Ramadhan ke-3… Kali pertama di Ramadhan 1439H ni, aku hadiri jemputan iftar. Alhamdulillah… Aku dapat menyaksikan Anak-anak yatim daripada 12 rumah anak yatim yang terpilih dan juga asnaf disantuni oleh McDonald dengan berkerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan di dalam satu majlis iftar yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Raja Uda, Kelang.
Di majlis ini 12 rumah Anak yatim disumbangkan sebanyak RM10K setiap rumah. Manakala RM20 lagi disumbangkan kepada anak-anak yatim setiap seorang. Jumlah sumbangan keseluruhan pada malam ini adalah RM130,000.
Aku baru tau sebenarnya yang majlis iftar ni adalah inisiatif tahunan McDonald dengan kerjasama MAIS, LZS dan YIDE. Cuma tahun ni jemputan yang dibuat adalah yang paling ramai berbanding dengan yang telah diadakan sebelum ni.
Tahniah kepada McDonald Malaysia atas usaha ini. Terus terang aku respek dengan syarikat yang buat khidmat amal macam ni. Buat pulak di bulan Ramadhan yang mulia. Sumbangan pulak dibuat kepada anak yatim. Moga bertambahlah rezeki diorang ni.
Harapnya usaha macam ni akan jadi ikutan kepada syarikat-syarikat yang lain. Sumbangan macam ni sangat bagus sebenarnya. Di samping pihak syarikat dapat mengurangkan pembayaran cukai yang dikenakan, sumbangan seperti ini juga sesuatu yang amat digalakkan di dalam Islam. Ia ada keberkatannya yang tersendiri kepada syarikat dan individu yang menyumbang.

McDonald dulu dan McDonald sekarang
Dulu McDonald dikaitkan dengan isu membantu Israel (Yahudi) dalam menyembelih dan membunuh ummat Islam di Palestin. Aku pun turut “boikot” McDonald ni dulu. Bertahun jugak aku tak makan kat McDonald. Beberapa kali jugak aku menolak “job” review menu McDonald sebab prinsip yang aku pegang.
Sekarang McDonald dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB). Ia adalah syarikat tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar. Sekarang tiada lagi isu tentang bantuan kepada negara Yahudi.
Tahun lepas saja McDonald menunaikan kewajipan sebagai syarikat milikan orang Islam dengan membayar zakat sebanyak 1 Juta. Perghhh.. banyak tu..! Syabas McDonald.
Menu baru McDonald
Di Majlis ini juga, McDonald turut mengumumkan menu barunya yang disediakan khas sempena bulan Ramadhan iaitu Nasi McD. Korang dah cuba menu ni?
Aku masa sahur tadi baru sempat cuba menu ni. Sedap..! Makan masa sahur dengan selera kurang berbanding dengan masa berbuka. Dan aku makan dengan laju. So memang sedap la tu. Heheheh.
Dalam satu hidangan penuh Nasi McD ada nasi, seketul ayam McD, telur serta salad. Kombinasi ni memang kena dengan selera aku menu ni. Nasi dia memang banyak. Jenuh aku nak menghabiskan tadi. Hehehe.
Komen Sohoque
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada McDonald Malaysia dan agensi yang terlibat. Moga usaha murni macam ni diteruskan di masa mendatang. Moga usaha ini menjadi contoh kepada syarikat lain untuk turut serta dalam program Tangungjawab Sosial Korporat seperti ini.

Nasi McD pun sedap. Boleh la beli lagi nanti untuk buka puasa di hari lain.