Seronok Sungguh Menjadi Perunding Pelaburan

perunding pelaburan gembira

I love my job…!

Saya sekarang kat Old Town White Coffee Bangi. Baru Lepas jumpa klien “Pelaburan Kurang Berisiko” (selepas ini pelaburan sahaja). Kurangnya risiko pelaburan ini apabila dibandingkan dengan pelaburan di pasaran saham secara terus.

Happy sangat dengan kerjaya Perunding Pelaburan ini sebab berjaya menyelesaikan keperluan klien saya yang inginkan penama untuk pelaburannya. Jadi sebentar tadi borang penama untuk pelaburan tersebut telah diberi dan ditandatangi. Besok saya akan submit kepada syarikat pengurus pelaburan yang saya bernaung sebagai Perunding Pelaburan. (Susah sikit sekarang ni. Term-term pelaburan dan syarikat pelaburan tidak boleh disebut sewenang-wenangnya. Ia adalah arahan daripada Security Commission). Tengoklah betapa ketatnya Security Commission memberi syarat kepada kita orang demi menjaga kepentingan umum.Jadi kepada orang awam di luar sana jangan lah takut untuk menyertai pelan pelaburan ini kerana ianya dikawal selia secara ketat oleh Security Commission.

Klien pelaburan saya tadi adalah berstatus Mutual Gold iaitu klien yang telah membuat pelaburan melebihi RM100 ribu. Alhamdulillah, beliau faham secara jelas tentang objektif beliau membuat pelaburan. Konsep Ringgit Cost Averaging dan faktor masa iaitu 3-5 tahun harus diberi kepada pelaburan untuk berkembang juga difahami.

Saya amat berpuas hati kerana dapat memberi servis yang bagus pada klien saya walaupun petang ini saya tidak mempunyai appointment lagi (setakat ini).

Walaubagaimanapun pagi tadi saya sudah menyibukkan diri dengan menghantar kes-kes pelaburan tambahan untuk pelabur saya. Saya juga sibuk menghantar dan menjawab sms, whatsapp serta emel daripada pelabur saya yang bertanyakan tentang status syarikat pelaburan tempat saya bernaung yang mendapat ujian yang paling getir semalam. Namun semuanya sudah selesai. Awan hitam sudah berarak pergi. Terima kasih kepada pelabur saya yang sudi bertanya sebelum saya menghantar berita. sekurang-kurangnya anda juga cakna tentang pelaburan anda.

Tadi juga saya membeli borang rekrutment untuk “Perunding Pelaburan” versi baru yang baru dikeluarkan. Ada beberapa prospek yang bertanyakan tentang bisnes in untuk saya jumpa dan berdiskusi. InsyaAllah mereka ini akan sertai group saya dalam masa terdekat.

Alhamdulillah. Sungguh seronok kerja hari ini. I luv my job…!

Jom sertai saya sebagai Perunding Pelaburan secara separuh ataupun sepenuh masa. Hasrat anda, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

 

6 comments

    • sohoque 1 November, 2012 at 16:25 Reply

      skrg ni susah nak sebut bro. sbb strict guideline drp security commission yang tak bg buat promosi online. company pulak tak bagi buat iklan atau apa2 promotion tanpa approval. so skrg nak sebut nama pon kena hati-hati. tp kalau bro follow fb (www.facebook.com/sohoquedotcom) saya bro tau sy dr company mana. oh ya pelaburan ni merujuk kpd unit trust

    • sohoque 12 August, 2013 at 10:19 Reply

      terima kasih atas response en hanis. buku tu x der kat kedai. ia akan diberi semasa registration utk exam nnti. nnti sy call en hanif utk tindakan lanjut

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: