Tips supaya disukai Nuffnang yang seterusnya selain daripada setting blog yang professional dan tidak terlibat dalam penulisan berbaur politik ialah kena selalu kemaskini borang kaji selidik Nuffnang.

Anda perasan tak ada satu paparan di dalam akaun Nuffnang anda yang ada butang Manage Blogs. Jika anda klik pada butang tersebut anda akan dibawa kepada paparan update survey. Di sana anda di saran untuk mengemaskinikan borang kaji selidik tersebut.
Hanya jawab sahaja soalan yang diberi. Kejap je. Tak sampai 5 minit pun.
Aku pernah tanya pihak Nuffnang semasa sesi Lepak Bersama Nuffies dulu. Soalan aku:
Macam mana Nuffnang memilih blogs untuk diberi tugasan iklan? Adakah faktor trafik blogs diambil kira?
Aku bertanya sedemikian kerana selama ini aku terfikir-fikir apakah kriteria yang digunakan dalam pemilihan blogger untuk sebarang tugasan dan event. Aku tau blogger yang trafik lebih rendah daripada aku tetapi sering mendapat tugasan.
Menurut pihak Nuffnang, trafik bukanlah kriteria utama mereka memilih bloggers untuk tugasan. Apa yang penting ialah mereka tau kategori blogs yang mendaftar dengan mereka. Jadi mereka akan memilih bloggers berdasarkan kategori blogs mereka.
Jadi apa kena mengena dengan selalu mengemaskini borang kaji selidik?
Ini penjelasan Nuffnang. Kadang-kadang mereka akan meletakkan kategori baru di dalam borang kaji selidik tersebut. Mungkin kategori tersebut lebih tepat mewakili blogs kita. Jadi selalu mengemaskini borang kaji selidik menolong kita meletakkan blog kita di dalam kategori yang lebih sesuai.
Satu lagi, apabila kita mengemaskini borang kaji selidik, blog kita akan muncul di bahagian atas di dalam laporan pihak Nuffnang (the most recent updates). Ini akan menyenangkan pihak Nuffnang memilih blog kita di antara ribuan blogs yang mendaftar di bawah Nuffnang.
Jadi selalu mengemaskini borang kaji selidik adalah antara faktor yang menonjol blog anda di mata Nuffnang untuk dipilih.
Moga perkongsian ini memberi manfaat. Yang penting kita buat. Kalau tidak juga terpilih kita buat cara yang lain yang akan dikongsi di lain entri.
Terima kasih di atas tips yang diberikan… Patutlah saya tak pernah mendapat tugasan… Sebab dah lama tak login akaun nuffnang… Kalau ada CPUV pun saya tak perasan… 😉
Anuar recently posted..Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen…
hahahaha.. so sundiri mau hengat la ek… hahahah
hoho..dulu selalu gak. sekarang malas sikit. nak login pun malas dah rasanya. Satu aku puji pasal nuffnang, cek tak pernah malas bayar.
titan recently posted..Duit Raya dari Jomniaga lagi. Yehh!
lu blogger maqam lain bro. Lu byk income masyuuuk. Gua harap nuffnang jer. hehehehe
gua pun ada pakai nuffnang. tapi kat blog tertentu aje. bukan gua tak pakai langsung.
advertlets je gua dah tak hadap. haha
titan recently posted..Duit Raya dari Jomniaga lagi. Yehh!
oooo… gua hengat lu dah bakar jambatan ngan NN.. hehehe.
Kemas sokmo doh tapi nuffnang xnak sedekah kat saya sekarang ini….sabar je la pakcik
daddydee recently posted..Isu 20 sen
hahahaha.. tambahkan lagi usaha dengan tips yg telah diberi dan yg bakal diberi nanti.. hahaha
Oh! Bro tak guna iklan yang petak besar tu ek? tu 2 iklan jer guna..
amirnawawi.com recently posted..Earning RM2064.12 Melalui Churp-churp Adalah Mustahil?
ntah.. ada jer 3 tempat iklan tu kat blog aku.. cuba demo pegi kt blog kawe. ada 3 kan?
hehe.. Ada 2 je la bro… 1 hilang. Yang kotak besar tuh xjumpa..
amirnawawi recently posted..Earning RM2064.12 Melalui Churp-churp Adalah Mustahil?
ada bro. tp kat homepage jer dia kluar. kat single post page dia tak keluar. nnti nak godek2..
Bila mamat yang dah soal siasat berbicara..kena follow la tips ni..hoho
hafizrahim recently posted..Top 10 Entri Paling Popular Ogos
hahahah… byk lg tips ni..
tips yang memang berguna
ayuh kita cuba
penaberkala recently posted..#UrMalaysianIsShowing Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
bro lebih tau kot tips ni
Lepas ni tiap-tiap hari aku update. Haha. Kalau tak dpat jugak memang nak kena nuffnang ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Lulus Taraf Pekerja Berpencen
hahahaha.. kalau tak dapat makesure ko buat tips yg lain… hahaha
[…] Selalu Kemaskini Borang Kaji Selidik Nuffnang […]
[…] itulah kalau kita selalu kemaskini borang kaji selidik, kita akan perasan ada satu bahagian tu dia suruh kita pilih kategori blog kita. Berdasarkan […]
terbaiklah tips abg ishak.hehee
Farisya Anastasyia recently posted..Jom Naikkan Trafik Blog 2014!
hehehehe.. cam nganjing jer FA puji.. heheheh