Monday, March 20, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesSerahkan Saja Pada Yang Pakar Jika Tak Mampu...

Serahkan Saja Pada Yang Pakar Jika Tak Mampu…

Dulu Abam Hoq pernah ada masalah dengan imigresen sewaktu Abam ingin mendaftarkan orang gaji Abam. Kami memilih untuk buat pendaftaran sendiri kerana beranggapan buat dengan agensi pekerja asing tu mahal.

Masa memula daftar tu susah juga. Sebab pertama kali buat kerja tu. Seharian juga menunggu giliran kat pejabat imigresen sehingga selesai pendaftaran.

Setahun kemudian keadaan jadi lebih parah. Abam lupa renew permit dia. Dan masa yang diberi untuk renew permit dah habis, baru Abam sedar. Jadi sebab tak tahu nak buat macamana dah, Abam jumpa upline Unit Trust Abam, Uncle Yong. Sebab dengar cerita dia ada kenal baik dengan bos sebuah agensi pekerja asing ni.

Uncle Yong ni umur dia dah 60 lebih kalau tak silap pada masa tu. Abam masih ingat nasihat dia:

“Ishak.. Kita ni jangan ingat boleh buat semua benda. Kita hanya pakar dalam bidang kita, Unit Trust. Bidang lain kita tak pakar. Jadi benda macam ini serahkan kepada pakarnya sajalah. Buat apa mau susah-susah, bazir masa dan pening kepala semua…” nasihatnya ada bercampur sindir sedikit. Terkesan juga Abam..

“Macam kita juga lah. Orang pilih kita sebab bukan semua orang pakar dalam bidang Unit Trust (UT) ni. Jadi orang pilih Unit Trust Consultant sebab diorang mau ada orang jaga pelaburan UT mereka. Kita ni pakar dalam bidang pelaburan UT di mata mereka” tambah Uncle Yong lagi.

Bab kepakaran ni, Abam kaitkan dengan situasi semasa dalam UT. Sekarang KW5P sudah ada i-invest. Yang mana pencarum boleh labur sendiri duit KW5P akaun 1 nya ke dalam syarikat UT.

Cuma nasihat Abam, pencarum yang nak invest sendiri, belajarlah selok belok pelaburan ini. Ingat, pelaburan anda dalam UT untuk jangkamasa panjang. Jadi, kena belajar apa itu UT, macamana nak pilih dana, macamana nak buat parking untuk cut loss dan lock in profit. Macamana nak buat alokasi asset dan lain-lain.

Ketahuilah apa itu unit trust sedalamnya sebelum melabur dalam pelaburan ini

Tu tak campur bab wasiat lagi. Macam nak bagi hibah pelaburan kita kepada siapa yang kita kehendaki, macamana buat nomination untuk duit pelaburan daripada kw5p, dan lain-lain.

Juga kena cakna, macamana keperluan perlindungan asset dan hutang dengan takaful. Cukup ke perlindungan kewangan kita? Macamana nak kira semua tu.

Haaa banyak kan?

Siapa yang mampu buat semua ni, sila lah buat. Lebih bagus untuk anda. Tapi kalau tak mampu dan tak ada masa nak belajar dan nak monitor, boleh serahkan kepada UTC seperti sebelum ni.

mencapai kebebasan kewangan dengan unit trust

UTC ni bukan orang sembarangan. Nak jadi UTC kena ambil peperiksaan UT. Kemudian nak kena pergi kurusus wajib dan optional (kelas dan online) dengan syarikat UT. Siap ada jam wajib yang kena pergi kursus. Tak cukup jam kursus kena tamatkan kontrak.

Jangan nanti buat sendiri, kurang faham, duk tunggu-tunggu masa terbaik untuk melabur. Last-last tak labur-labur. Umur dah makin lanjut. Objektif masa dana semakin dekat. Rugi… Orang kampung Abam panggil ‘cost of proscrastination’.

Outsource… Serahkan kepada pakar. Kadang-kadang bukan semua benda kita mampu buat sendiri.

Begitulah alkesahnya…

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1