Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Tayangan TV3

2
152

Korang nak tau sinopsis drama Kekasih Paksa Rela (KPR) tayangan tv3 tak? At least tau la rangka cerita dia macamana.. Heheheh.

Huh.. Apehal pulak tetiba aku menulis pasal sinopsis drama pulak ni. Kejap… nanti aku cerita..

Aku baru sampai rumah sebenarnya ni. Fuuuh padat perkongsian ilmu malam ni… pukul 12 lebih jugak sampai rumah. Start pukul 9 malam tadi… perkongsian apa?

Perkongsian ni memang kami (aku dan abe Jamar Bahar) buat sebagai rutin bulanan kami. Untuk pengetahuan, aku dan Jamar bernaung di bawah satu agensi di Public Mutual sebagai Unit Trust Consultant. Sebulan sekali kami akan ber”meeting” kat restoran mamak kat Sunway Kayangan ni. Sambil ngeteh kami adakan sesi “mengumpat”.

Ya.. mengumpat.. Tapi bukan mengumpat yang biasa orang buat tu. Mengumpat yang aku maksudkan ni ialah kami bercerita, sharing ilmu tentang banyak benda.. unit trust, saham, blogging dan juga isu semasa yang positif. Malam ni ada sentuh jugak pasal Bitcoin sikit.

Tonton: Hukum Bitcoin: Halal atau Haram?

Balik daripada sesi perkongsian santai ni lah aku “terbukak” TV. Seperti kebiasaan, kalau aku balik daripada keluar malam aku tidak akan terus masuk ke bilik tidur. Aku akan lepak dulu kat tingkat bawah. Kadang-kadang tengok TV. Kadang-kadang baca majalah ke atau baca jer apa-apa yang ada di ruang tamu ni.

Petua ni memang aku amalkan sejak dulu lagi. Orang tetua dan pengamal perubatan Islam memang pesan macam tu. Nanti la aku cerita pasal ni di entri yang lain.

Malam ni aku “direncanakan” untuk bukak TV. Eh ada drama di tv3, Kekasih Paksa Rela tajuk drama ni. Siaran ulangan ni rasanya. Sebab waktu sebenar siaran bukan lewat malam macam ni. Hurmmm sambil menghirup air suam yang aku ambil dari dapur sekejap tadi, aku ikuti episod ulangan pada malam ini.

Pertama kali aku tengok episod drama KPR ni sampai habis. Hurmmm layan jugak ceritanya ni. Lain daripada yang lain ceritanya.

Daripada apa aku paham daripada episod malam ni, Adham terpaksa bernikah dengan Hannan Khaira sebab nak selamatkanya daripada ayah tirinya… dan nak bagi Hannan Khaira dapat tumpukan perhatian kepada peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.

Remy Ishak sebagai Adham

Menarik jalan ceritanya. tetiba aku pulak yang tak sabar untuk mengetahui kisah penuh drama KPR ni.

Lantas aku taip “sinopsis Kekasih Paksa Rela TV3” kat kotak Google iPhone aku. Maka keluarlah senarai entri yang ada keywords tu. Dan ranking pertama adalah blog modernmumthingy.com. Haaa ini blog student WP dan SEO aku ni. Bagus.. Beliau praktikkan ilmu yang beliau sedut daripada Kelas Belajar Buat Blog. Terus dapat bertakhta bukan sahaja di halaman pertama enjin carian Google malah di tempat pertama. Haaa terdetik rasa bangga aku.

Intan Najuwa sebagai Hannan Khaira

So aku tak perlu dah bukak blog lain. Sinopsis lengkap ada kat blog ni. Dan yang amat penting, sinopsis ni memang boleh dipercayai sebab pengarah drama ni adalah rakan sepengajiannya semasa di Universiti dulu. So aku tak perlu lah ubah-ubah ayat untuk sinopsis ni ya. Aku sedut terus part sinopsis tu daripada blog dia.

Korang boleh baca ni:

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela TV3

Berkisarkan tentang Adham dan Rosnaida yabg bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman.

Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka.

Adham di paparkan sebagai anak dan suami yang sangat baik. Berusaha untuk memenangi kedua orang yang disayanginya. Malah mungkin agak terlebih sedikit dalam memberi kebebasan kepada isterinya yang membuatkan ayahnya Dato Azman tidak berapa bersetuju dengan tindakan Adham. Tapi adham sebenarnya ingin menepati janjinya kepada arwah bapa isterinya untuk menjaga sebaiknya. Tidak mungkin dia boleh membuat pilihan antara ayah dan isterinya sendiri.

Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya.

Dalam plot ini pula, mengisahkan hanan pelajar yang menghadapi masalah keluarga atas desakan ekonomi dan masalah dalaman. Pertemuan yang tidak disangka sangka telah membawa satu perubahan kepada hanan dan juga adham sendiri.

Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba.

Pada asalnya, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?

kredit: modernmumthingy.com

Nak tau kesudahan drama ni, korang kena tengok drama ni sampai habis episod. Ada 28 episod kesemuanya…

Oh ya.. Ni senarai pelakon drama KPR ni:

* Remy Ishak – Adham
* Intan Najuwa – Hanan Khaira
* Ain Edruce – Rosnaida
* Afzan Rahman,
* Dayang Areeda,
* Nynaa Harizal,
* Jalaludin Hassan,
* Emeleda Rosemila,
* Fizz Fairuz,
* Aman Graseka,
* Hazman Al-idrus

Selamat menonton drama KPR ya.. Aku pulak lepas ni tak tau lah bila pulak nak tengok. Aku jarang tengok TV sebenarnya. Hehehehe.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here