Sebab-sebab Orang Ber”blogging”

Malam ni aku ambil masa melayari blog otai-otai yang dah ada ranking dalam arena blogging ni. Diantaranya Denaihati.com. Terbaca latest entry beliau tentang kenapa orang berblogging. Beliau mengumpul komen-komen dari followers blog beliau. Lihat sini untuk komen-komen tersebut.

Aku pula… kenapa aku join blogger komuniti ni ek? Aku sebenarnya ada minat untuk buat website 4 tahun lepas dah. Masa tu aku cuba buat website untuk group unit trust aku. Aku cuba manyalurkan info-info apakah unit trust yang sebenarnya menerusi website tersebut. Namun ada sedikit kesukaran kerana aku tiada pengetahuan khusus tentang macamana nak buat website ni. Guru aku pada masa itu ialah Pakcik Google. Tiap-tiap malam aku baca dan belajar dengan Pakcik Google. Bila faham sikit-sikit aku try buat sendiri. Banyak kali aku cuba dan banyak kali jugak aku gagal. Sehinggalah aku terjumpa dengan seorang kenalan birasku yang berkerja di i-Perintis, syarikat yang mengendalikan segala yang berkaitan dengan IT di Petronas. Melalui beliau aku mendapat gambaran sikit-sikit. Balik rumah lepas tu aku terus mencuba dan aku berjaya membina sebuah lama web sendiri. Tapi masa tu aku gunakan platform joomla.

Website group unit trust aku pada masa itu ialah www.synergyplanner.com. selepas 2 tahun website tersebut aku kendalikan, aku berpindah ke KL (dari Kuantan). Domain website tersebut harus di renew. Namun disebabkan terlalu sibuk aku terlupa. akhirnya domain name tersebut sudah tidak boleh digunakan kerana expired.

Sehinggalah pada tahun lepas, setelah berdiskusi dengan ahli group aku yang lain, kami mengambil keputusan untuk membuat website group semula. Oleh kerana domain name yang lama sudah tidak boleh digunakan kami gunakan domain yang baru iaitu www.synergyplanner.biz.

Namun masalah lain telah timbul untuk memulakan projek website tersebut. Joomla telah diupgradekan kepada versi 1.7. Dulu aku belajar versi 1.5. Versi baru ini agak kompleks. Seminggu aku belajar dengan Pakcik Google kesayanganku pon ada lagi yang aku tidak tahu.

Ramai yang mencadangkanku supaya membina blog sebagai ganti website. Mulanya aku agak keberatan. Tetapi selepas menimbangkan dan mencari buruk baiknya, aku membuat keputusan untuk membuat websiteku dalam bentuk blog. Antara kelebihan blog berbanding joomla ialah blog lebih mudah ditemui di dalam search engine berbanding joomla. Walaupon joomla nampak sedikit lebih professional.

Aku memilih menggunakan wordpress sebagai platform blog group dan personal aku.

Tambahan pula aku baru terjumpa seorang blogger semasa aku mengikuti trip percuma Public Mutual setelah mencapai target sales lebih sejuta ringgit investment yang aku promote. Masa itu (tahun lepas – 2011) trip aku ke Phuket. Sifu blogger yang aku maksudkan tersebut ialah MrJocko. (www.mrjocko.com). Melalui beliau aku dapat menambahkan knowledge aku pasal blog. Melalui beliau mindaku terbuka dan mengetahui bagaimana menulis blog juga boleh memberi kita pasif income.

Jadi, sejak itu aku cuba untuk mengikuti jejak langkah beliau dan otai-otai yang lain untuk menjadi penulis blog. Cuma aku menetapkan prinsip sendiri dalam menulis blog ini iaitu aku mencuba untuk menulis perkara-perkara yang dpat memberi manfaat kepada orang lain. Yang mana ilmu yang aku kongsikan itu akan dapat disebarkan untuk pasif income di akhirat nanti. InsyaAllah…!

One Response

  1. idasm March 15, 2012

Leave a Reply

%d bloggers like this: