Servis Unta Putih Untuk Ke Hatyai…

0
152

Hari ni pukul 9.30 pagi dah sampai depan Nissan Service Centre Glenmarie ni. Dah sampai masa untuk servis Unta Putih aku. Ngam-ngam waktu sebelum family trip ke Hatyai minggu depan.

Ya.. Aku dan family berserta 2 family adik ipar akan masuk Thailand minggu depan. Kami akan ke Hatyai dan terus ke Krabi. Tak penat ke? Ada member tanya aku. Aku jawab, entah.. Penat la kot sebab drive. Hehehe. Tapi saja jer aku nak rasa pemgalaman drive ke Thailand.

Sebelum ni masa melawat New Zealand pun aku drive. Tapi kat New Zealand ni best giller drive. Pemandu kat sana berhemah giller. Korang nak lintas jalan yang sibuk pun tak susah. Hulur jer muncung kereta sambil bagi signal. Confirm diorang akan berhenti untuk memberi laluan. Jauh langit dengan bumi la dengan pemandu Malaysia.. Nak-nak pemandu teksi yang brutal tu.. Ops.. tersentuh isu sensitif pulak..

Ok ni kali ke 3 unta putih aku diservis. Dah setahun umurnya. 30 Oktober ni tamat insurans dan roadtax. So sempat la renew dulu sebelum masuk Thailand. Sekarang dah pukul 12 dah. Pukul 1 siap katanya. Siap dengan basuh sekali.

Sekarang senang. Nissan ada pakej untuk servis. Aku ambil pakej yang 3 kali bayar lumpsum terus. Dapat penjimatan dalam RM58 kalau tak salah aku. Last servis aku beli pakej tu.

menunggu kereta diservis untuk seorang blogger dan social media influencer tak menjadi satu kebosanan. Ada kerusi empuk macam ni dan wifi, tau lah dia nak buat kerja

So servis kali ni dan servis selepas ini memang aku tak kena bayar dah. So alang-alang suruh diorang basuh sekali. Sebab dah tak payah bayar kaaan. Rugi la kalau tak basuh. Basuh kat luar paling tidak terbang jugak RM18.

Lepas ni singgah sekolah anak aku kejap untuk jemput dia kat sana. Ada karnival jualan hari ni katanya. Tak perlah. Bagi dia involve dengan aktiviti sekolah bersama rakan. Cuma nak kena pantau jugak la aktiviti masa weekend ni. Kena tau jugak dengan siapa dia berkawan. Sebab umur Iffah ni dah nak remaja. Ada cara aku monitor dia.

Petang ni pukul 6 ada jemputan food review kat D’Kayangan Steamboat Section 13. Tiap-tiap tahun diorang ni jemput aku makan free. Ok la sebab boleh bawak family dan dapat voucher lagi. Kalau sesaja free memang aku dah jarang terima sekarang.

Bukan apa, kerja review ni adalah salah satu khidmat blogger. Kalau tidak dibayar bermakna blogger buat iklan percuma la pada restoran. Kena pulak artikel review yang ditulis tu siap dengan SEO bagai. Orang taip keyword jer artikel pasal restoran tu naik mukasurat pertama enjin carian google. Kena pulak keyword tu bertahan sampai beberapa tahun di mukasurat pertama..

Dalam kes ni siapa yang untung? Restoran yang untung kaaan…! Buat iklan tak bayar tapi dapat exposure bertahun. Sepatutnya makan ribu kos dia tu. Tapi blogger dapat apa jer.. Hurmmm murahnya khidmat seorang blogger. Sedangkan blog nak kena bayar hosting dan domainnya setiap tahun. Masa pun habis sebab buat entri tu.

Tapi dengan blogger ni tak perlu risau la. Diorang tak caj mahal pun. Kalau buat artikel siap dengan SEO macam tadi tu, rate aku RM500 jer. Kalau review biasa RM250 boleh dah.. Siap pakej dengan posting dalam media sosial tu..

Mahal..? Terpulang kalau itu yang pengiklan rasa. Tapi cuba fikir ni.. Dia panggil blogger biasa yang baru-baru. Diorang tak caj apa pun. Dapat makan free pun dah ok katanya. Restoran panggil 5 orang blogger macam ni. Bila dah siap makan, balik diorang buat entri. Entri tu tak mampu naik ke muka surat pertama atau kedua. Maksudnya orang taip keyword dalam enjin carian google pun tak jumpa. Ada tapi kat mukasurat 5.

Awak ingat orang yang cari info ni akan belek satu-satu page google tu sampai page ke 5. Ada tapi amat jarang..!

Tapi dengan blogger yang “tau” nak naikkan keyword di mukasurat pertama ni, dia tulis artikel iklan produk awak, dalam masa beberapa hari keyword pasal produk awak tu timbul di mukasurat pertama google. Dan silap-silap ianya bertahan sampai bertahun. Kos awak tak sampai pun Rm1k kalau pandai 2-3 orang blogger macam ni.

Berhasil tak objektif awak iklankan produk awak? Mestilah berhasil kan? Orang taip keyword jer restoran ataupun produk awak naik. Produk awareness selalu bermain di mata bakal pelanggan. Baru lah bijak buat iklan.

Untuk blogger baru yang nak tau pasal macamana nak naikkan keyword korang kat muka surat pertama enjin carian google.. SEO la ni.. korang boleh contact aku. Aku ada sediakan servis tu. Dah 3 tahun aku buat servis ni. Dah beratus gak la student aku.

Nah tengok link company aku ni: MySCreative.com

Alamak aku dah melalut. Hahaha. Oh ya petang nanti ada final piala Malaysia kat Stadium Shah Alam. Food review tu memang kat area stadium jer. Confirm jem ni. Aduiii.. Nasib baik buat pukul 6. Awal lagi.. Harap tak ramai sangat orang datang ke stadium masa tu..

Ok dah dapat isyarat daripada customer servis. Unta putih aku dah ready for collection. So babai dulu.. Hehehe.. Nnati baca review aku untuk restoran D’Kayangan Steamboat dalam blog food & travel aku, explorasa.my. Adios…!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here