Seperti biasa apabila hampir bermulanya Kejohanan Bolasepak Piala Dunia, pihak penaja akan sibuk mempromosikan kejohanan tersebut. Antaranya ialah dengan mencipta lagu rasmi kejohanan.
Cola Cola selaku penaja Kejohanan Piala Dunia 2014 tidak ketinggalan. Syarikat gergasi ini telah melancarkan lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Coca Cola yang bertajuk “The World is ours”.

Apa yang menariknya ialah tentang penyanyi yang terpilih untuk menyanyikan lagu ini. Coca Cola telah memilih David Correy sebagai penyanyi lagu rasmi Piala Dunia 2014. David Correy adalah peserta peringkat akhir rancangan realiti X-Factor di Amerika Syarikat.

Kenapa Coca Cola memilih beliau sebagai penyanyi lagu rasmi Piala Dunia 2014 di antara ribuan calon yang lain. Ia adalah kerana kisah inspirasi di sebalik nama David Correy tersebut.
Kisah hidup David Correy

Beliau dilahirkan di bandar miskin Recife, Brazil. Ibunya hanya berusia 13 tahun sewaktu melahirkan beliau. Setahun setengah kemudian beliau terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat dan kemudiannya dibesarkan di Riva, Maryland.
Beliau didedahkan dengan seni nyanyian dan lakonan semenjak daripada kecil lagi oleh keluarga angkatnya. Sewaktu memasuki Berklee College of Music, sebuah kolej muzik yang berprestij, beliau dikurniakan dengan biasiswa penuh dalam bidang muzik.
Pengajian di sini tidak sempat dihabiskan apabila beliau mengidap penyakit Polyps yang menyebabkan beliau kehilangan suara. Namun ianya tidak mematahkan semangat beliau. Beliau mula menulis lagu sementara suaranya pulih sedikit demi sedikit. Baru sahaja kerjaya beliau mula menunjukkan kemajuan, beliau terlibat pula dalam satu kemalangan yang menyebabkan beliau retak tulang pinggul dan patah kaki. Beliau menghabiskan setahun dalam proses pemulihan untuk kembali berjalan seperti sediakala.
Selepas rehat yang panjang beliau berjaya muncul di dalam rancangan realiti X-Factor. Kisah hidupnya, semangatnya dan bakatnya telah berjaya menarik minat juri dan penonton.
Sewaktu ujubakat rancangan realiti tersebut beliau pernah menyatakan hasrat untuk menyatukan kembali hubungan yang terputus dengan ibu kandungnya melaui persembahannya. Hasrat ini telah tertunai dengan usaha sebuah Syarikat Suratkhabar Brazil di mana persembahan akhir rancangan realiti tersebut telah dibuat di Recife, dengan keluarga kandung beliau dan keluarga angkat menonton dengan bangganya di barisan hadapan tempat penonton.
Rezekinya datang lagi pada tahun 2013 bilamana beliau telah menerima emel daripada Coca Cola menawarkan beliau kntrak sebagai penyanyi lagu rasmi Piala Dunia 2014 Coca Cola.
Kempen Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola
David Correy sekarang sedang menjayakan kempen Piala Dunia FIFA 2014 Coca Cola di mana beliau akan mengelilingi dunia melawat 89 negara dalam rangka mempromosikan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2014, yang bakal dilancarkan pada bulan Jun 2014 di Sao paolo Brazil.
Jika penyanyi Millaney Fernandez mewakili negara Indonesia untuk bersama-sama berduet dengan beliau untuk lagu “The World is Ours” ini, siapa penyanyi Malaysia yang bakal berduet dengan beliau belum diumumkan lagi. Mungkin ianya akan diumumkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.
Saksikan video klip beliau dengan lagu rasmi Piala Dunia 2014 Coca Cola:
i tak sabar nak tahu siapa penyanyi malaysia yang akan berduet dengan David Correy
Sunshine Kelly recently posted..David Correy, FIFA World Cup 2014 Singer in Malaysia
Ya lor. Maybe she’s kelly sunshine. Hehehehe
Bestnya David Corey dapat melawat 89 negara dalam rangka mempromosikan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2014… Bila David Corey nak datang Malaysia ni?
Anuar recently posted..Hobi Terbaru Isteri saya Cantik tak? (Bahagian 37)
Dia tak jd dtg pulak bro
Best lah lagu David Correy ni… world cup 2014 is coming… yeaaaayyy!!!
Light up the world, everybody
Light up the world, todomundo
Light up the world, everybody
PraBatuca, PraBatuca
KiD recently posted..David Correy Penyanyi Coke Piala Dunia 2014
Wah pandai la abam kid nyanyi
terkesan membaca kisah hidupnya begitu banyak hal yang bisa menjadi inspirasi
munir ardi recently posted..General Information about Acne
Ya. Sungguh bermotivasi si david correy ni
from nobody to everybody..
memang tabik kat mamat tu..
Katak Comel recently posted..5 Gambar Majlis Perkahwinan Rozaimi Abdul Rashid Dan Nur Adilah
Tu la kan…
sedap lagu ni. terlalu besar ujian yang beliau lalui sejak kecil.
Denaihati recently posted..Chelsea vs Arsenal penentuan juara BPL 2013/14
semangat positif sebegitu boleh dijadikan ikutan
jangutnya begitu menawan, hehe.
cik lisa recently posted..3 Cara Mudah Elakkan Perut Buncit
heheheh…
[…] tak yang aku cakap pada entri pengenalan David Correy sebagai penyanyi lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola beberapa hari yang lalu? Kalau anda perasan kat dalam entri tu ada aku bagitau tentang teka teki […]