Thursday, May 11, 2023
HomeKekeluargaan / ParentingSiapa Kata Anak Berkepit Dengan Handphone Tak Bagus..

Siapa Kata Anak Berkepit Dengan Handphone Tak Bagus..

Tidak semua perbuatan anak kecil berkepit dengan handphone itu negatif kesannya. Kena tengok juga apa yang anak tu tengok. Kalau anak tengok kartun ataupun youtube yang menyelitkan pengetahuan, tengok pula versi bahasa Ingeris, ianya boleh memberi kesan baik kepada anak dari satu sudut..

Abam Hoq ambil contoh Ifza anak Abam yang bongsu. Kami bagi ruang untuk beliau “berkepit” dengan handphone sedari kecil pada mulanya sebab nak alihkan perhatiannya..

Begini.. Ifza ni ada eczema yang agak teruk sejak umurnya belum pun sampai setahunl. Jadi kulitnya selalu merengsa, kering, gatal dan rasa tidak selesa. Beliau seringkali akan menggaru pada setiap inci anggota badan apabila ianya tidak selesa dan gatal. Ia tindakan semulajadi dan luar kawal..

Tak payahla nak sekat bagai, memang dia akan menggaru juga. Masa bayi dulu boleh la kita kasi pakai sarung tangan kain tu. Dah besar macam ni apa sangatlah kami boleh buat..

Jadi kami bagi dia handphone sebab nak elakkan beliau dari berterusan menggaru yang mana kesannya boleh membawa kepada luka kulit, kemudian infeksi, dan boleh berakhir di wad hospital. Bukan sekali beliau terpaksa dimasukkan ke wad hospital sebab infeksi teruk pada luka di kulit sebab menggaru. Malah berkali-kali…

Dengan handphone, beliau akan tengok kartun dan youtube lalu beliau asyik dan terlupa akan kulitnya yang tidak selesa seterusnya mengurangkan perbuatan menggaru beliau.

Cerita kartun dan youtube yang beliau tengok tu, kami haramkan tengok versi bahasa lain kecuali bahasa Inggeris. .

Ya… sudah tentu langkah ini kami ambil setelah mengambil langkah utama dengan menyapu segala krim pelembab yang disarankan doktor untuk melembabkan kulit untuk mengelakkan gatal. Itu yang paling utama..!.

Ifza dah start “belajar” melalui handpone sejak kecil lagi

Dari satu sudut, hasilnya sangat positif. Selain daripada dapat mencipta ruang dunia lain kepada beliau lantas melupakan beliau untuk menggaru, beliau dapat membiasakan diri dengan bahasa Inggeris tanpa kami banyak mengajar. .

Ya.. sebutan perkataan bahasa Inggeris Ifza tak macam sebutan biasa. Beliau ada slang English sebijik macam sebutan dalam kebanyakan kartun dan cerita youtube yang ditonton beliau..

Perbendaharaan kata juga bertambah. Seringkali beliau bertanya makna perkataan yang beliau tak dapat tangkap maksud. Dan beliau mampu memahami ayat secara keseluruhan dengan kaedah “guessing” apa yang didengarnya..

Kaedah guessing ni jangan main-main. Abam masuk matriks UIA baru belajar kaedah ni. Hahaha. Maklumlah orang kampung. Mana nak pandai bahasa Inggeris ni..

Jadi tidak boleh pukul rata mengatakan bagi anak berkepit dengan handphone tu semua buruk kesannya. Ada sahaja kesan positif, Cuma ibubapa perlu pandai mengawal terutama menghadkan masa tontonan..

Setiap perkara ada 2 sisi berbeda. Dari sudut kesihatan mata mungkin ianya kurang bagus. Tapi macam yang abam kata tadi, kawalan ibubapa kena ada. .

Apa-apa pun kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Pepandailah kita gunakan teknologi yang ada untuk kebaikan bukannya untuk kerosakan. Moga yang terbaik untuk anak-anak kita.

“ Getting acquainted to technology at young age; help kids grow smart and knowledgeable, try out these Dell Coupons to purchase one Laptop or a PC today!”

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1