Thursday, May 25, 2023
HomeDari KacamatahatiShell FuelSave Challenge 2014 - #SupportHafizRahim

Shell FuelSave Challenge 2014 – #SupportHafizRahim

banner facebook 1
Kempen #SupportHafizRahim

18 Oktober 2014, hari Sabtu ini, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang terlibat dengan Shell FuelSave Challenge 2014. Para peserta yang menyertai Shell FuelSave Challege di laman web Shell, para blogger yang mendapat job untuk cover event ini, dan yang paling berdebar menantikan tarikh tersebut pastinya peserta yang terpilih dan berjaya ke pusingan akhir Shell FuelSave Challenge 2014.

Hafiz Rahim, rakan blogger yang terpilih menyertai cabaran ini telah memenangi cabaran peringkat wilayah iaitu wilayah tengah. Beliau dan pemenang-pemenang peringkat wilayah yang lain akan bersaing di pusingan akhir pada hari Sabtu ini untuk merebut hadiah wang tunai RM20,000.

Disebabkan aku berada di wilayah tengah dan Hafiz Rahim adalah rakan aku, maka aku tanpa berbelah bagi akan support Hafiz Rahim. Banner dah siap semua. Dengar kata Abang Naga nak buat T-Shirt sebagai tanda sokongan.

banner facebook 2
ini pula banner yang lain juga dipostkan di facebook

Banner sebagai sokongan kepada Hafiz Rahim dah pun dipostkan di Facebook oleh rakan-rakan Teamwork dengan hashtag #Teamwork dan #SupportHafizRahim.

#SupportHafizRahim

Bukan apa, kalau Hafiz menang nanti mungkin ada jugak la habuan untuk kitorang. Wishlist pun dah dihantar kepada beliau untuk tindakan lanjut. Hehehehe. Mana tau RM20,000 ni rezeki dia…

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Kepada korang yang tak ke mana-mana pada hari Sabtu ni, korang dijemput hadir ke The Saujana Hotel, Jalan Lapangan Terbang SAAS, 40150 Shah Alam (map) untuk sertai acara-acara hebat di event ini.

Selebriti Shell Fahrin Ahmad yang sedang top berlakon dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna dan Lisa Surihani juga akan berada di event ini.

Banyak aktiviti yang akan dianjurkan bersempena dengan event ini. Ada makan-makan, ada games dan sudah tentu ada hadiah-hadiah menarik yang akan ditawarkan.

Aku insyaAllah akan berada di sana untuk cover event tersebut dan juga untuk memberi sokongan moral kepada rakan aku Hafiz Rahim.

Harap beliau dapat buat yang terbaik untuk merangkul kejuaraan. Jangan cepat putus asa. Bayangkan (visualise) duit RM20,000 tu. Visualise pun doa juga tu. Kalau tak percaya baca pasal Law of Attraction ni.

gambar budak cool
harap Hafiz Rahim boleh bertenang setenang ini

Good Luck Hafiz Rahim. You Will Never Walk Alone!!! walaupun lu bukan Liverpool supporter. Hehehehe.

Loading

RELATED ARTICLES

20 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1