Orang lelaki sekarang tak macam dulu. Dulu orang lelaki ni simple sangat. Tak der nak guna produk penjagaan diri macam lelaki zaman sekarang ni, yang dah biasa gunakan produk penjagaan diri bermula daripada produk mandian sehinggalah produk penjagaan badan.
Kenapa?
Antara sebabnya, lelaki sekarang sudah sedar akan keperluan dan kepentingan penjagaan badan ni. Tambahan pula zaman sekarang, badan banyak terdedah dengan toksic serta bahan kimia dan kotoran seperti habuk, udara yang kurang bersih, asap kenderaan dan lain-lain lagi.

Aku? Aku tak der lah cerewet sangat pasal penjagaan badan ni. Yang paling aku jaga adalah rambut. Alhamdulillah, rambut aku masih sihat sehingga kini.
Tika sudah ramai rakan-rakan aku dah mula gugur rambutnya, aku masih lagi bertahan dengan rambut yang masih utuh. Tika dah semakin makin ramai rakan aku yang sudah mula memutih ubannya, rambut aku masih lagi kekal hitamnya.
Sebab tu lah aku agak particular pasal penjagaan rambut ni.
Apa produk penjagaan rambut yang aku guna? Simple jer. Syampu dan minyak rambut jer.
Syampu aku wajibkan diri untuk amalkan kegunaannya secara regular sebab aku pakai minyak rambut jenis pomade. Sebabnya rambut aku jenis ikal dan beralun. Dengan menggunakan minyak rambut jenis pomade ni aku boleh bentuk rambut aku mengikut yang aku inginkankan.
Jadi bila mandi, aku nak bekas pomade yang masih ada di rambut aku ni tertanggal semua sekali walaupun aku guna Pomade yang berasaskan air yang mudah tanggal bila terkena air. Biar rambut aku berada dalam kedaan segar untuk semalaman.
Kalau tanya tentang jenama produk apa aku guna, aku bukanlah sejenis yang obses pada jenama tertentu. Aku beli jer yang aku rasa ok untuk aku pakai.
Set Penjagaan Rambut Asmak
Sehinggalah parcel set penjagaan rambut asmak ni tiba di rumah aku. Syarikat ni aku dah lama tau. Tapi sebelum ni mereka hanya mengeluarkan Minyak Herba Asmak dan Bedak Asmak yang terkenal boleh meredakan penyakit kulit seperti ekzema. Ni baru aku tau yang diorang dah ada produk penjagaan rambut.
Aku memang menyambut baik produk ini. Sebab aku tau syarikat ni memang terbaik produknya. Minyak Herba Asmak dan Bedak Asmak tu memang aku guna sampai sekarang. Terbaik kesannya pada aku sekeluarga.
Setelah 2 minggu aku gunakan Set Penjagaan Rambut Asmak ni, fikiran aku terhadap produk yang aku gunakan sebelum ini berubah. Ternyata produk penjagaan rambut Asmak ni lain dari produk-produk penjagaan rambut yang pernah aku guna sebelum ini.
Ok meh aku cerita sikit pasal Set Penjagaan Rambut Asmak ni. Lama tau baru aku boleh cerita. Sebabnya aku kena guna dulu lama sikit, baru aku boleh cerita. Aku bukanlah jenis yang orang cakap bagus, aku pun terus angguk cakap bagus. Haaa tu bukan sejenis aku, ok..

Set Penjagaan rambut Asmak ni terdiri daripada 3 produk:
- Syampoo Bunga Raya Plus
- Hair Moisturizer Serum
- Sevenis Hair Oil
Syampoo Bunga Raya Plus (SBRP)

6 dalam 1 ok…! Dengan bahan utamanya ektrak Bunga Raya. Bunga ni memang terkenal daripada turun temurun untuk melebatkan, menghitamkan rambut dan menyejukka kulit kepala.
Yang lain dari syampu lain ialah syampu Bunga Raya Plus ini kurang berbuih. Ya, sangat kurang buihnya. Jadi tak der masalah pedih mata akibat termasuk buih syampu. Oleh itu, ianya memang tak jadi masalah nak syampukan rambut anak kecik.
Baunya pun wangi sangat..!
Antara kelebihan SBRP ini adalah:
- Menyegarkan kulit kepala
- Menghilangkan Kelumumur
- Menghalang kegatalan kulit kepala
- Menghilangkan kudis/jerawat kepala
- Menyihatkan rambut
- Menghilangkan keguguran rambut
- Membantu merawat tekanan dan kepenatan
- Menyuburkan dan melembutkan rambut
- Menghalang rambut gugur
- Membantu masalah uban ( bukan faktor usia )
Terus terang cakap, aku memang suka syampu ni. Dan penggunaannya dah menjadi rutin aku semenjak ia berada di tangan aku 2 minggu lepas.
Hair Moisturizer Serum (HMS)

Antara kelebihan serum pelembab HMS ni ialah:
- Mengelakkan rambut gugur
- Melebatkan dan menghitamkan rambut
- Mampu menghilangkan kelemumur
- Melembutkan rambut
- Mengelakkan rambut dari kering dan bercabang
- Mampu mengurangkan pertumbuhan uban.
- Menjadikan rambut lebih mudah dirapikan dan disikat
- Mengelakkan rambut jadi kusam dan kasar
- Melembapkan rambut dan menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
- Memberi khasiat kepada rambut dari luaran,dari akar rambut sehingga ke hujungnya.
Korang tak tak nak pakai setiap hari pun tak per. Tapi at least pakailah 3 kali seminggu. Selepas bersyampu dengan Syampoo Bunga Raya Plus, lap Rambut sehingga kering, pakai serum ni.
Ia akan menjadikan rambut korang lembut dan sangat mudah diurus. Baunya best..! Wangi!
Serum ni sangat sesuai untuk perempuan, khususnya yang berambut panjang. Rambut aku pendek. Memang tak susah nak uruskan pun, tapi sebab kelebihan yang ditawarkan, aku pakai jer.
Sevenis Hair Oil (SHO)

Aku pakai minyak rambut ni waktu malam jer. Sebab siang memang aku pakai Pomade. Minyak rambut SHO ni memang tak boleh bentukkan rambut aku ikut style yang aku nak.
So aku pakai di malam hari. Sebab apa aku pakai jugak di malam hari. Sebab aku nak dapatkan kelebihan yang dibawakan oleh minyak rambut ni. Antaranya:
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah rambut daripada kusut dan membuat rambut tampak lebih bercahaya
- Melembapkan kulit kepala
- Melembutkan rambut
- Mengurangkan kelemumur dan rambut gugur
- Menyegarkan kulit kepala
- Merawat rambut rosak dan menguatkan rambut hingga ke akar
So makesure korang sapukan minyak rambut ni sehingga akar rambut. Biar kena kulit kepala. Barulah betul-betul berkesan.
Set Penjagaan Rambut Asmak ni Sesuai untuk bayi, orang dewasa lelaki dan wanita. So ia memang berbaloi kalau beli. Sebabnya ia boleh digunakan untuk seisi keluarga.
Paling penting, produk ini produk Muslim keluaran bumiputra kita. Dan ia sangat berkualiti. Sebabnya kalau produk setakat kelurana Bumiputera tetapi kualitinya kelaut memang tak dapat memancing hati aku.
Aku sejenis yang mementingkan pulangan daripada duit yang aku keluarkan.
So pada yang betul-betul nak cuba dan nak tahu lebih lanjut lagi pasal produk Asmak Hair Care ni, korang boleh dapatkan info melalui pautan ni.
CARA DAPATKAN PRODUK ASMAK HAIR CARE
Website – https://mham.com.my & https://asmak.com
FB page – Shampoo Bunga Raya HQ
IG – asmak.haircare
Hotline – 019-9708897
http://www.wasap.my/60199708897