Saturday, March 25, 2023
HomeDari KacamatahatiAlhamdulillah.. Hanya Sehari Ia Singgah...!

Alhamdulillah.. Hanya Sehari Ia Singgah…!

Alhamdulillah.. Syukur.. Aku terkena selesema sehari jer. Ya hari Khamis minggu lepas memang tahap teruk jugak selesema aku. Mungkin berkat doa sahabat-sahabat sehari jer dia singgah. Besoknya dah tak der.

Aku ada muatnaik status Facebook hari aku terkena selesema hari tu. Kenapa aku muatnaik status kat Facebook? Saja jer nak dapatkan engagement FB. Nanti lelama tak update status karang engagement kurang pulak.

Begitulah kalau orang macam aku ni. Yang menggunakan media sosial dalam banyak perkara dan pekerjaan. Semua nak kena jaga. Blog lagi, Page lagi, Instagram lagi, twitter lagi.. Fuuuh penat gak kadang-kadang. hahaha.

Lagipun kalau aku up status macam ni, mana lah tau kot-kot ada antara doa rakan-rakan yang dekat dengan Allah sudi mendoakan kesihatan aku. Dan doa mereka diterima Allah. Mungkin sebab ni lah kot sehari jer aku kena (mungkin)…

Dengan aku up status kat Facebook macam tu, harapan aku rakan-rakan boleh mendapat mesej tersirat aku, iaitu segalanya daripada Allah. Sakit adalah ujian dan penghapus dosa. Kesabaran perlu untuk tingkatkan darjat kita sebagai hambaNya.

Cuak jugak aku masa food review tu. Seorang sahabat memberitahu mesti seminggu aku kena ni. Ini berdasarkan pengalaman beliau serta isteri beliau yang baru terkena selesema. Memang seminggu selesema katanya. Namun semuanya kuasa Allah. Ketahanan dan imunisasi diri juga tak sama.

So sebenarnya memasing ada sebab kenapa dia muatnaik status kat Facebook. Kalau tanya aku untuk kes ini, itulah sebab aku. Engagement, doa, dan sampaikan mesej keagamaan. Lain status lain pula objektifnya.

Jadi jangan kutuk memember yang muatnaik status Facebook. Cuma kalau status yang buka aib sendiri dan aib orang lain tu eloklah ditegur kalau kita kawan baik dia. Yang naikkan status tak elok dan boleh datangkan dosa tu eloklah dijauhi.

Ada juga spesis rakan Facebook yang naikkan status 2-3 kali sebentar. Kalau status yang baik ok jer. Cuma kalau status yang agak tak boleh nak hadam tu, kita ignore je la. Kalau tak nak nampak, unfollow jer. Apa susah..

Ok lah.. Aku pun dah start nak mengarut dah. Hahaha.. So jom lah follow media sosial aku. Jangan risau. Memang tak der status mengarut punya.. Hehehe.

Blog:
sohoque.com – lifestyle
explorasa.my – food & travel
Facebook: sohoque
Page: Abam Sohoque
Instagram: sohoque
Twitter: sohoque
Entertainment Portal: ohsempoi.com

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1