Siapa Yang Penggal Kepala Phillipe Coutinho Ni…?

2
937

Bebaru ni Abam Hoq ada panggil bibik untuk bersihkan rumah dan stor kat rumah ni. Memang kalau lama tak kemaskan seluruh rumah, Abam akan panggil bibik yang bayar ikut jam kerja tu. Tak larat nak buat sendiri. Bab mengemas ni Abam memang tak pakar. So solusi terbaik adalah panggil bibik jer. Senang… Kena korban duit sikit la..!

Masa bibik kemaskan stor tu memang Abam akan tunggu dan tengok sekali. Sebab bibik ni kalau tak tunggu dia main buang jer barang-barang yang pada fikiran diorang kita dah tak nak guna. Sekali terjumpa patung Phillipe Coutinho (PC10) ni.

Patung ni Abam Hoq dapat masa menyaksikan perlawanan Liverpool VS Man Utd kat Sunway Giza tahun 2017 dulu. Event ni dianjurkan oleh Fox Sport rasanya pada masa tu. Masa tu Abam pergi dengan member yang jarang-jarang sekali boleh jumpa, Abam Ayap (Ashraf).

Ayap ni adalah antara guru pertama Abam dalam arena fotografi. Kami kenal masa FAM Trip Air Asia ke Jawa tengah beberapa tahun yang lalu.

Oh ya, event tu juga turut disertai  oleh mendiang Evelyn, yang telah meninggal dunia akibat kemalangan tahun lepas. Mendiang Evelyn juga turut serta dalam FAM Trip Air Asia tersebut.

Macam biasalah sebelum perlawanan bermula, ada kuiz bagai. Abam terpilih dan berjaya menjawab soalan yang diberikan. Patung PC10 itulah hadiahnya. Teruja jugak. Almaklumlah, pertama kali dapat hadiah original merchandise dari kelab yang kita minat.

Oleh kerana Abam bukanlah penyimpan patung-patung macam ni kat rumah, maka Abam niat nak jual jer at peminat Liverpool yang lain. Original Merchandise kot. Setakat RM100 dua dalam tangan boleh jual ni. Paling tidak pun Abam boleh buat contest ke apa ke dan jadikan replika ni sebagai hadiah.

Sekali… Niat hanya tinggal niat. Patung dah masuk dalam stor.. 2 tahun kemudian (hari minggu bebaru ni) baru terjumpa balik ni haaa. Hahaha.

Yang paling best, Masa jumpa ni, kepala Coutinho pun dah tercabut. Tak tau macamana boleh tercabut. Padahal Abam tak pernah sentuh pun sejak simpan dalam stor hari tu. Hahaha. Mungkin sebab beliau dah pergi ke Barca kot (dah ke Bayern Munich dah musim ni). Jadi ianya sudah tak jadi relevan untuk Abam, peminat Liverpool sejak zaman kegemilangannya dengan bintang-bintang seperti John Barnes, Steve McManaman, Ian Rush, Bruce Grobbelar dan lain-lain.

Jadi marilah kita membuang patung ini.. Ke ada yang nak patung ni..? Siapa yang nak boleh contact Abam ya..

Loading

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge