Mengikut laporan akhbar mStar Online di atas, bidaan nombor plat “WWW 1” adalah yang tertinggi setakat ini dengan mengatasi bidaan nombor plat “MCA 1” yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100. Nilai bidaan “WWW 1” tersebut ditawarkan dan dimenangi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dengan nilai RM520,000.
Baginda Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5”, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15”.
Berikut adalah senarai 20 pemenang bidaan teratas:
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web” – mStar
Komen sohoque:
kalaulah duit beratus riban tu didermakan ke rumah anak yatim, ataupun membina masjid alangkah besarnya pahala yang bakal diterima. Wallahua’lam.
Banyak betul duit dia orang ni…beli nombor je..ish ish ish..
cindyrina recently posted..Centrio SOHO