Sanggup Jadi Tongkat Ibu Untuk Selamanya…

Subhanallah… seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negara yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan bukan sahaja memikul ibunya yang lumpuh malah turut menggendong anaknya yang berusia 2 tahun serentak. sungguh hebat tenaga yang dimiliki oleh anak perempuan yang pada zahir kelihatan lemah dan kurus itu. Orang ramai yang pernah meilhat kejadian ini amat takjub akan kekuatan perempuan ini.

Ibunya menjadi lumpuh sejak beliau berusia 7 tahun akibat kemalangan jalan raya yang juga meragut nyawa ayahnya. Sejak daripada itulah beliau menjadi pembantu dan “tongkat” ibunya.

Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang rumah tangga. Kerana tiada pendapatan Yuanyuan bekerja sebagai pengutip sampah demi menyara kehidupan kelaurganya.

Kisah anak yang setia berbakti ini telah mendapat simpati orang ramai. Banyak jiran tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada ibu dan anak perempuannya ini. Ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang doktor tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupuntur terhadap ibu Yuanyuan, malah doktor itu juga mengajarnya menggunakan teknik akupuntur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah boleh menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.

Walaupun telah berkahwin 3 tahun yang lalu dan mempunyai seorang puteri, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya. Dia dan suaminya bersama-sama memikul tanggung jawab mengurus ibunya.

Walaupun rumah tangganya tidak kaya, mereka sangatlah puas. Ibunya berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa dirinya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.

Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu. Saya rasa sangat bahagia “kerana itulah saya sanggup menjadi tongkat kepada ibu saya sepanjang hidup saya”.

Lihatlah betapa akrab dan kasihnya diantara anak dan ibu ini. Saya tidak pasti samada Yuanyuan ini seorang Muslim atau tidak. Jika belaiu seorang Muslim, pasti ganjaran besar menantinya di Syurga kelak kerana kebaktiannya kepada ibunya. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tambahan pula ibunya amat redha dan gembira dengan beliau.

Jika kita berada di tempatnya, sanggupkah kita?

Cerita Penuh di sini.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: