4

Siti Nur Fatihah Disahkan Lari Ikut Kekasih

Fatihah telah ditemui selamat di sebuah rumah di Merchong dekat Pekan semalam.Penemuan ini berikutan tertangkapnya seoarang pemuda di kawasan Merchong pada pukul 4.30 petang.

Menurut sumber selepas ditahan lelaki tersebut membawa polis ke sebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki tersebut. Jarak rumah tersebut dengan rumah Fatihah di Taman Tas adalah lebih kurang 100 km.

“Mangsa mengaku yang dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan rela hati”, kata sumber itu lagi.

Difahamkan penculikan tersebut memang dirancang oleh Fatihah dan teman lelakinya yang merupakan kakitangan kerajaan yang berkerja di Alor Setar Kedah dan pulang ke Pekan kerana bercuti.

Sehingga malam tadi suspek masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut. Mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, ibu mangsa Nor Mala tidak percaya yang anaknya melarikan diri dari rumah kerana menurutnya anak sulung daripada 3 beradik itu adalah seorang yang taat pada keluarga.

“Tiada motif Fatihah mahu lari dari rumah, hubungan dia dengan saya macam kawan”, kata ibunya yang merupakan suri rumah.

Untuk laporan penuh sila dapatkan akhbar KOSMO.

Jadi kes penculikan tersebut sudah selesai. Kesudahannya seperti yang saya jangkakan.

Ikuti kisah awal kes penculikan ini di sini.

 

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: