More

    Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s

    gambar ustaz bergambar
    Dhif-dhif kehormat yang hadir

    Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan. Yeo’s melancarkan kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersam Yeo’s” bagi menghayati bulan yang mulia ini bersama-sama rakyat Malaysia. Yeo’s berharap lemen Ramadhan ini dapat menyumbang dan membina sebuah masyarakat yang penyayang, positif, saling memahami, dan sedia menghulurkan tangan antara satu sama lain” – Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s

    gambar bos yeo's malaysia
    Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s

    Pada 5 Jun 2014 yang lalu, bertempat di Restoran Kelantan Delight, Subang Jaya, Yeo’s sebuah syarikat pengeluar minuman dan makanan yang telah melancarkan kempen amal Ramadhan. Alhamdulillah aku dijemput lagi bersama blogger-blogger di bawah naungan Denaihati Network untuk membuat liputan di majlis ini.

    majlis pelancaran sinari ramadhan bersama yeo's
    majlis pelancaran sinari ramadhan bersama yeo’s
    Restoran Kelantan Delight
    Restoran Kelantan Delight

    Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya. Selain daripada Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, majlis ini turut dihadhiri oleh Ustaz Mohd Hatta bin Ahmad, Pegawai Hal-Ehwal Islam (Imam 1), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Zairulshahfuddin Zainal Abidin – Pengarah Negeri Islamic Relief Malaysia (IRM) dan juga 22 orang wakil daripada masjid-masjid sekitar Lembah Kelang.

    gambar ustaz rasmi majlis
    Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya

    Kempen ini merangkumi 3 program komuniti yang berasingan. Ia adalah:

    Titian Kasih Seikhlas Ramadhan

    Melalui program komuniti ini, Yeo’s yang berkerjasama dengan IRM akan menyediakan bantuan berupa bekalan makanan kepada golongan kurang berkemampuan dan golongan terpinggir untuk menampung juadah sahur dan berbuka puasa nanti.

    Sebanyak 400 kotak bekalan makanan dan minuman bernilai RM40,000 akan disumbangkan kepada 400 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar sebelum bermulanya Ramadhan.

    Antara makanan dan minuman yang dipekkan sekali di dalam setiap kotak makanan tersebut ialah 20 keperluan asas seperti garam, gula, gandum, biskut beraneka, minyak masak, beras dan produk Yeo’s seperti Mi Tanpa Goreng Cintan, Citan Kari Ayam, Cintan Asli, Yeo’s Kicap Pekat, Yeo’s Kari Ayam, Yeo’s Sardin dan Susu Soya Yeo’s.

    Titian Selami Iman Ramadhan

    Di dalam program ini Yeo’s akan menyumbangkan 500,000 kotak Susu Soya Yeo’s dan Laici Yeo’s kepada 150 buah masjid di seluruh Malaysia. Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam untuk menunai dan menjalani ibadah Ramadhan di masjid.

    Sumbangan ini sebagai menghargai sokongan daripada rakyat Malaysia khusunya ummat Islam yang telah menyokong Yeo’s labih daripada 50 tahun.

    Titian Serasa Ramadhan

    Program komjuniti yang ketiga ini bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya dan latar belakang untuk sama-sama merasai pengalaman sehari berpuasa di bulan Ramadhan di samping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita. Amalan berpuasa ini akan menyemai sifat sabar, mengawal dan mendisiplinkan diri di bukan sahaja di dalam soal makan dan minum malah dalam segaa aspek kehidupan seperti kasih-sayang bertimbang rasa dan sebagainya.

    Terbuka kepada 500 orang peserta, orang awam yang berumur 15 tahun dan ke atas, di galakkan untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s yang bakal diadakan pada 12 Julai 2014 nanti.Program yang disediakan bukan hanya memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti yang lain seperti membersih dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidil Fitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti.

    Aktiviti lain seperti pertunjukkan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik seperti gajet dan sebagainya yang bernilai lebih daripada RM10,000 menanti untuk dimenangi.

    Selebriti yang mewakili pelbagai kaum akan dijemput untuk bersama-sama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam Kem Ramadhan Yeo’s nanti. Antaranya ialah Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2004), Heliza Helmi (peserta peringkat akhir Akademi Fantasia musim ke-5), KeQing (penyanyi dan pelakon terkenal), dan Ben Ashaari (Blogger terkenal).

    Duta Yeo's - dari kiri Blogger Ben Ashaari, KeQing dan Fayse Goh
    Duta Yeo’s – dari kiri Blogger Ben Ashaari, KeQing dan Fayse Goh

    Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta dan merasai pengalaman bermakna dalam Ken Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web Yeo’s: www.yeos.com.my atau terus menghubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553.

    Anda digalakkan untuk “follow” Yeo’s Malaysia di semua saluran media social: FAcebook, Instagram, Twitter dan klik hashtag #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini.

    Tahniah diucapkan kepada Yeo’s dengan inisiatif ini. Semoga program-program yang diatur bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kesan yang positif terhadap masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge