Sepetang Bersama Bloggers 2016 (SBB 2016) lebih menarik

11
1791
Hadiah sbb 2016 yang bakal dbawa pulang oleh peserta bertuah

image

Sepetang bersama bloggers (SBB)… Dah banyak tahun diadakan. Aku sendiri 3 atau 4 kali menyertai SBB ni. Di SBB inilah aku mula kenal ramai blogger otai maupun yang baru berjinak-jinak dalam arena blogging.

Tahun ni kalau tengokkan aturcara* majlis, programmya lebih menarik berbanding tahun-tahun yang lalu. Pada aku, SBB yang paling tak best ialah SBB 2015. Ia dibuat di tempat terbuka iaitu di Taman Rekreasi Putrajaya. Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) adalah salah satu aktiviti semasa itu.

Terus terang, pada aku ianya kurang menarik. Aku pun skip treasure hunt ni. Kebetulan pula aku ada temujanji dengan klien unit trust aku pada pagi itu. Makanan pun tak best pada SBB 2015 itu.

Nasib baik perkongsian hebat saudara Aqif Azizan di sebelah petangnya menyelamatkan keadaan. Perkongsian ilmu beginilah yang aku cari. Di samping dapat menjalinkan silaturrahim dengan blogger-blogger lain yang selama ini kenal di alam maya sahaja.

image

Sepetang bersama blogger 2016 (SBB 2016) kali ini aku lihat lebih menarik. Panel untuk perkongsian ilmu lebih relevan dengan sasaran peserta yang 90 peratus aku rasa adalah blogger. Ditambah lagi perkongsian tentang cara mengendalikan media sosial, ia akan menjadi lebih menarik. Sebabnya semua daripada yang hadir ada akaun media sosial sendiri samada FB, Instagram atau pun twitter. Malah ramai jer yang ada akaun untuk semua media sosial yang aku sebut tadi.

Dengar cerita hadiah-hadiah dan goodie bag juga menarik dan banyak untuk dibawa pulang. Mintak-mintak lah aku menang salah satu hadiah tersebut. Tak dapat gadget, dapat tv besar tu tu ok.

Hadiah sbb 2016 yang bakal dbawa pulang oleh peserta bertuah
Hadiah sbb 2016 yang bakal dbawa pulang oleh peserta bertuah

Oh ya.. Aku dalam keretapi komuter sekarang. Menuju ke Hotel Grand Campbell tempat berlangsungnya SBB2016 ini. Moga apa yang bakal aku perolehi hari ini dapat memberi manfaat kepada aku dalam bidang penulisan blog.

Teruja aku nak dengar perkongsian daripada saudara Aqif Azizan lagi. Perkongsian blogger otai Blogspot Hasrul Hassan juga aku tunggu-tunggu. Mamat ni selama ini berkongsi ilmu blogspot melalui blog sahaja. Di SBB kali ini beliau bercakap di depan secara live.

Mamat encem otai blogspot
Mamat encem otai blogspot

Aku kurang pandai sikit bab blogspot ni. Terutama macamana cara nak optimise SEO untuk blog yang menggunakan platform blogspot. Untuk pengetahuan, aku juga ada banyak blog berplatformkan blogspot. Blog-blog ini memang sengaja aku tak nak dedahkan kepada umum. Ada sebab musabab aku berbuat demikian.

Eh dah nak sampai KL Sentral. Off dulu jap. Nnti aku kongsi lagi apa yang menarik di SBB kali ini.

Loading

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge