Si Pendek Dan Si Panjang

Pemain tengah Liverpool, Jay Spearing (kiri) dan penyerang Stoke City, Peter Crouch amat berbeza ketinggian mereka.Photo ini diambil sewaktu Liverpool menentang Stoke City pada perlawanan merebut Piala FA peringkat suku akhir baru-baru ini.

Crouch merupakan pemain tertinggi dalam EPL (Liga Premier England) dengan ketinggian 6 kaki 7 inci (2.01 M). Manakala Spearing hanya berketinggian 5 kaki 6 inci. Untuk orang Malaysia ketinggian ini adalah normal sebenarnya.

Namun, perkara ini tidak sedikit pun memberi sebarang tekanan kepada Spearing apabila mempamerkan permainan mantap semasa menentang Stoke City pada perlawanan suku akhir piala FA baru-baru ini.

“Saya bermain sebagai pertahanan tengah sehingga umur saya 18 tahun. Saya tau saya dapat membaca permainan dan bermain dengan baik, jadi saya fikir jika saya cukup bagus mereka tidak akan datang terlalu dekat dengan saya untuk memberi saya masalah. Ianya nyata satu kelemahan bila bola berada di udara tetapi pemain seperti Iniesta dan Xavi atau Paul Scholes telah tunukkan bahawa size tidak menjadi halangan jika anda dapat bermain bolasepak”.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: