Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah sebulan lebih Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014) ataupun Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 (SBBYeos2014) berlalu. Baru hari ini aku terbitkan entri aku tentang majlis ini.
Sebenarnya entri ini telah lama terperap di dalam draf kat blog aku ni. Tetapi tidak terpublished. Dek kerana kesibukan dengan tugas aku sebagai Financial Consultant dan juga blogger, entri ini seperti terabai. Hari ini bila aku mengemaskini blog baru aku sedar ada banyak banyak draf aku yang tak terpublish. Ada di antaranya dah tak sesuai lagi diterbitkan disebabkan isu yang sudah lapuk.
SBB2014 bertambah mantap dari setahun ke setahun penganjurannya. Dari pihak penganjur iaitu team Denaihati, korang dah melakukan yang terbaik. Tahniah. Dari segi sambutan juga majlis ini memang sudah menjadi acara wajib untuk dimasukkan ke dalam kalendar seorang blogger. Dari segi penajaan, majlis ini sudah mampu mencelikkan syarikat-syarikat di luar sana untuk mengiklan produk mereka dengan menaja majlis ini.
Majlis ini seakan sudah menjadi platform terbaik untuk syarikat-syarikat iklankan produk dan servis mereka. Ini adalah kerana impak majlis ini amat besar. Blogger-blogger yang hadir ke majlis ini pasti akan menulis tentang majlis ini. Dan tentunya penaja majlis ini akan disebut sekali di dalam entri-entri mereka.
Pendedahan tentang produk mereka akan menjadi lebih tertumpu jika mereka membuat contest yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada para blogger seperti contest Yeos Pilihanku yang dibuat oleh Yeos, Kenapa Ephyra Menjadi Pilihanku yang dibuat oleh Ephyra, dan contest Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru anjuran Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.
Cuma bagi aku majlis ini agak kurang feel pada aku berbanding dengan SBB2013 yang diadakan di Hotel Singgahsana pada tahun lalu. Aku pun pelik dengan perasaan ini dan cuba untuk mencari jawapan. Penganjuran terbaik, kehadiran terbaik sehinggakan dalam masa seminggu penyertaan sudah ditutup, dan tajaan daripada syarikat luar pun terbaik. Tetapi kenapa aku rasa ada kurangnya..?
Kemudian aku ketemu jawapannya. Dulu semasa menghadiri SBB2013 keterujaan aku memang ditahap tertinggi. Aku rasakan yang aku masih baru di dalam dunia blogging. Ramai blogger-blogger hebat yang aku ingin kenal. Banyak perkara yang aku ingin tahu dan bertanya sendiri kepada blogger lain. Ini telah menjadikan aku sangat teruja dan seronok menghadiri majlis perjumpaan blogger terbesar ini.
Berbeza dengan majlis ini yang baru sebulan lebih diadakan di Saloma Bistro. Pada tahun ini aku sudah kenal ramai para blogger. Yang otai maupun yang baru. Cuma mereka sahaja yang tak kenal aku. Ilmu blogging aku pun sudah bertambah sedikit berbanding dahulu setelah menyertai Kelas SEO Masterclass di Akademi Denaihati.
Inilah punca sebenar aku rasa kenapa majlis ini tahap keterujaan aku tidak sehebat SBB2013. Walau apapun sangat banyak ilmu yang aku perolehi di majlis ini baik daripada perkongsian rasmi blogger jemputan di pentas, maupun perkongsian secara tidak rasmi dengan rakan-rakan blogger yang hadir.
Harapan aku, majlis ini akan lebih hebat lagi di tahun 2015. Harap pihak Denaihati meneruskan lagi majlis ini di tahun-tahun mendatang. Ini adalah satu-satunya tempat untuk blogger yang lama maupun yang baru bersua muka mengeratkan ukhuwwah dan bertukar-tukar ilmu dan pendapat.
Syabas team Denaihati.
Peh..gambar brader yang last tu memang hensem bro. Gadis2 mesti suka tengok. hahaha.
Lu otai bro, tu pasal lu tak dapat feel sangat. Gua je picisan.
Hafiz Rahim recently posted..Tukar Brake Pad Untuk Keselamatan
Kalu sbb gambar lu trafik gua naik, tiap2 entri gua letak gambar lu. Hehehehe
Betul ke gmbr last tu ada mari? <– bak kate abg ensem…hahaha
Kalau betul bwk trafik..gua hari2 pasang gmbr mamat hensem ni..hehhe
hafizmd recently posted..Terengganu Nelang, Manchester Dok Rok!
ni dlm proses trial ni. dgr kater gambo last tu kalu letak trafik jd tinggi. try dulu sehari dua.. heheheh
Ayat kaver line nampak. Lu kata je la sebab GUA TAKDE. Setel!!
Abang Ensem Berketak recently posted..10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Eh lu tak der ek.? X perasan lak gua. Sbb aweks pon happy jer gua nampak. Hhehee
ayat ini sungguh deep.. hehe..
azwan recently posted..Penantian 24 Tahun Liverpool Untuk Menjadi Juara Liga
Heheehe
oh..baru perasan Abang Ensem takde.
yelah. Apa barang usha balak. Usha awek la..kan ramai
Blogger Babyface recently posted..Wordless Wednesday (10 Sahabat Nabi s.a.w Dijamin Masuk Syurga)
Org x perasan pon abang ensem x der. Nampak sgt dia tak penting. Jehehee
sepatutnya bila hadir buat kali kedua makin excited. hahaha
Bahrain recently posted..Drama Bersiri Korea Paling Best 2013
Malang tak jd mcm yg bro ckp tu
Perlu bina keghairahan blogging baru ada semangat.
akubiomed recently posted..Menikmati suasana musim bunga Sakura di halaman sendiri
Ya bro. Betul tu
Gua takda. Itu yang kurang best tu. Haha
titan recently posted..Keputusan Pemenang Blogger Contest TalkShow Limpahan Rezeki
Ada betul jugak tu bro. Sbb masa sbb2013 gua mmg aim nak jumpa lu. Tp Masa tu lu sombong kaaaan
Gua rase bukan sombong..dia malu bro..
hafizmd recently posted..Terengganu Nelang, Manchester Dok Rok!
tu la.. sekali nampak sombong sekali2 nampak malu
Seronok membaca perkongsian pandangan tentang SBB2014.. Sayang sekali saya tak dapat nak join masa tu sebab ada urusan lain… Semoga SBB2015 lebih meriah berbanding SBB sebelumnya … 😉
Anuar recently posted..Pengalaman Kerja Part Time yang pernah saya lakukan semasa belajar di Universiti
Jumpa bro di sbb2015 jika masih dianjurkan. InsyaAllah
ramai yang tidak pulang dengan tangan kosong.
ni 1st time aku join, so tak boleh nak buat perbandingan.
azwan recently posted..Penantian 24 Tahun Liverpool Untuk Menjadi Juara Liga
Penganjuran yg terbaik stkt ini
Bila dah otai, janganlah lupakan blogger newbie yang baru nak bertatih nih…
Firdaus Azizi recently posted..Amaran Dari Facebook – Jangan Minta Fans ‘Like, Comment & Share’
Cisss… Bro fird lg otai kot
tak best tak dapat ambil Ipad mini..
fazrol recently posted..Beriadah bersama keluarga!
Hahahaha. Kesian kat bro kan
Bukan pakcik Sohoque aje rasa kurang feel. Gua pun sama. mungkin sebab meja kita semuanya balak.
tapi Gua lagi terkesan sebab MH370
Blogger Babyface recently posted..Wordless Wednesday (10 Sahabat Nabi s.a.w Dijamin Masuk Syurga)
Gua xvkesah semua balaks. Di sbb2013 pon meja gua semua balaks. Bkn itu sbbnya
Okey la kan publish dari terperam langsung kan….. tapi reaksi pasti berubah kalau bro menang hadiah smartphone kan…. hehehehe…anyway cubalah buat schedule post sebab ramai je orang nak baca blog nie setiap hari….
Hazman Fadzil recently posted..Promosi Mama Mia Pizza di Hotel PARKROYAL Kuala Lumpur
ya kalau menang iphone pasti entri ini lain tajuknya… hehehehe
nak cuba buat scheduled post tp belum dapat kejar masa. sbb masa yg ada ni kena siapkan entri yg lama dulu. kena buat backdated post.. heheheh.. ada sebabnya..
senang hati main blog, macem mana nak ikut buat blog or be bloger, kene ajar saye tak?
kena cari ilmu untuk blogging
[…] Aku mendapat peluang menggunakan produk ephyra ini apabila ephyra telah menjadi penaja rasmi sbb2014 bersama dengan yeos dan beberapa syarikat yang lain lagi. Pek Ephyra ini diberi kepada pemenang […]