wokayh.. Ni filem yang aku nanti-nanti jugak ni. Semalam dapat tengok kat GSC Mid Valley Megamall. Tengok pulak kat Cinema terbaru Onyx GSC yang ohsem. Rasa poyo semacam jer Sebab dapat filem ni tengok 2 hari awal. Tayangan sebenar adalah pada hari Rabu 4 Julai 2018.

Memang semua filem Marvel aku ternanti-nanti sebenarnya. Hahahaha.. Biasanya aku dah usha di youtube daripada trailer yang pertama, sampailah ke tayangan di pawagam. Filem Marvel ni lain macam sikit feel dia. Tak boleh missed. Mungkin sebab aku membesar dengan filem Marvel kot.
Sinopsis Filem Ant Man and The Wasp (AMATW)
Ok aku cuba bagi sinopsis sikit. Dont’t worry tak der spoiler punya.. Heheheh
Ok filem ni tak der villain. Tak der penjahat…! Kan filem superhero macam ni biasanya ada penjahat (villain) yang superhero lawan kan.. Malah filem Ant Man ni sendiri yang sequel pertama dulu pun ada villain. Haaa Ant Man lawan Yellow Jacket kan masa tu. Tapi dalam AMATW yang merupakan sequel kedua Ant Man ni tak der villain. Hehehe.
So apa plot filem ni..?
Filem ni banyak mengisahkan Hank Pym dan anak perempuannya Hope Van Dyne mencari semula isteri/ibu, Janet Van Dyne yang hilang dalam subatomic Quantum Realm selepas Janet mengecilkan dirinya melebihi had demi untuk masuk ke dalam lubang skru missile yang terlalu kecil untuk mematikan missile tersebut.
Pym mendapat ilham yang berkemungkinan Janet boleh pulang semula ke dunia apabila Scott Lang/Ant Man yang juga mengecilkan dirinya melebihi had untuk memusnahkan Yellow Jacket (dalam sequel pertama), tapi dapat kembali semula ke dunia nyata. Dari sini Pym dan Hope berusaha mencipta alat untuk mereka pergi ke Quantum Realm untuk membawa pulang Janet.
Sebenarnya ada mesej yang dihantar ke dalam memory Lang semasa dia berada di dalam Quantum Realm tu. Lang yang dihukum penjara di dalam rumah sendiri kerana kesalahan menggunakan teknology Pym di dalam sequel pertama terpaksa menghubungi Pym untuk memberitahu perkara tersebut. Dari situlah plot cerita dilebarkarkan dan Lang terjebak semula menjadi Ant Man.
Oh ya. Ada pihak yang berusaha menggagalkan rancangan mereka dan untuk merampas hasil ciptaan Pym untuk ke Quantum Realm. Beliau adalah Ava Foster/Ghost. Yang ini aku rasa bukan villain pun. Sebab dia tak jahat pun. Dia nak rampas mesin yang Pym cipta tu untuk ubati dirinya jer.

So macamana kesudahannya filem ni..? Berjayakah mereka membawa pulang Janet? Hank Pym meninggal dunia? Apa jadi pada Ant Man? Apa watak tempelen pakcik Stan Lee dalam movie ni..? hahaha.. Korang tengok la sendiri ya.. Tengok kat cinema Onyx GSC pun good idea. Puas hati dengan kualiti Onyx. Tak mahal pun tiket. Tengah promosi sekarang. Tambah RM1.50 jer daripada tiket standard.
Secara keseluruhan, aku bagi 4 stars kat AMATW ni. Sequelnya bertambah menarik, apalagi di akhir cerita (after credit) ada scene yang bersambung dengan filem Avengers: Infinity War bebaru ni. Kiranya ada la sikit klu untuk movie next Avengers nanti. Hehehe.
[…] Sinopsis dan review filem Ant Man and The Wasp […]
Wah menarik. Tak sabar yer nak try tgk kat GSC Onyx
haaa best…! geng marvel confirm best punya lah..
[…] hari tu puas hati la… Dapat tengok movie Ant Man and The Wasp 2 hari lebih awal daripada orang lain, dapat pulak tengok kat hall 11, hall khas untuk cinema Onyx […]