Korang perlu pilih umpan yang sesuai dan letakkan perangkap besi kat tempat yang selalu mereka pergi. Biasanya di kawasan dapur la.

Umpan dengan roti macam aku buat pun ok. Tak pun korang letak jer cheese. Tikus suka cheese kan? Sebabnya aku tengok cerita kartun Tom & Jerry tu, Jerry si tikus tu cukup suka dengan cheese.

InsyaAllah korang akan berhasil membenteras tikus yang bermaharajalela di dalam rumah korang nanti. Cubalah..!

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

CommentLuv badge