Selamat pagi. Terjaga awal pagi terus tak boleh tidur. Apa lagi nak buat. Menghadap Laptop la. Cari idea untuk entri di portal Ohsempoi, buat posting kat beberapa akaun Instagram dan page yang aku pegang dan uruskan dan lain-lain lagi rutin harian aku.
Oh ya. Aku sekarang kat The Lights Hotel Penang. Hantar wife aku yang kena bagi training kat sini. Dah dapat bilik free, weekend pulak tu. Terus la lajak sampai Ahad untuk short vacay kat Penang ni.

Semalam agak sibuk dan chaos. Huhuhu.. Pagi jer boleh lepak sekejap. Pukul 10 dah kena pergi event Signing Ceremony PLUS kat Persada Plus dah. Event sampai pukul 12.30 tengahari. Tapi pukul 12 tu aku dah kena keluar sebabnya nak kena pergi jemput anak dari asrama kat Kuala Selangor pulak. Terlepas lunch best kat event Plus semalam.
Solat Jumaat pun dipertengahan jalan kat Masjid Desa Coalfield. Imamnya baca slow yakmat. Hahaha. Tak terbayang kalau dia imamkan Solat Terawikh macamana.
Darpada Kuala Selangor terus balik rumah mandi dan siap-siap terus bertolak ke Penang ni. Hujan pulak kat Highway. Terdelay perjalanan selama sejam daripada bajet masa sampai. Drive slow-slow. Aku ni rabun silau. Kalau malam memang fail drive. Kena pulak hujan.. Fuuuh memang cuak la drive.
Sampai-sampai jer terus ke Juru cari Restoran Paksu Mee Udang/Ketam. Restoran ni jadi tempat jalan-jalan cari makan yang pertama kat Penang kali ni. Restoran ni dah lama femes. aku dah singgah sekali rasanya dulu. Kali ni singgah lagi. Ok la.. Rasa masih tak banyak berubah. Cuma dulu pergi orang ramai, sekarang macam dah tak berapa ramai.
Untuk review lebih details aku akan muatkan dalam blog niche makanan dan travel aku, eXplorasa.my. Kat situ lebih feel. Hehehe.
Ok la.. Dah pukul 8 dah. Nak pergi breakfast pulak..
Best the lights hotel tu. Saya pernah stay situ beberapa tahun lepas. Ada review kat blog
haaa plg ok kot kalau kat seberang jaya. sbb seberang jaya ni x byk hotel 5 star