Ifza dan Eczema
Hanya ibubapa yang ada pengalaman jer yang tau sebenar-benar jerih perih menjaga anak yang ada Eczema ni. Tapi segala jerih perih penat lelah tu lah yang menjadi sumber pahala kepada ibubapa yang ikhlas.
Ifza dikesan menghidap Eczema seawal umur setahun. Ujian darah yang dibuat di hospital Pantai mengesahkan beliau allergic dengan banyak benda, terutama makanan. Antaranya yang boleh memberi kesan segera kepada beliau ialah telur, makanan laut, dan debu hama selain daripada suhu panas yang akan membuatkan badannya menjadi tidak selesa.
Kesan tindakbalas badannya kalau memakan makanan di atas ataupun berada dalam situasi di atas adalah kulitnya akan menjadi kemerah-merahan dan gatal serta amat tidak selesa. Beliau akan mula menggaru yang mana ia akan menyebabkan kulit melecet dan luka.
Luka kesan garu ini jika tidak dijaga rapi boleh menyebabkan jangkitan kuman dan seterusnya menjemput penyakit-penyakit lain.
Paling cepat dapat kesan kalau beliau makan telur. Bukan makan pun sebenarnya. Sudu bekas kita gunakan untuk suapkan telur ke mulut kita, kalau lepas tu kita gunakan untuk suapkan makanan lain ke mulutnya pun tak sampai 3 minit akan memberi kesan kepadanya. Sama jugak kalau beliau duduk di kusyen yang fabriknya dah lama tak dibersihkan. Pasti debu hama pada fabrik akan memberi kesan kepada beliau.
Beberapa pakar sakit kulit dah kami jumpa dan minta nasihat. Boleh la kami belajar macamana nak jaga dan nak elakkan penyakit tu daripada melarat. Tapi nak hilangkannya secara total memang tak boleh. Hanya masa yang akan menyembuhkannya kata doktor.
Ia akan hilang ataupun menjadi kurang aktif apabila Ifza sudah meningkat umurnya. Umur berapa? Tidak dapat dipastikan secara tepat.
Jadi semenjak beberapa tahun lepas kami hanya pergi ke Hospital Pakar Damansara jer untuk ambil krim dan losyen serta ubatan yang perlu untuk penjagaannya. Kalau keadaan agak teruk kami akan masukkan ke wad untuk penjagaan lebih baik.
Sesi Kaunseling Dr Kartini Hospital Pakar Avisena Shah Alam
Jadi kalau bab penjagaan anak Eczema ni memang kami rasa dah banyak kami tau. Sehinggalah aku tau ada sesi kaunseling bersama Doktor Kartini, pakar tentang penyakit Eczema yang dianjurkan oleh Hospital Pakar Avisena Shah Alam untuk memberi pendedahan tentang penyakit ini.
“Ini sudah bagus. Manalah tau ada benda baru yang kami tidak tahu tentang Eczema ni..” Fikirku masa info tentang sesi kaunseling ni sampai ke pengetahuan aku. Lagipun aku ni Jenis yang suka belajar dan ambil tahu sesuatu yang baru.
Tambah bersemangat lagi bila isteri aku sudi ikut sekali. So senang sikit nanti. Tak perlu aku balik dan cerita semula kat dia kalau ada info baru. Kami bawak Ifza sekali.
Dan pada hari Sabtu minggu lepas hadirlah kami ke sesi kaunseling tersebut. Kebanyakan yang hadir (dalam 16 orang jugak kalau tak silap) bawak anak masing-masing yang mengidap Eczema. Kat situ baru aku rasa tak berkeseorangan. Ramai rupanya yang ada anak penghidap Eczema ni.
Secara keseluruhan, memang aku puas hati sangat ke sesi kaunseling tersebut. Masa yang diperuntukkan terasa sekejap jer. Tak sedar pun sesi kaunseling ni habis. So korang yang ada anak yang menghidap Eczema ataupun korang sendiri yang ada Eczema, aku sangat sarankan agar korang datang ke sesi ni.
Korang boleh semak dengan Hospital Pakar Avisena bila lagi sesi kaunseling ni akan diadakan lagi.
6 sebab kenapa korang perlu datang ke sesi kaunseling Eczema bersama Dr Kartini anjuran Hospital Pakar Avisena Shah Alam
Sebab apa aku cakap korang kena datang ke sesi kaunseling ni?
Ni aku bagi 6 sebab kenapa korang perlu datang ke sesi kaunseling ni:
1. Di bimbing oleh doktor pakar dalam penyakit Eczema
Sesi kaunseling ini dibimbing oleh Doktor Kartini Farah Rahim, pakar dermatolgy yang memfokuskan penyakit kulit seperti Eczema, psiarosis dan lain-lain.
Ni aku selitkan sedikit tentang latar belakang Dr Kartini:
Ahli dermatologi yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pakar Kebangsaan telah memulakan latihannya dalam dermatologi semasa bekerja sebagai rakan penyelidikan dermatologi di Dundee, Scotland pada tahun 2004.
Selepas mengejar Diploma Dermatologinya dari Kolej Pakar Perubatan dan Pakar Bedah Glasgow, beliau dipilih untuk keahlian Royal College of Medicine di United Kingdom pada tahun 2007.
Beliau menamatkan latihan dermatologinya dan dianugerahkan Ijazah Master Majalah dalam Dermatologi oleh UKM pada tahun 2011.
Beliau bekerja sebagai doktor dan dermatologi di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Serdang, dan merupakan pensyarah kanan dalam bidang perubatan dan dermatologi di Universiti Putra Malaysia selama lebih dari 10 tahun.
Fokus semasa beliau adalah pada Eczema, Psoriasis, jerawat, jangkitan kulit, tindak balas alahan kulit dan gangguan melepuh.
2. Sesi bersama rakan baru yang ada masalah yang sama
Bila datang ke sesi kaunseling ni, korang akan jumpa peserta yang ada masalah yang sama dengan masalah korang. Malah ada yang anak mereka lebih teruk Eczemanya daripada anak korang.
Jadi kat sini korang lebih mudah untuk berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Korang akan terasa berada di dalam satu komuniti yang punya interest dan masalah yang sama.
Daripada sini korang mungkin boleh panjangkan silaturrahim selepas sesi kaunseling ni. Mungkin korang boleh wujudkan group whatsapp korang sendiri untuk berkongsi dan bertanya serta berbincang tentang masalah anak-anak korang yang menghidap Eczema.
3. Ilmu baru tentang Eczema
Ya.. korang mungkin rasa korang dah banyak tahu pasal Eczema. Sebabnya korang saban tahun jaga anak korang yang menghidap Eczema. Korang juga dah jumpa ramai pakar-pakar Eczema sebelum ni untuk dapatkan nasihat.
Tapi percayalah.. Dengan datang ke sini korang pasti akan dapat ilmu dan info baru daripada sesi kaunseling ni. Jika tak dapat secara langsung daripada Dr Kartini, korang mesti dapat hasil perkongsian daripada peserta lain yang datang.
4. Perkongsian terperinci tentang Eczema
Sesi kaunseling ni adalah sesi kaunseling yang formal tapi dibuat dalam sesi perbincangan santai. Ia menyentuh tentang Eczema dari fakta asas sehinggalah cara-cara menangani Eczema.
Sesi kaunseling ini turut disertai dengan slide tentang fakta penyakit tersebut. So senang peserta nak ambil nota dan bertanya pelbagai soalan berkenaan Eczema.
5. Disertai dengan praktikal
Bukan perkongsian biasa, sesi ini turut menunjukkan caranya sekali. Peserta ditunjukkan cara yang betul macamana nak sapukan losyen, macamana cara penjagaan selepas mandi dan banyak lagi.
Peserta juga diberi masa untuk membuat sendiri dengan menggunakan losyen dan krim yang disediakan sebagai cenderahati. Doktor akan membetulkan terus jika cara kita buat tu salah.
6. Tempat yang selesa
Sesi kaunseling ni dibuat di dalam salah sebuah dewan di Hospital Pakar Avisena. Tempat yang selesa berhawa dingin ini ditambah lagi dengan hidangan makanan ringan yang disediakan secara percuma sangat membantu untuk proses penghadaman ilmu secara santai.
Recommended..!
Sekali lagi aku katakan.. Aku puashati sangat dengan sesi kaunseling ni. Rasa beruntung sangat aku pergi. Tak rugi aku batalkan sesi appointment untuk pasang alat RFID kat kereta aku yang sepatutnya berlangsung pada hari dan masa yang sama.
So aku sarankan kat korang, untuk sesi seterusnya nanti korang daftarlah. Siyes tak rugi..! Dapat pulak free gift losyen dan krim untuk ekzema tu. Kalau beli sendiri mahal jugak tu. Hehehe.
Mungkin selepas ini aku akan bertukar hospital pakar dan jumpa Dr Kartini pula untuk mendapatkan nasihat rutin dan mendapatkan bekalan losyen, krim serta ubat-ubatan untuk Ifza.
Aku masih menunggu slide tentang perkongsian Dr Kartini tentang ekzema tu tempohari. Nanti dah dapat aku kongsikan lagi serba sedikit kat blog aku ni. So rajin-rajinlah jenguk blog aku ni ya.. Hehehe.
Untuk info lanjut tentang Hospital Pakar Avisena Shah Alam, korang boleh singgah dan follow laman seb dan media sosial diorang:
Laman Web: https://avisena.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/AvisenaSpecialist/
bestnya talk ni. saya dan anak-anak penghidap eczema.. so, memang kena menuntut ilmu tentang eczema ni
next time kena join.. best..!!!